PASTI Al-Qamar Taman Changkat Desa

PASTI Al-Qamar Taman Changkat Desa

Share

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI):

1. PASTI : 4, 5 & 6 Tahun
2. SMARTPASTI : 4, 5 & 6 Tahun

Photos from PASTI Al-Qamar Taman Changkat Desa's post 01/07/2024

[ROAD TO BSBJ PASTI KAWASAN BATU 2024: LENSA LATIHAN/FRIENDLY TEAM AL-QAMAR]

Isnin - Isnin | 10 - 24 Jun 2024

Alhamdulillah, sepanjang tempoh persediaan menuju ke arah Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring PAS Kawasan Batu 2024 PASTI Al-Qamar telah mengadakan latihan/ friendly bersama dengan PASTI yang lain agar dapat menambahkan lagi pengalaman, semangat & kemahiran anak-anak dalam bersukan.

Semoga murid-murid PASTI Al-Qamar dapat berkembang menjadi insan yang soleh, kreatif & Inovatif.

-Akal yang sihat terdapat pada tubuh yang sihat-


Photos from PASTI Al-Qamar Taman Changkat Desa's post 12/06/2024

[KREATIVITI MINGGUAN MURID 4 TAHUN]

Rabu | 05 Jun 2024

Alhamdulillah, anak-anak 4 Al-Biruni sedang melakukan aktiviti sepanjang minggu ini dengan baik. Kreativiti yang dibuat adalah Puzzle Bentuk untuk mengajar anak-anak berkenaan dengan pelbagai macam bentuk asas seperti empat segi, bulat, segi tiga dan sebagainya melalui cantuman stick.

Semoga anak-anak di PASTI Al-Qamar sentiasa diberikan kesihatan & aktif untuk mengikuti aktiviti di PASTI Al-Qamar.

Credit By: Cikgu Nadira


Photos from PASTI Al-Qamar Taman Changkat Desa's post 12/06/2024

[KREATIVITI MINGGUAN MURID 5 TAHUN]

Rabu | 05 Jun 2024

Alhamdulillah, anak-anak 5 Al-Farabi sedang melakukan aktiviti sepanjang minggu ini dengan baik. Kreativiti yang dibuat adalah My Ice Cream untuk mengajar anak-anak cara membuat Aiskrim daripada bahan yang disediakan.

Semoga anak-anak di PASTI Al-Qamar sentiasa diberikan kesihatan & aktif untuk mengikuti aktiviti di PASTI Al-Qamar.

Credit By: Cikgu Athirah


Photos from PASTI Al-Qamar Taman Changkat Desa's post 12/06/2024

[KOMPILASI AKTIVITI SMART PASTI CUTI SEKOLAH]

Isnin - Jumaat | 27 - 31 Mei 2024

Alhamdulillah, murid-murid masih aktif mengikuti aktiviti di PASTI Al-Qamar dengan baik & lancar. Aktiviti kali ini antaranya adalah:-

1. EPE Smart Box
2. Riadah.

Semoga murid-murid PASTI Al-Qamar dapat berkembang menjadi insan yang soleh, kreatif & Inovatif.

Wallahua'lam.

31/05/2024

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐓𝐄𝐌𝐁𝐀𝐊𝐀𝐔: 𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐈 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐑𝐎𝐊𝐎𝐊

Hari Tanpa Tembakau Sedunia disambut pada 31 Mei setiap tahun dengan semangat untuk menyeru kepada semua perokok supaya berhenti segera dengan tabiat buruk merokok ini disamping melindungi generasi muda dari bahaya merokok termasuk v**e atau e-rokok.

Seiring dengan tema pada tahun ini "Lindungi Kanak-Kanak dari Sebarang Bentuk Amalan Merokok", mari kita bersatu hati demi mencipta persekitaran yang bebas dari asap rokok dan bersama kita memastikan masa depan yang lebih sihat bagi semua kanak-kanak.

Selamat Hari Tanpa Tembakau.



Photos from PASTI Kawasan Batu WP's post 20/05/2024

[LENSA SAMBUTAN HARI GURU PASTI KAWASAN BATU 2024]

Ahad | 19 Mei 2024
Tu Diaa.. Pak Tam, Selayang

Alhamdulillah, telah selesai Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Batu pada ahad yang lalu. Majlis yang sangat meriah bertemakan pakaian raya dengan diiringi bacaan doa yang disampaikan oleh Muallim Ridhwan guru SRITI Batu Muda.

Kemudian diteruskan lagi dengan beberapa ucapan yang disampaikan oleh:-

🎙️ Ketua Majlis Guru PASTI Kawasan Batu
Cikgu Syahira Binti Hamzah

🎙️ Guru Besar SRITI Batu Muda
Muallimah Rahimah Binti Roslan

🎙️ Pengerusi ALPP Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu
Ustaz Mohamad Izzat Bin Ghazali

🎙️ Ketua Pemuda PAS Kawasan Batu
Ustaz Izzat Irfan Bin Izani

Antara aktiviti yang dibuat juga adalah seperti berikut:-

1. Sesi Potong Kek
2. Penyampaian Hadiah kepada Pengurus-Pengurus & ALP Pendidikan
3. Penyampaian Anugerah Prestij
4. Penyampaian Anugerah Santai
5. Jamuan Makan
6. Persembahan dari Muallim Voice
7. Deklamasi Sajak dari Ketua Pemuda

Akhir sekali, ucapan penutup sekaligus sembang santai yang disampaikan oleh YDP PAS Kawasan Batu Ustaz Azhar Bin Yahya dengan membahaskan berkenaan kaitan berjuang dalam mendidik.

