Kelab EPIC

Kelab EPIC

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab EPIC, Sports Event, Tingkat 3B Kompleks TM Medan Jaya, Rusila, Kuala Terengganu.

Photos from Kelab EPIC's post 26/08/2026

23/8 MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH EPIC ALL STARS SERIES 2026 πŸ†

Alhamdulillah, tirai kejohanan EPIC All Stars Series 2026 anjuran Kelab EPIC telah berjaya dilabuhkan dengan penuh meriah pada 23 Ogos 2026 (Ahad) 2.30 petang di EPIC Auditorium. Lebih seramai 251 pemenang telah diraikan di dalam majlis penutup ini.

Kejohanan ini yang telah berlangsung selama 2 bulan (Jun–Julai 2026) baru-baru ini mencatatkan pencapaian yang sangat membanggakan:

πŸ† 1 Kejohanan
🎯 16 Acara
πŸ… 8 Sukan Teras
🎲 8 Sukan Rakyat
πŸ₯‡ 26 Kategori
πŸ‘₯ 865 Penyertaan
βš”οΈ 100+ Perlawanan
πŸ† 251 Pemenang
⭐ 91 Bintang

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua peserta, pemenang, urus setia, pengadil, sukarelawan serta seluruh warga Kelab EPIC yang telah menjayakan EPIC All Stars Series 2026. πŸ’ͺπŸ”₯

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penaung Kelab EPIC, Dr. Ts. Hj. Muhtar Bin Suhaili bersama barisan GMC, En. Wan Azilah Bin Wan Abdullah, Pn. Suhana Binti Kamaludin , En. Sazaril Amir Bin Sabri selaku Presiden Kelab dan En. Azman Bin Muda selaku Biro Sukan.

Pada akhir majlis, barisan pemenang dan Kelab EPIC turut mengambil peluang dan membuat kejutan untuk menyambut hari kelahiran ke-45, Penaung Kelab EPIC yang disayangi iaitu Dr. Ts. Hj Muhtar Bin Suhaili.

Akhir kata, jutaan terima kasih atas semangat kesukanan, komitmen dan sokongan luar biasa daripada semua yang terlibat. ❀️ Pelbagai kenangan dan peristiwa yang akan kita abadikan sepanjang kejohanan ini.

EPIC All Stars Series 2026 β€” Bukan Sekadar Pertandingan, Tetapi Meraikan Semangat, Persahabatan & Kecemerlangan! πŸŒŸπŸ†

Semoga EPIC terus cemerlang di semua kejohanan yang akan datang.

Photos from Kelab EPIC's post 12/07/2026

11/7 : FUTSAL EPIC UNGGULI AURELIUS CUP 2026

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Skuad Futsal EPIC atas kejayaan muncul sebagai JOHAN dalam Kejohanan Aerulius Cup yang telah berlangsung di Semambu Pahang anjuran Aerulius Hospital Pahang pada 11 Julai 2026. Pihak Kelab EPIC telah menghantar 2 pasukan futsal lelaki dan 1 pasukan telah berjaya menjadi Johan keseluruhan di dalam kejohanan ini.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada semangat berpasukan, disiplin, komitmen dan usaha tanpa mengenal penat lelah sepanjang kejohanan. Anda semua telah membuktikan bahawa kerja keras dan semangat juang yang tinggi mampu menghasilkan kejayaan yang membanggakan.

Terima kasih kepada semua pemain, jurulatih, pengurus pasukan serta komiti yang sentiasa memberikan sokongan padu sehingga ke wisel penamat.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mengharumkan nama Kelab EPIC dan EPIC Group di kejohanan-kejohanan akan datang.

Photos from Kelab EPIC's post 04/06/2026

3/6/26 - EPIC Buddy Fit Kini Kembali

Program Kembali Sihat - EPIC Buddy Fit anjuran Jabatan Admin EPIC dan Kelab EPIC dengan kerjasama Klinik Wildan untuk sesi Baseline semalam telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga EPIC.

