Boling Padang UMT

Boling Padang UMT

Share

Lawn Bowls Universiti Malaysia Terengganu

17/11/2025

Tahniah kepada Fadlina bt. Yusof atas Pentauliahan sebagai International Technical Official oleh World Bowls pada 2 hingga 3 November 2024 di Kuala Lumpur.

Akademi Boling Padang UMT berbangga dengan pencapaian ini dan mendoakan agar beliau terus maju serta memberi sumbangan besar kepada perkembangan sukan boling padang negara.

17/11/2025

Tahniah kepada Nurzuhrah bt. Hassan dan Fadlina bt. Yusof atas lantikan sebagai Pegawai Teknikal World Cup 2025 yang akan berlangsung pada 4–8 November 2025 di Arena Lawn Bowls Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Akademi Boling Padang UMT mengucapkan syabas atas kepercayaan yang diberikan dan kedua-duanya telah menjalankan tugas dengan cemerlang serta mengharumkan nama Akademi dan negara.

Photos from Pejabat Pendaftar, UMT's post 27/05/2025
24/04/2025

Tahniah diucapkan kepada Roziana binti Arifin
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Kanan
Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS) sebagai Jurulatih Boling Padang Tunas Negeri Terengganu bagi Program Pembangunan Pelapis, Bakat dan Tunas Terengganu 2025.

Semoga dapat menjalankan tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan baik demi kecemerlangan sukan Boling Padang Terengganu dan juga UMT.

TAHNIAH πŸŽ‰πŸ‘

20/04/2025

Tahniah diucapkan kepada Cik Mazlina binti Mohd Razaki, Setiausaha dari Pejabat Pembangunan dan Harta (PPH) di atas perlantikan sebagai Jurulatih Boling Padang Pelapis Negeri Terengganu bagi Program Pembangunan Pelapis, Bakat dan Tunas Terengganu 2025.

Semoga dapat menjalankan tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan baik demi kecemerlangan sukan Boling Padang Terengganu dan juga UMT.

TAHNIAH πŸŽ‰πŸ‘

08/03/2025

Tahniah diucapkan kepada En. Aswardy bin Hamzah, Pen. Pegawai Sains dari Institut Adaptasi Iklim dan Bioteknologi Marin (ICAMB) di atas perlantikan sebagai Jurulatih Boling Padang SUKMA Negeri Terengganu untuk Sukan Malaysia 2026.

Semoga dapat menjalankan tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan baik demi kecemerlangan sukan Boling Padang Terengganu dan juga UMT.

TAHNIAH πŸŽ‰πŸ‘

Photos from Boling Padang UMT's post 03/02/2025

Tahniah diucapkan kepada tiga (3) orang staf/atlet Boling Padang UMT iaitu:

1. En. Abdullah bin Wan Jaapa (HEPA)
2. En. Abu Bakar bin Mamat (PEJ. BENDAHARI)
3. ChM Nurzuhrah binti Hassan (AKUATROP)

di atas perlantikan sebagai Jurulatih Tunas oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk Program Pembangunan Pelapis, Bakat & Tunas Negeri Terengganu Bagi Tahun 2025.

Semoga dapat menjalankan tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan baik demi kecemerlangan sukan Boling Padang Terengganu dan juga UMT.

TAHNIAH! πŸ‘πŸ‘πŸŽ‰

Photos from Boling Padang UMT's post 22/12/2024

Atlet Staf UMT Cipta Kejayaan Dalam Terengganu Open Triples Veteran Championship 2024

Terengganu Open Triples Veteran Championship 2024 telah diadakan pada 13 hingga 15 Disember 2024 bertempat di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak dengan penyertaan oleh 16 buah pasukan.

Tujuh (7) orang atlet staf UMT turut menyertai kejohanan ini sebagai tanda sokongan terhadap kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Boling Padang Terengganu - Official ini.

Tahniah diucapkan kepada salah seorang atlet staf UMT, Mazlina binti Mohd Razaki (PPH) kerana telah berjaya menjadi Johan bersama pasukan campuran yang terdiri daripada pegawai Majlis Daerah Setiu dan juga Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada semua atlet staf UMT yang telah menyertai kejohanan ini.

UMT A - Peringkat Kumpulan
Nor Azlina binti Mohamad (FPSM)
Nor Aslinda binti Razek (FTKK)
Nurzuhrah binti Hassan (AKUATROP)

UMT B - Tempat Ketujuh
Roziana binti Arifin (FPEPS)
Mohamed Azman bin Hassan@Jusoh (HEPA)
Prof. Dr. Abol Munafi bin Ambok Bolong (AKUATROP)

Photos from Boling Padang UMT's post 13/11/2024

KUNJUNGAN HORMAT SECRETARY GENERAL, ASIAN LAWN BOWLS FEDERATION KE PUSAT SUKAN DAN REKREASI, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

10 November 2024, Ahad - Kelab Boling Padang UMT ingin menyampaikan ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Syed Zainal Abidin bin Syed Zin atas kesudian beliau berkunjung ke Pusat Sukan dan Rekreasi, UMT untuk berkongsi pandangan dan memberi khidmat nasihat berhubung Cadangan Penaiktarafan Gelanggang Boling Padang UMT.

Sesi kunjungan hormat ini telah disertai oleh wakil daripada Pusat Sukan dan Rekreasi UMT merangkap Penyelaras Sukan Boling Padang UMT, Puan Siti Noriam binti Yaakob, wakil daripada Pejabat Pembangunan dan Harta, Encik Masri bin Muda (Ketua Penolong Pengarah - Jurutera Awam dan Struktur), Encik Mohd Faisal bin Mohamad (Penolong Pengarah - Jurutera Awam dan Struktur) dan Encik Harianto bin Muhamad (Penolong Jurutera - Awam dan Struktur), wakil Persatuan Boling Padang Negeri Terengganu, Tuan Haji Zulkepli bin Abd Wahab bersama beberapa orang wakil Akademi Boling Padang UMT iaitu Encik Aswardy bin Hamzah (Presiden), Puan Fadlina binti Yusof (AJK Pembangunan) dan Cik Mazlina binti Mohd Razaki (Setiausaha).

Semoga segala perkongsian dan khidmat nasihat yang diberikan dapat melancarkan lagi urusan penaiktarafan gelanggang Boling Padang UMT ini.

Pusat Sukan dan Rekreasi HEP, UMT
Persatuan Boling Padang Terengganu - Official
Pejabat Pembangunan dan Harta, UMT

16/10/2024

Tahniah diucapkan kakitangan UMT iaitu:

1. En. Aswardy bin Hamzah (ICAMB)
Teknikal penjadualan dan keputusan
2. Pn. Fadlina binti Yusof (FPSM)
Ketua Umpire kejohanan
3. Mazlina binti Mohd Razaki (PPH)
Umpire kejohanan
4. En. Abu Bakar bin Mamat (Pejabat Bendahari)
Teknikal penjadualan dan keputusan
5. ChM. Nurzuhrah binti Hassan (AKUATROP)
Umpire kejohanan
6. ABDULLAH B. WAN JAAPA (HEPA)
Pegawai Teknikal

di atas perlantikan sebagai Pegawai Teknikal/Umpire Sukan Lawn Bowls bagi Temasya Sukan SUK SE-MALAYSIA (SUKSEM) 2024' Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, 15 hingga Oktober 2024.

SYABAS & TAHNIAH πŸ‘πŸŽ‰

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Terengganu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Universiti Malaysia Terengganu, 21300 Kuala
Kuala Terengganu
21030