24/08/2026
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2026 / 1448H
"Semoga dengan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kita dapat memperbanyakkan selawat serta mencontohi akhlak Baginda dalam kehidupan seharian." π€
Ψ§ΩΩΩΩ
Ψ΅Ω ΨΉΩΩ Ω
ΨΩ
Ψ― ΩΨΉΩΩ Ψ’Ω Ω
ΨΩ
Ψ―
Semoga kita semua mendapat syafaat Rasulullah SAW di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin. π€²
Salam Maulidur Rasul daripada kami di Kuala Perlis Titans FC! ππ
21/08/2026
TERIMA KASIH UNIMAP FC
Terima kasih kepada UniMAP FC atas perlawanan persahabatan petang tadi.
Satu permainan yang baik, penuh dengan semangat kesukanan dan pengalaman yang sangat bermakna buat pasukan kami.
Perlawanan ini juga memberi peluang kepada kami untuk mencuba dan menilai beberapa pemain baharu sebagai persediaan menghadapi musim baru.
Tahniah kepada kedua-dua pasukan atas permainan yang ditampilkan. Semoga terus maju jaya dan dipermudahkan segala urusan UniMAP FC dalam menghadapi SUKIPT. πͺπ₯
All the best, UniMAP FC!
19/08/2026
β½ FRIENDLY MATCH β½
Dua pasukan, satu padang, satu semangat! π₯
UNIMAP Football Club π Kuala Perlis Titan FC
π
Jumaat | 21 Ogos 2026
π Stadium UniMAP, Pauh
β° 5.00 Petang
Perlawanan persahabatan ini menjadi platform untuk menguji kekuatan pasukan, membina keserasian pemain serta membuat persiapan menghadapi musim Liga A2 Amateur Malaysia 2026/2027.
πͺ Uji Kekuatan. Bina Keserasian. Persiapkan Pasukan.
Ayuh warga Perlis, hadir beri sokongan! π΅π‘
16/08/2026
π’ PEMAKLUMAN PEMBATALAN PERLAWANAN PERSAHABATAN
Atas permintaan pihak Gaban Jerlun FC, perlawanan persahabatan yang dijadualkan pada Ahad, 16 Ogos 2026 terpaksa dibatalkan.
Pembatalan pada saat akhir ini dibuat berikutan kekurangan pemain daripada pihak Gaban Jerlun FC.
Cuma sedikit teguran untuk pihak yang uruskan friendly. Kalau nak ajak mana-mana team, pastikan dulu komitmen dan availability player team sendiri sebelum confirm dengan pihak lawanπ
13/08/2026
π₯ FRIENDLY MATCH π₯
Kuala Perlis Titans FC π Gaban Jerlun FC
π
Ahad, 16 Ogos 2026
β° 5.00 Petang
π Padang TNB, Kangar
Satu perlawanan. Satu semangat. Satu perjuangan. ππ
Ayuh hadir beri sokongan!
09/08/2026
π₯ KEMBALI DENGAN SEMANGAT BAHARU!
Musim baharu, misi baharu. ππ
Kuala Perlis Titans FC bersedia untuk bangkit, memperbaiki segala kelemahan dan memberikan yang terbaik dalam saingan Liga A2.
Bukan sekadar bermain.
Kami mahu bersaing. Kami mahu melangkah lebih jauh.
Mohon doa dan sokongan semua untuk perjalanan Titans musim ini. πͺβ½
Liga A2: Kuala Perlis Titans FC sasar kebangkitan
KANGAR, 9 Ogos β Kegagalan mara ke perlawanan akhir Liga A2 musim lalu menjadi pembakar semangat Kuala Perlis Titans FC untuk tampil lebih kompetitif pada saingan musim ini.RINGKASAN BERITA AI β Perkasa kekuatan dengan gabungan pemain berpengalaman dan muka baharu. Kekalkan 14 pemain musim lalu;...
07/08/2026
Setiap pemain hebat pernah bermula dengan satu sesi percubaan.
Esok adalah peluang anda.
Jika anda percaya pada bakat sendiri, hadir dan buktikannya bersama Kuala Perlis Titan FC.
Jadikan Liga A2 Amateur Malaysia sebagai pentas untuk mengasah pengalaman, meningkatkan prestasi dan membuka peluang ke tahap yang lebih tinggi.
Impian tidak datang sendiri, anda yang perlu mengejarnya.
Kami hanya menyediakan Pentasππ
04/08/2026
β½ SESI PERCUBAAN PEMAIN KUALA PERLIS TITAN FC β½
Inilah peluang anda untuk membuktikan kemampuan dan merebut tempat bersama Kuala Perlis Titan FC bagi menghadapi Liga A2 Amatur Malaysia 2026/2027.
π
Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)
π Masa: 5.00 Petang
π Tempat: Padang TNB Kangar
β
Terbuka kepada pemain 17 tahun ke atas
β
Semua posisi diperlukan
β
Berpakaian lengkap untuk menyertai percubaan
Kalau anda yakin dengan bakat anda, jangan lepaskan peluang ini!
Jumpa kami di padang. Buktikan kemampuan anda! πͺβ½
03/08/2026
βHari ini mungkin sekadar harapan, esok insya-Allah mungkin menjadi kenyataan.β
Bola sepak Perlis milik kita semua. β½β€οΈ
Bola sepak di negeri kita ini sebenarnya kecil. Kita semua saling mengenali, mempunyai matlamat yang sama dan berkongsi impian untuk melihat bola sepak Perlis kembali disegani seperti suatu ketika dahulu.
Sudah tiba masanya kita mengetepikan perbezaan, duduk semeja, berbincang dan berkongsi idea demi mencari jalan terbaik untuk membangkitkan semula arena bola sepak Perlis. Apabila semua kelab bergerak sehaluan, insya-Allah pembangunan pemain, pertandingan dan masa depan bola sepak negeri akan menjadi lebih baik.
Satu persoalan yang perlu kita fikirkan bersama ialah ke manakah hala tuju pemain selepas tamat akademi kelab,selepas tamat persekolahan atau selepas menamatkan pengajian di Sekolah Sukan Negeri?
Ramai pemain berbakat terhenti di pertengahan jalan, bukan kerana mereka tidak berkualiti, tetapi kerana kurangnya platform untuk terus berkembang. Ada yang terus berhenti bermain, ada yang hilang arah, dan ada yang tidak mendapat peluang untuk membuktikan kemampuan mereka.
Sebab itu kita memerlukan satu ekosistem bola sepak yang saling melengkapi. Akademi melahirkan bakat, sekolah membentuk asas, manakala kelab-kelab tempatan perlu menjadi jambatan yang memberi peluang kepada pemain untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi. Setiap kelab mempunyai peranan masing-masing dalam memastikan bakat anak Perlis tidak terbiar.
Jika semua pihak berganding bahuβkelab, akademi, sekolah, jurulatih, bekas pemain, penaja, penyokong dan Persatuan Bola Sepakβkita mampu membina satu laluan pembangunan pemain yang jelas, bermula dari akar umbi sehingga ke peringkat tertinggi.
Kami di Kuala Perlis Titan FC sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana kelab, akademi, jurulatih dan individu yang benar-benar ikhlas mahu melihat bola sepak Perlis terus maju.
Semoga suatu hari nanti kita semua dapat duduk semeja dengan semangat kekeluargaan, berkongsi pandangan, merancang hala tuju bersama dan mencipta perubahan demi masa depan bola sepak Perlis.
Bola sepak Perlis bukan milik satu pihak. Bola sepak Perlis adalah milik kita semua.
Bersatu kita kuat. Bersama kita bangkit. ππ