Seramai 43 kumpulan yang terdiri daripada pelbagai peringkat kakitangan EPIC telah mendaftarkan penyertaan mereka, sekali gus membuktikan bahawa program ini sememangnya diminati dan dirindui oleh warga kerja EPIC.

Program yang bermula pada 3 Jun 2026 ini akan berlangsung selama 6 bulan yang akan disulami pelbagai aktiviti sihat yang mencabar disiplin dan keazaman setiap peserta nanti. Matlamat program ini untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta membantu peserta melakukan transformasi ke arah kesihatan dan kecergasan yang lebih baik. Diharapkan setiap peserta dapat memberikan komitmen yang tinggi, saling memberi sokongan kepada rakan sepasukan, dan menjadikan program ini sebagai titik permulaan kepada kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti.

Pihak penganjur juga berharap agar semangat yang ditunjukkan pada permulaan program ini dapat dikekalkan sehingga ke penghujung pertandingan, seterusnya melahirkan budaya hidup sihat yang berterusan dalam kalangan warga EPIC. Siapakah yang akan menjadi juara bagi program EPIC Buddy Fit kali ini? Sama-sama kita nantikan pada penghujung nanti.

Akhir kata, Kelab EPIC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai program EPIC Buddy Fit. Semoga program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan dengan jayanya. Insyallah.

β€œLangkah Kecik, Impak Besar"
"Sihat Bersama, Cergas Bersama, Kejayaan Bersama.” πŸ’ͺπŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈ

Photos from Kelab EPIC's post 14/05/2026

8/5/26 - Candat Sotong 2.0 Meriah & Mengasikkan!

Program Trip Candat 2.0 di Kemaman telah berjaya dianjurkan oleh Kelab EPIC yang disertai kakitangan yang meminati dunia memancing dan aktiviti laut. Program ini berlangsung pada 8 hingga 9 Mei 2026 di Taman Bakau Tinggi, Chukai, Kemaman dengan penuh meriah dan semangat kebersamaan.

Seramai 52 orang ahli Kelab EPIC telah menyertai cabaran Trip Luor Pintu kali ini yang melibatkan keseluruhan tujuh buah bot. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan setiap peserta berjaya mencipta pelbagai pengalaman menarik sepanjang aktiviti mencandat sotong berlangsung.

Bagi kategori tangkapan terbanyak, kumpulan Kurita telah muncul sebagai juara selepas merekodkan hasil tangkapan sebanyak 82kg. Tahniah diucapkan kepada kumpulan tersebut atas pencapaian yang membanggakan. Kumpulan lain turut menunjukkan prestasi yang baik dengan purata hasil tangkapan sekitar 10 hingga 20kg. Bukan sotong sahaja yang berjaya didaratkan, malah terdapat juga beberapa spesis ikan dan pari juga berjaya dibawa pulang.

Pihak Kelab EPIC ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta atas sokongan serta komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga semangat ukhwah dan kebersamaan ini terus berkekalan, dan diharapkan kita dapat bertemu lagi dalam program-program akan datang. Terima kasih.

Photos from Kelab EPIC's post 28/04/2026

25/4 - EPIC Mendominasi MOGSC Sport Carnival 2026

Baru-baru ini, Kelab EPIC telah menghantar wakil untuk menyertai MOGSC Sport Carnival 2026 yang berlangsung di SLK Sport Center, Batu Caves pada Sabtu, 25 April 2026. Karnival sukan ini menghimpunkan para pemain daripada industri minyak, gas dan perkhidmatan tenaga (OGSE) dari seluruh Malaysia, dan dianjurkan oleh Majlis Perkhidmatan Minyak dan Gas Malaysia (MOGSC).