Tahniah diucapkan kepada guru-guru PASTI Kawasan Batu & SRITI Batu Muda yang telah memperoleh anugerah baik Prestij ataupun Santai.

Semoga dapat lebih menyumbang pahala dalam dunia pendidikan serta konsisten mendidik anak bangsa dengan ilmu yang bermanfaat.

Photos from PASTI Kawasan Batu WP's post 20/05/2024

[LENSA PENERIMA ANUGERAH GURU PASTI KAWASAN BATU SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PASTI WILAYAH PERSEKUTUAN]

Sabtu | 18 Mei 2024
Dewan Komuniti Batu Muda, Kg. Batu Muda

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada 5 Guru PASTI Kawasan Batu yang telah memperoleh anugerah sempena Sambutan Hari Guru PASTI Wilayah Persekutuan beberapa hari yang lalu.

Senarai nama yang memperoleh anugerah tersebut adalah seperti berikut:-

💐 Anugerah Tokoh Guru PASTI Wilayah Persekutuan
Cikgu Syahira Binti Hamzah

💐 Anugerah Guru Pembimbing 5 Tahun
Cikgu Nur Atiqah Binti Abd Rahim

💐 Anugerah Guru Komited
Cikgu Nur Ain Binti Alias

💐 Anugerah Guru Kreatif 4 Tahun
Cikgu Zulaikha Binti Omar Maya

💐 Anugerah RPH Terbaik 5 Tahun
Cikgu Nurul Afiqah Binti A. Ghani

Semoga dengan perolehan anugerah ini dapat menjadi pembakar semangat kepada penerima & juga guru-guru PASTI Kawasan Batu untuk lebih konsisten dalam dunia pendidikan sebagai pendidik anak bangsa.

Photos from PASTI Al-Qamar Taman Changkat Desa's post 20/05/2024

[LENSA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PASTI AL-QAMAR]

Khamis | 16 Mei 2024

Alhamdulillah, PASTI Al-Qamar telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru yang sangat meriah beberapa hari yang lalu. Terdapat beberapa agenda yang telah dilaksanakan antaranya:-

1. Sesi Bergambar setiap murid
2. Sesi Bergambar mengikut kelas
3. Sesi Potong Kek
4. Teacher's Game
5. Sesi Tukar Hadiah
6. Penyampaian Hadiah Mewarna & Pakaian Cantik
7. Penyampaian Anugerah Guru

Kami mengucapkan terima kasih kepada murid-murid serta ibu bapa dan penjaga yang telah menyediakan, memberikan & meraikan guru-guru dengan hadiah yang bermanfaat. Semoga urusan kita sentiasa dipermudahkan oleh Allah SWT serta setiap tindakan kita diperolehi keberkatan.

Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia khususnya Guru-Guru PASTI Al-Qamar.


10/05/2024

[LENSA SYAWAL 1445H: VIDEO AKTIVITI MURID 6 TAHUN]

Khamis - Jumaat | 02 - 03 Mei 2024

Alhamdulillah, antara aktiviti sepanjang Syawal berjalan dengan baik & lancar. Murid 5 Tahun sedang membuat aktiviti bersama-sama iaitu:-

1. Ulangkaji: Bacaan Huruf Vokal (a-e-i-o-u)
2. Membaca Suku Kata Akhiran (yang sama)

Semoga murid-murid PASTI Al-Qamar dapat berkembang menjadi insan yang soleh, kreatif & Inovatif.

Credit By: Cikgu Rusmawiyah




Photos from PASTI Al-Qamar Taman Changkat Desa's post 10/05/2024

[LENSA SYAWAL 1445H: AKTIVITI MURID 5 TAHUN]

Jumaat | 26 April 2024

Alhamdulillah, antara aktiviti sepanjang Syawal berjalan dengan baik & lancar. Murid 5 Tahun sedang membuat aktiviti bersama-sama iaitu Menampal Kapas Biri-Biri.

Semoga murid-murid PASTI Al-Qamar dapat berkembang menjadi insan yang soleh, kreatif & Inovatif.

Credit By: Cikgu Rusmawiyah

Photos from PASTI Al-Qamar Taman Changkat Desa's post 10/05/2024

[LENSA SYAWAL 1445H: KOMPILASI AKTIVITI MURID 6 TAHUN]

Isnin - Jumaat | 22 - 26 April 2024

Alhamdulillah, antara aktiviti sepanjang Syawal berjalan dengan baik & lancar. Murid 6 Tahun sedang membuat aktiviti bersama-sama iaitu:-

1. Membuat Biskut Raya: Nestum Chocolate Stick
2. Nasyid Santai

Semoga murid-murid PASTI Al-Qamar dapat berkembang menjadi insan yang soleh, kreatif & Inovatif.

Credit By: Cikgu Nur Aisyah


Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


No 14, Jalan 1/7, Taman Changkat Desa
Kuala Lumpur
68100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30