27/09/2026
TAPAK 9
Kebanyakkan senaman memberi tumpuan kepada lutut atau kaki tetapi melupakan jari kaki. Sedangkan jari kaki adalah asas setiap langkah pergerakan. Kelenturan jari kaki dpt membantu kaki anda bergerak dgn lebih semulajadi, meningkatkan keseimbangan dan membolehkan pengagihan berat bdn yg lebih baik semasa bergerak dan beri daya pendorong saat bergerak serta membantu mengekalkan fungsi kaki yg sihat. Kedudukan dalam solat jari kaki juga diambil kira.
Tapak 9 adalah asas gerakan Senaman Tua.
Jom kenalinya!
1. Tapak 1 (Ibu kaki)
Ibu kaki adalah ibu jari pada kaki. Ia adalah jari kaki yang paling kuat dan mampu menanggung hampir separuh dari berat badan manusia. Berfungsi menstabilkan badan daripada jatuh ke hadapan, dibantu jari kaki.
Antara pengamal yang berjaya melatih jari ini adalah penari balet dan akrobat Cina.
Pesilat p**a melihat ibu kaki sebagai antara senjata yang paling halus yang mampu menumbangkan musuh tika ditujah ke belakang pelipat kaki, ditikam ke celah kelangkang, mencubit peha dan lain-lain lagi.
2. Tapak 2 (Jari kaki)
Jari kaki membantu Ibu kaki menstabilkan kedudukan badan. Ia adalah bahagian yg menahan badan daripada terjatuh ke hadapan. Tapak ini jugalah yang berfungsi menahan daripada menerima tugasan yang berat itu.
3. Tapak 3 (Pahat depan)
Pahat depan berfungsi mengimbangkan badan apabila mula hendak duduk bersila. Ia juga berfungsi sebagai tapak transisi. Lazimnya apabila seseorang yang berdiri lurus ditolak dari sisi melebihi titik gravitinya, ia akan terjatuh ke tepi ke atas lantai.
Tetapi, dengan latihan Tapak 9 ini akan menajamkan refleks penggunaan tapak ini. Sebelum sempat jatuh, kaki pasangannya akan bersilang dan menggantikan tapak itu untuk mencari keseimbangan kembali.
4. Tapak 4 (Pahat belakang/Pisau)
Pahat belakang adalah tapak sokongan yang menyokong Pahat depan ketika mengekalkan imbangan dan ketika melakukan pusingan mengalih arah. Tanpa Pahat belakang, pusingan mungkin akan kehilangan panduan dan keseimbangan.
5.Tapak 5 (Tumit)
Tumit adalah tapak paksi, titik di mana peralihan arah sering berlaku. Walaupun pada sesetengah manusia kegemaran meletakkan paksi adalah pada Tapak 6 atau 7, tetapi secara fisiologi, tumit merupakan tapak terkuat kerana mendapat sokongan otot dan struktur tulang termasuk buku lali.
Disebabkan itulah juga, ia antara yang paling mudah cedera jika postur dan cara berjalan tidak betul.
6. Tapak 6 (Tekan)
Tapak ini berfungsi menyokong gerakan Tapak 7 dan dalam sesetengah keadaan, boleh juga menggantikan peranan tapak itu. Ia adalah tapak yang sering digunakan untuk memijak lipas misalnya.
7. Tapak 7 (Loncat)
Tapak ini adalah bahagian yang paling berfungsi pada tapak kaki. Sekiranya kita lahir tanpa tapak 7 ini, maka s**arlah kita hendak bergerak. Tapak loncat adalah tapak yang terakhir meninggalkan tanah apabila kita berjalan atau meloncat dan merupakan tapak terawal menyentuh tanah selepas loncatan. Satu-satunya tapak yg menjadi titik temutanah bagi menyerap hentakan.
8. Tapak 8 (Jengket/Jinjit)
Tapak ini adalah gabungan antara Tapak 1, 2, 6 dan 7 dan berfungsi menambahkan ketinggian manusia bagi mencapai sesuatu di paras yang tinggi.
9. Tapak 9 (Bumi)
Tapak ini adalah tapak gabungan antara kelapan-lapan tapak awal dan berfungsi dalam mengawal imbangan, berdiri dan postur manusia.
Senaman ini menggunakan kekuatan berat badan atau lutut. Dilakukan beberapa kali dalam satu gerakan tanpa putus atau satu persatu. Dan disertai dgn NAFAS MELAYU.
Daripada asas ini senaman ini boleh dipecahkan lagi kepada beberapa variasi bergantung kepada keperluan dan fungsinya.