Skuad EPIC telah mempamerkan prestasi cemerlang dengan mara ke peringkat akhir bagi dua daripada tiga acara yang dipertandingkan, seterusnya muncul sebagai Johan bagi acara Futsal dan Naib Johan bagi acara Badminton.

Kelab EPIC ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh barisan atlet EPIC Berhad atas pencapaian yang membanggakan ini. Kejayaan ini diharap dapat menjadi pemangkin semangat serta motivasi kepada para atlet untuk terus mencipta kecemerlangan dalam kejohanan akan datang.

Penghargaan juga diberikan kepada pihak MOGSC atas penganjuran acara sukan ini yang menjadi medium untuk mengukuhkan hubungan baik dan kerjasama erat dalam kalangan pemain industri.

WORK HARD, PLAY HARD & PRAY HARD!

Photos from Kelab EPIC's post 18/03/2026

15/3 & 17/3 - KELAB EPIC BERSINGGAH SAHUR DI KTSB & KSB

Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak, Biro Kebajikan Kelab EPIC telah menganjurkan Program Singgah Sahur sebagai inisiatif menyantuni ahli-ahli kelab yang sedang bertugas, di samping berkongsi juadah bagi persediaan bersahur.

Program ini telah diketuai oleh Penaung Kelab, Dr. Ts. Haji Muhtar Suhaili, dengan pengagihan juadah dilaksanakan di sekitar operasi Kumpulan EPIC di Kemaman, melibatkan Operasi, Pangkalan Bekalan Kemaman dan Pelabuhan Kemaman iaitu Dermaga Timur (East Wharf), Dermaga Barat (West Wharf)

Pada 15 Mac yang lalu, Program Singgah Sahur turut diperluaskan ke Kuala Terengganu Support Base (KTSB), dengan penglibatan pihak pengurusan serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Kelab dalam mengagihkan juadah kepada kakitangan syarikat.

Lebih mengujakan lagi, pihak pengurusan turut meluangkan masa beramah mesra bersama ahli-ahli kelab, di samping meninjau aktiviti kerja serta suasana harmoni sepanjang waktu malam di bulan Ramadan.

Pihak Kelab EPIC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Penaung Kelab, Dr. Ts. Haji Muhtar Suhaili dan semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga segala amalan dan sumbangan yang dicurahkan diberkati serta dikurniakan ganjaran pahala oleh Allah SWT.

Photos from Kelab EPIC's post 18/03/2026

17/03/26 - MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB EPIC SESI 2025/2026

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab EPIC Sesi 2025/2026 yang dijadualkan pada hari ini telah berlangsung dengan lancar dan penuh harmoni.

Bertempat di Dewan Serbaguna EPIC, mesyuarat kali ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran ahli-ahli kelab yang dihargai. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi Kelab, En. Sazaril Amir bin Sabri, diikuti oleh Penaung Kelab, Dr. Ts. Tn. Haji Muhtar bin Suhaili.

Seterusnya, mesyuarat diteruskan dengan sesi pembentangan laporan kewangan oleh Bendahari Kelab, serta perkongsian aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2025 oleh setiap Ketua Biro. Turut dibentangkan adalah perancangan program dan aktiviti bagi tahun 2026, antaranya TIG Games, Golf Classic Series, Trip Luar Pintu dan EPIC All Stars Series.

Lebih menarik, seramai 30 orang ahli kelab yang bertuah telah memenangi cabutan bertuah istimewa sempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba.

Pihak jawatankuasa kelab ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu yang diberikan oleh semua ahli kelab serta pihak pengurusan EPIC.

Semoga jumpa lagi dalam program-program kelab yang akan datang. Terima kasih di atas sokongan anda!

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. 🀝

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Terengganu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Tingkat 3B Kompleks TM Medan Jaya, Rusila
Kuala Terengganu
21080

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:15
Tuesday 08:30 - 17:15
Wednesday 08:30 - 17:15
Thursday 08:30 - 17:15
Sunday 08:30 - 17:15