Majlis Sukan Negeri Terengganu

Call Directions Website

Majlis Sukan Negeri Terengganu Majlis Sukan Negeri Terengganu telah memainkan peranan penting dalam membangunkan sukan di negeri ini secara tersusun dan sistematik.

30 SEPT. 2026 | AR RIYADAH RESIDENCEMajlis Sukan Negeri Terengganu MENERIMA KUNJUNG HORMAT DARIPADA DELEGASI PERBADANAN ...
30/09/2026

30 SEPT. 2026 | AR RIYADAH RESIDENCE

Majlis Sukan Negeri Terengganu MENERIMA KUNJUNG HORMAT DARIPADA DELEGASI PERBADANAN PUTRAJAYA

PROGRAM INI PENTING DAN SESUAI BAGI MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN BAGI MENINGKAT MUTU DAN DAYA SAING
DALAM SEKTOR PEKERJAAN..


23 SEPT. 2026 | AR RIYADAH RESIDENCE MSNTMAJLIS RAMAH MESRA PENGARAH MSNT BERSAMA URUSETIA KONTINJEN TERENGGANU SUKMA XX...
24/09/2026

23 SEPT. 2026 | AR RIYADAH RESIDENCE MSNT

MAJLIS RAMAH MESRA PENGARAH MSNT BERSAMA URUSETIA KONTINJEN TERENGGANU SUKMA XXII DAN PARA SUKMA, SELANGOR 2026 SERTA MAJLIS PERSARAAN KAKITANGAN MSNT


24/09/2026

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐍𝐈 πŠπ„π‰πŽπ‡π€ππ€π ππŽπ‹π€ π‰π€π‘πˆππ† π‚π€πŒππ”π‘π€π

Pihak Kerajaan Negeri mengambil maklum satu penganjuran Mini Kejohanan Bola Jaring Campuran pada 3 Oktober 2026 di Jeram, Manir yang telah tular di media sosial.

Penganjuran ini dilaksanakan oleh pihak persendirian dan bukannya di bawah kelolaan jabatan atau agensi kerajaan negeri.

Susulan aduan awam yang diterima, pihak kami telah memanjangkan pemakluman kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membuat siasatan serta menghubungi pihak penganjur kejohanan secara terus.

Oleh kerana konsep penganjuran ini bertentangan dengan Garis Panduan Sukan Negeri Terengganu dalam perkara 4 (Garis Panduan Umum), pihak penganjur tidak dibenarkan meneruskan penganjuran ini melainkan jika diadakan tanpa penyertaan campuran, iaitu hanya melibatkan peserta wanita sahaja. Susulan kes ini, pihak penganjur juga diminta untuk mengemukakan permohonan permit kelulusan kepada pihak MBKT terlebih dahulu bagi penganjuran berkenaan.

Walaupun pihak Kerajaan Negeri Terengganu sentiasa bersikap terbuka terhadap penganjuran sebarang aktiviti sukan di seluruh Negeri Terengganu, semua pihak yang berhasrat menganjurkan aktiviti kesukanan hendaklah menghormati dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Pada masa yang sama, pihak Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk melunturkan semangat kesukanan dalam kalangan seluruh lapisan rakyat Terengganu. Apa yang diharapkan, kita berusaha sebaik mungkin untuk menampilkan yang terbaik sebagai warga Darul Iman.

Sekian, terima kasih.

YB Hishamuddin bin Abdul Karim
Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO
22 September 2026

24/09/2026

KENYATAAN MEDIA

MEMPERKASA SUKAN, MEMELIHARA ADAB DAN PRINSIP

Berikutan poster tular mengenai Pertandingan Bola Jaring Campuran Lelaki dan Wanita, saya selaku Presiden Persatuan Bola Jaring Negeri Terengganu ingin menegaskan bahawa pertandingan tersebut adalah bukan anjuran persatuan kami.

Sehubungan dengan itu, pihak kami telah mengadakan perbincangan bersama penganjur bagi mendapatkan penjelasan dan membincangkan perkara berkenaan. Alhamdulillah, perbincangan berlangsung secara harmoni dan terbuka.

Hasil perbincangan, pihak penganjur bersetuju tidak meneruskan pertandingan tersebut.

Saya menghargai keterbukaan dan sikap bertanggungjawab pihak penganjur dalam menerima pandangan serta mengambil kira perkara yang dibincangkan.

