24/10/2026
KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN TAHUN 2026
PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH MENJADI
PEMANGKIN PEMBANGUNAN BELIA MASA HADAPAN
KUALA PILAH, 23 Oktober 2026, Jumaat – Gabungan mantap Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah dengan Majlis Belia Daerah Kuala Pilah dan D’Kok Eco Camp, Kg. Kok Talang, berjaya membawa kelainan dan seterusnya cuba memartabatkan semula belia di daerah ini. Tujuan penganjuran kem belia kali ini adalah untuk membangkit dan mencungkil bakat terpendam para belia agar lebih berani serta berketrampilan suatu hari nanti. Program yang bermula dari 21-23 Oktober 2026, berhasil mengumpul para belia dari pelbagai latarbelakang, had umur dan pendidikan ini berjaya digarap oleh kepakaran dan kebijaksanaan kem komanden bersama barisan fasilitator yang penuh pengalaman.
Antara pengisian yang telah diterap dan diajar adalah taklimat, suai kenal dan pembentukan kumpulan seterusnya cabaran sinergi, ceramah IPSAS, UPM, akuarobik, pengkosian kejayaan tokoh belia, gotong royong, penyampaian bakul makanan, belia innovasi belia positif, ceramah AADK dan ceramah kesihatan oleh wakil HTAN. Peserta begitu seronok dan menunjukan minat pada setiap aktiviti yang telah mereka lalui.
Majlis Perasmian Penutup Kem Belia @ Rakan Prihatin 2026 Peringkat Daerah Kuala Pilah telah pun disempurnakan oleh YB Tuan Muhammad Qayyum bin Abdul Jalil, ADUN Kawasan Senaling merangkap Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Pilah, Puan Ain Aniati binti Ali wakil Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, En. Shahril bin Abu Samah mewakili PPD Kuala Pilah, En. Zul Fadli bin Ahmad Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah, En. Zamrus Kem Komanden, En. Mohd Nizam bin Hj. Miun Penyelaras Program, En Mohammad Farid bin Kamaruzzaman Pengerusi Persatuan Billiard Daerah Kuala Pilah, barisan fasilitator dan En. Muhd Shahrul Azam MyStep PBSD Kuala Pilah.
Ucapan ribuan terima kasih diberikan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kem belia kali ini. Jasa dan pengorbanan semua yang terlibat amat kami hargai. Semoga dengan penganjuran ini akan melahirkan beberapa lagi permata belia dari daerah Kuala Pilah.
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda