Terengganu City FC

Terengganu City FC

Share

Official page of Terengganu City Football Club.

#WeAreTheSharks

Terengganu City Football Club is a brand new professional football team that competes in Malaysian football competitions which managed by Football Association of Malaysia (FAM) and Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP). The team is based in Kuala Terengganu, Terengganu and currentlyl play in Malaysia's league competition in 2017.

23/09/2018

Terengganu City telah menandatangani lima memorandum persefahaman bersama dengan lima buah syarikat yang telah menyatakan persetujuan untuk menaja kempen The Sharks di musim 2019.

Empat buah syarikat, Inspirasi Perkasa Sdn Bhd, Tulangis Sdn Bhd, Arca Konsep Sdn Bhd dan Tulangis Maju Sdn Bhd masing-masing bersetuju untuk menaja RM1 juta dalam bentuk tunai sementara Derak Ventures akan menaja penginapan skuad ketika bermain di luar Kuala Terengganu.

MoU berkenaan telah ditandatangani di satu majlis yang berlangsung di ibu pejabat Tulangis Group, Kuala Lumpur oleh wakil para penaja dan setiausaha eksekutif Terengganu City, Taslim Razin.




Terengganu City announced five sponsorship memorandums of understanding for the season 2019.

Four companies, Inspirasi Perkasa Sdn Bhd, Tulangis Sdn Bhd, Arca Konsep Sdn Bhd and Tulangis Maju Sdn Bhd agreed to sponsor The Sharks to the amount of RM1 million Ringgit each in cash while Derak Venture would sponsor the team's accommodation.

The signing of the MoUs were held at Tulangis Group head office in Kuala Lumpur tonight by the respective company representatives and the club executive secretary, Taslim Razin.


Photos from Terengganu City FC's post 21/09/2018

Rombongan bas penyokong dari Kuala Terengganu yang selamat bergerak ke Stadium Tun Razak, Jengka.

Terima Kasih diucapkan kepada Tulangis Group bersama-sama Habiel 66 Project, HDR 66 dan Derakventure yang menaja bas penyokong ini.

18/09/2018

BAS PERCUMA KE PERLAWANAN SUKU AKHIR
PIALA MALAYSIA 2018

TULANGIS GROUP bersama-sama HABIEL 66 PROJECT, HDR 66 dan DERAKVENTURE berbesar hati untuk menyediakan 3 buah BAS PERCUMA kepada peminat untuk menyaksikan :

(keutamaan diberikan kepada penyokong yang telah mengikuti perlawanan "awayday" bersama Terengganu City FC)

PERLAWANAN SUKU AKHIR PERTAMA
PIALA MALAYSIA 2018
Felda United FC vs Terengganu FC I
Stadium Tun Razak, Jengka
9.00 Malam, 21 September 2018

Bas akan bertolak pada 21 September 2018, Jam 08.30 pagi bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
dan akan pulang selepas tamat perlawanan.

Sebarang Pertanyaan dan peminat yang ingin menyertai boleh menghubungi kami ditalian :
011-39863384 - Zulkhairi

*Segala perbelanjaan ditanggung sendiri oleh peminat

16/09/2018

UCAPAN TAHNIAH DARIPADA PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM)

Terengganu City FC telah menerima ucapan tahniah daripada Football Association of Malaysia (FAM) hasil kejuaraan Piala FAM 2018 yang dimenangi pada minggu yang lalu. Semoga hubungan baik antara kelab dan FAM ini akan berterusan demi kebaikan bolasepak negara.


16/09/2018

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 🇲🇾

Terengganu City FC mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia dan selamat bercuti bagi warga Malaysia.

SAYANGI MALAYSIAKU


14/09/2018

AKADEMI BOLA SEPAK TERENGGANU CITY FC

The Sharks akan membuka Akademi bola sepak dan hanya terbuka kepada anak muda yang berimpian untuk menjadi pemain bola sepak professional.

Jika anda mempunyai impian untuk menjadi sebahagian daripada kami, ayuh hadir beramai-ramai untuk menyertai kami pada bulan Oktober ini di daerah Kemaman.

Tunggu maklumat selanjutnya dari The Sharks!


12/09/2018

PIALA PRESIDEN 2019!

The Sharks sedang mencari bakal pemain Terengganu City FC bawah-21 tahun untuk bersaing dalam saingan Piala Presiden 2019!

Jika anda mempunyai impian untuk beraksi bersama kami, ayuh hadir beramai-ramai ke sesi pemilihan pada bulan Oktober ini yang akan diadakan di daerah Kemaman.

*Gaji/elaun sehingga RM1500/bulan.
*Asrama untuk penginapan pemain disediakan di daerah Kemaman.
*100% anak muda Terengganu.

Like/follow page dan tekan ‘SEE FIRST’ untuk maklumat selanjutnya daripada kami.


10/09/2018

SALAM MAAL HIJRAH 1440H

Terengganu City FC mengucapkan Salam Maal Hijrah dan Awal Muharram 1440H kepada semua umat Islam. Semoga kita semua diberkati Allah.


09/09/2018

Terengganu City FC berbesar hati mengumumkan penajaan daripada beberapa buah syarikat untuk bersaing dalam Liga Premier 2019 musim depan.

Penajaan ini merangkumi wang tunai, penginapan dan makan pasukan, bas, dan juga kelengkapan jersi pemain dan pegawai kelab.

Antara syarikat-syarikat yang telah bersetuju menaja Terengganu City musim hadapan :

Rimbaco Sdn Bhd (RM1 juta)

Teguh Harian Sdn Bhd (RM1 juta)

Takdir Idaman Sdn Bhd (RM1 juta)

Wira Syukur Sdn Bhd (RM1 juta)

Tulangis Group (RM2 juta)

Kaki Jersi (Jersi rasmi kelab)

Derakventure Enterprise (penginapan pasukan)

CKJ Engineering & Services (makan)

Satu sidang media akan diadakan pada 22 September 2018 di Primula Hotel untuk memperkenalkan secara rasmi barisan penaja The Sharks musim hadapan.

Ayuh, teruskan sokongan anda kepada The Sharks!


FINAL PIALA FAM 2018 | Selangor United FC vs. Terengganu City FC 07/09/2018

Perlawanan Akhir Piala FAM 2018 // Stadium Bolasepak Kuala Lumpur,Cheras // 06 Sept 2018

FT: Selangor United FC 0 - 2 Terengganu City FC


Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Terengganu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kuala Terengganu
20200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00