Keputusan ini bukan untuk menyekat masyarakat daripada bersukan atau menafikan ruang wanita dalam aktiviti sukan. Sebaliknya, kita mahu sukan terus berkembang seiring dengan nilai agama, adab dan budaya masyarakat Terengganu.

Saya turut menyambut baik pendirian YB Ustaz Hishamudin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, berhubung pembatalan pertandingan yang bercanggah dengan Garis Panduan Sukan Negeri Terengganu.

Aktiviti sukan melibatkan lelaki dan wanita perlu dianjurkan dengan mengambil kira batas pergaulan yang sewajarnya, khususnya dalam pertandingan yang melibatkan sentuhan dan interaksi fizikal secara langsung.

Pendirian ini bukan ditujukan kepada mana-mana individu atau pihak tetapi berasaskan prinsip dan tanggungjawab dalam penganjuran aktiviti awam. Perkara yang menyentuh nilai agama dan kehidupan bermasyarakat wajar ditangani dengan baik dan berhemah.

Saya berharap semua penganjur sukan dapat mengambil kira perkara ini lebih awal agar setiap program dapat dilaksanakan dengan lancar serta selari dengan garis panduan yang ditetapkan.

Terengganu mahu terus menjadi negeri yang aktif, sihat dan maju dalam bidang sukan, tanpa mengorbankan identiti dan nilai yang menjadi pegangan masyarakat.

Sukan kita perkasa.
Wanita kita berdaya.
Anak muda kita aktif.
Agama dan adab tetap menjadi panduan.

Sekian, terima kasih.

YB Hajah Zuraida Md Noor
Presiden
Persatuan Bola Jaring Negeri Terengganu

19/09/2026
Temasya Sukan Asia 2026 bermula pada 19 September dan berakhir 4 Oktober 2026, dimana seramai 24 orang atlet Terengganu ...
19/09/2026

Temasya Sukan Asia 2026 bermula pada 19 September dan berakhir 4 Oktober 2026, dimana seramai 24 orang atlet Terengganu terpilih mengalas misi untuk Malaysia kali ini.

Manakala, bagi Temasya Para Asia 2026 akan bermula pada 18-24 Oktober 2026 nanti, seramai 6 orang atlet Terengganu bakal mengalas misi untuk Malaysia kali ini.

Temasya kali ini berlangsung di Aichi-Nagoya, Japan.

Selamat Maju Jaya dan didoakan GEMILANG menjulang nama Negara di pentas tertinggi sukan Asia.


16/09/2026

πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ π’π”πŠπ€π π–π€ππˆπ“π€ πŸπŸŽπŸπŸ” β€” π’π”πŠπ–π€

Ayuh bersama memeriahkan Karnival Sukan Wanita 2026, sebuah karnival yang menghimpunkan pelbagai aktiviti sukan dan riadah khas untuk wanita.

πŸ“… 29 – 31 Oktober 2026
πŸ“ Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak
🎯 7 Acara β€’ 1 Karnival

Antara acara yang menarik:

βœ…π‘¨π’†π’“π’π’…π’‚π’π’„π’†
βœ…π‘©π’π’π’‚ π‘±π’‚π’“π’Šπ’π’ˆ π‘·π’Šπ’‚π’π’‚ π‘°π’”π’•π’†π’“π’Š 𝒀𝑨𝑩 𝑴𝑩
βœ…π‘²π’π’Šπ’π’Šπ’Œ 𝑩𝒐𝒍𝒂 π‘±π’‚π’“π’Šπ’π’ˆ
βœ…π‘·π’Šπ’„π’Œπ’π’†π’ƒπ’‚π’π’
βœ…π‘©π’π’π’‚ π‘±π’‚π’“π’Šπ’π’ˆ π‘·π’Šπ’‚π’π’‚ π‘·π’“π’†π’”π’Šπ’…π’†π’
βœ…π‘­π’–π’ π‘Ύπ’‚π’π’Œ
βœ…π’π’–π’Žπ’ƒπ’‚

Sama-sama kita raikan semangat kesukanan, kecergasan dan ukhuwah dalam SUKWA 2026.

Jom sertai dan meriahkan Karnival Sukan Wanita 2026!

16/09/2026
π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ‡²πŸ‡ΎMalaysia selamanya yang pastinya kukuh abadi..
15/09/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ‡²πŸ‡Ύ

Malaysia selamanya yang pastinya kukuh abadi..


Address

Gerbang Sukan Negeri Terengganu, Jalan Lapangan Terbang, Gong Badak
Kuala
21300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+609 667 2577

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Sukan Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share