Belia 4B (M) Kawasan Kuala Nerus

Belia 4B (M) Kawasan Kuala Nerus

Share

Komuniti Belia Di Parlimen Kuala Nerus

Photos from Gerakan Belia 4B Negeri Terengganu's post 15/02/2026
Photos from Belia 4B (M) Kawasan Kuala Nerus's post 04/01/2025

Pengerusi 4B Malaysia Kawasan Kuala Nerus bersama Pengerusi 4B Malaysia Negeri Terengganu bersama jawatankuasa sempat meluangkan masa menziarahi belia dalam Program Ziarah Kasih Belia 4B dalam Kawasan Kuala Nerus petang ini . Semoga mereka semua yang sakit diberikan kesembuhan atas kesakitan mereka itu. Amin

Photos from Belia 4B (M) Kawasan Kuala Nerus's post 19/12/2024

19 Disember 2024 - Pengerusi hadir ke Majlis Penyampaian Hadiah sempena Kejohanan Merentas Desa di Sekolah Kebangsaan Kebor Besar. Turut hadir YDP Haji Sidek Ismail. Program ini dianjurkan SK Kebor Besar dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Kuala Nerus. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

21/04/2024

Tb Moreh Jk Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Kuala Nerus

Photos from Belia 4B (M) Kawasan Kuala Nerus's post 26/11/2023

26 November 2023 / Ahad

Alhamdulillah, selesai Persidangan Mesyuarat Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Kuala Nerus Tahun 2023.

Turut hadir ke persidangan tersebut En. Mohamed Bin Embong; Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu serta En. Mohd Shahril Bin Marzuki selaku Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Terengganu.

Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Kuala Nerus; En. Rosdi Mat Zin telah bersidang dengan jayanya.


Photos from Belia 4B (M) Kawasan Kuala Nerus's post 28/05/2023

Alhamdulillah.

Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Kuala Nerus melahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas pengiktirafan yang diberikan oleh Gerakan Belia 4B Malaysia.

Kami turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Gerakan Belia 4B Malaysia atas Pengiktirafan ini dan juga kpd Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di atas komitmen beliau menyampaikan anugerah ini.

Anugerah Kawasan Ahli Terbanyak daripada semua kawasan di seluruh negara adalah tanda bahawa kepimpinan Gerakan Belia 4B Kawasan dan Cawangan-Cawangan di Kuala Nerus sentiasa 'BERGERAK' untuk melakukan yang lebih baik.

Pengiktirafan ini wajar diraikan dengan penuh rasa bangga dan bersemangat oleh seluruh ahli dalam Kawasan Kuala Nerus.

Dengan permulaan ini, Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Kuala Nerus akan terus memperkukuhkan cawangan sedia ada serta menambah cawangan dan ahli baru dari semasa ke semasa.

Photos from Belia 4B (M) Kawasan Kuala Nerus's post 13/05/2023

12 Mei 2023 / Jumaat

Kejohanan Badminton Tertutup Banggol Tok Esah dan Jemputan anjuran Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Banggol Tok Esah yang berakhir malam tadi. Kejohanan ini berlangsung mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam. Sebanyak 16 pasukan yang telah menyertai kejohanan tersebut.

Turut hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang, Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Kuala Nerus, Rosdi Mat Zin

Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Cawangan Sdr. Che Hakim & Jawatankuasa yang berjaya menganjurkan kejohanan ini.


Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuala Nerus
Kuala
21060