24/08/2026
Tahniah Kontinjen Terengganu,
No 3 keseluruhan dalam Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026..
Pungutan pingat keseluruhan :-
43 Emas π₯ || 44 Perak π₯ || 36 Gangsa π₯
Tranung Nelang!!!
24/08/2026
Sign off SUKMA XXII Selangor 2026..
Dengan berakhirnya acara berbasikal trek di Velodrome Nasional Nilai, Negeri Sembilan semalam, maka berakhirlah acara berbasikal di SUKMA kali ini..
Pencapaian keseluruhan pasukan berbasikal Negeri Terengganu :-
7 Pingat Emas - π₯
4 Pingat Perak - π₯
5 Pingat Gangsa - π₯
Pingat emas masing2 dalam Acara :-
Berbasikal MTB - Downhill (Wanita)
Berbasikal MTB - XCO (Lelaki)
Ujian Masa Individu (ITT) Wanita
Ujian Masa Berpasukan Wanita
Mass Start Lepas Beramai2 Berpasukan Wanita Kriterium (Lelaki)
Team Pursuit Wanita
Pingat Perak disumbangkan melalui acara :-
Berbasikal MTB - XCO (Lelaki)
Ujian Masa Berpasukan Lelaki
Kriterium (Wanita)
Scratch Race (Wanita)
Pingat Gangsa :-
Berbasikal MTB - XCO (Lelaki)
Mass Start Lepas Beramai2 Individu (Lelaki)
Mass Start Lepas Beramai2 Berpasukan (Lelaki)
Kriterium (Wanita)
Team Pursuit Lelaki
Tahniah sekali lagi untuk para atlit yang telah menyumbangkan pingat pada edisi kali ini..
Yang belum berjaya, teruskan kayuhan dan jumpa next SUKMA p**a..
Tranung Nelang!!!
22/08/2026
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026
Tahniah Team Pursuit Wanita menghadiahkan kilauan pingat Emas yg ke-7 utk Sukan Berbasikal di SUKMA edisi kali ini..
Lebih membanggakan Team Pursuit Wanita Terengganu ini telah memecahkan rekod kebangsaan yg sebelum ini dipegang oleh Team Pursuit Wanita Negeri Johor dgn mencatat masa 4:41.759 saat..
Team Pursuit Lelaki juga telah menyumbang Pingat Gangsa dgn mengenepikan pencabar dari negeri Selangor utk kedudukan ke-3 dan ke-4..
Pada pusingan akhir tadi Team Pursuit Lelaki telah mencatatkan masa 4:20.989 utk memastikan Pingat Gangsa berjaya dibawa p**ang..
Hadir sama menyaksikan acara akhir yg berlangsung di Velodrom Kebangsaan Nilai tadi adalah :-
YB Dato' Haji Mohd Azmi Mohamad Daham
Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu
YB Dato' Haji Rosli Latif
Pegawai Kewangan Negeri merangkap Ketua Kontinjen SUKMA Negeri Terengganu
YB Dato' Razali Idris
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim merangkap Bapa Angkat Sukan Berbasikal
Tuan Haji Azizi Bin Zulkifli
Pegawai Daerah Kuala Nerus merangkap Presiden Persatuan Lumba Basikal Terengganu
Tuan Haji Zuwislan bin Awang
Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) merangkap Jabatan Angkat Sukan Berbasikal
Tahniah dan syabas kepada semua atlit2 berbasikal yang telah berjaya memenangi pingat hari ini dan sekalung tahniah juga untuk kesemua barisan kejurulatihan dan krew2 yang terlibat..
22/08/2026
Sesi Kelayakan - Team Pursuit Wanita telah memecahkan rekod kebangsaan
21/08/2026
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026
Sesi tinjauan mesra Presiden Persatuan Lumba Basikal Terengganu Tuan Hj. Ahmad Azizi bin Zulkifli ke latihan rasmi acara berbasikal trek di Velodrom Nasional Nilai sebentar tadi..
Esok akan bermula acara berbasikal trek untuk SUKMA edisi kali ini..
Acara untuk esok :-
Team Sprint (Wanita)
Team Sprint (Lelaki)
Team Pursuit (Wanita)
Team Pursuit (Lelaki)
Keirin Wanita
Keirin Lelaki
Pusingan kelayakan bermula jam 9:00 pagi - 1:00 tgh hari dan bermula jam 3:00 petang adalah pusingan akhir untuk semua acara yang terlibat esok..
Jom warga2 Negeri Terengganu yang berada di sekitar Nilai dan Lembah Klang, pakat mari ke Velodrom Nilai untuk bagi sokongan kepada semua atlit2 Negeri Terengganu yang berjuang esok..
Tranung Nelang!!!
19/08/2026
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026
Alhamdulillah!! Alhamdulillah!! Alhamdulillah!!
Pasukan Berbasikal mengakhiri acara lebuhraya menerusi acara kriterium Lelaki petang ini dengan kejayaan yg cukup membanggakan dengan membawa p**ang Pingat Emas..
Zulfahmi Aiman Bin Zulkurnain memungut 13 mata keseluruhan utk 6 zon pecutan utk memastikan kemenangan mutlak milik Kontijen SUKMA Terengganu..
Lebih manis kejayaan ini diraikan bersama YB Zuraida binti Mohd Noor, Tim CDM Kontijen SUKMA Terengganu, YB Dato' Razali bin Idris selaku Bapa Angkat Sukan Berbasikal, wakil Majlis Perbandaran Kemaman selaku Jabatan Angkat Sukan Berbasikal dan juga Tuan Hj. Ahmad Azizi bin Zulkifli selaku Presiden Lumba Basikal Terengganu yg turut hadir menyaksikan perlumbaan yg penuh debaran sebentar tadi..
Selain Zulfahmi Aiman, Pasukan Berbasikal Terengganu dibarisi oleh Muhammad Adam Ramdzan, Ahmad Fairos, Ahmad Farihin, Tengku Mohamad Najib dan Saniy Shu'aib..
Tahniah dan syabas untuk Pasukan Berbasikal Terengganu..
Pungutan Pingat untuk Sukan Berbasikal setakat ini:-
Emas π₯ - 6
Perak π₯ - 3
Gangsa π₯ - 4