MFT

MFT

Share

Pasukan bola sepak untuk pertandingan & perlawanan persahabatan dari Kuantan, Pahang.

15/08/2026

Langkah kanan ke hadapan.
Semoga kejayaan dalam genggaman.

Suku Akhir Piala Cahya Mata Peringkat Negeri Pahang anjuran Myligapahang

10/08/2026

Kemenangan kedua di Pusingan 16 terbaik Piala Cahya Mata Peringkat Negeri Pahang anjuran Myligapahang di ARENA MBK Kuantan

MFT mengatur langkah demi selangkah, maju ke hadapan untuk bergelar pasukan amatur terbaik di negeri Pahang.

Ketua Jurulatih Jailani Jaibeckham terus merumus formula kemenangan dengan Kapten Syahir Gaban turut melengkapkan kemenangan dengan jaringan akhir perlawanan.

Photos from MFT's post 17/06/2026

MFT berjaya melangkah ke pusingan Suku Akhir Piala Hilmy Yakap setelah menjuarai Kump**an A.

Jumlah jaringan 13 gol dan bolos 5 gol dalam 3 perlawanan sudah cukup untuk memastikan tempat di Suku Akhir yang akan berlangsung pada hari Jumaat, 26 Jun 2026 jam 9.30 malam di Arena MBK.

Ini adalah kejohanan kedua pasukan bimbingan Jailani Jaibeckham tahun ini setelah pasukan Semi Veteran muncul naib juara dalam Piala Sahabat 7.0 - Karnival Semi Vet pada bulan Mei 2026.

Seterusnya tumpuan juga akan diberikan pada persediaan untuk kejohanan Pahang 1st Zon Kuantan pada 18-19 Julai dan Piala Cahya Mata peringkat negeri Pahang dijangka pada 25 Julai ini.

Bulan Jun dan Julai yang penuh aksi dari MFT. Nantikan maklumat terkini hanya dari FB Mft Kuantan.

Kredit gambar KSG SPORT

25/05/2026

Laporan perlawanan kedua Piala Hilmi Yakap 2026.

- Seri 3-3 bertemu MegaWorks. Mengutip mata keempat, kekal di tangga kedua. Berada di landasan yang betul untuk mara ke peringkat suku Akhir.

- Terikat di separuh masa pertama. Ketinggalan di awal separuh masa kedua sebelum bangkit dengan 2 gol di minit-minit akhir perlawanan.

- Gol dari setiap posisi. Sazrul (CB) mendahului dengan 3 gol. Rezauddin (FW) dengan 2 gol. Helmy (WR) dan Hisyam (CM) masing-masing dengan 1 gol.

- Kemampuan untuk bangkit dari ketinggalan. Mentaliti pejuang. Ketinggalan jaringan bukanlah satu halangan untuk bangkit semula mengejar kemenangan.

- Perkemasan benteng diperlukan. Bolos 5 gol dalam 2 perlawanan bukan satu penanda aras yang baik. Perlu penambahbaikan untuk perlawanan berukutnya.

20/05/2026

Bersama kawan, sapa menyapa
Berpegang tangan, tepian halaman
Budimu tuan, kami tak lupa
Jadi kenangan, zaman berzaman

Growing old together Jailani Jaibeckham Syahir Gaban Kamarull Sahzuan Fiqri Abdullah Wafie Ferr

Pemain-pemain yang telah membawa cabaran MFT di pertandingan kategori terbuka bermula tahun 2022, kini membuka lembaran baharu di kategori semi veteran p**a.

Karnival semi veteran untuk pemain-pemain berusia 36 - 44 tahun ini buat julung kalinya diadakan di ARENA MBK Kuantan pada tahun 2026.

Marilah kita bersama-sama meraikan pemain-pemain yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan ini pada Ahad, 24 Mei 2026 jam 8 pagi sehingga 2 petang.

12/05/2026

Captain Marvellous. Nov 2022 - May 2026. Still going strong Syahir Gaban. Telah membuat 64 penampilan perlawanan kompetitif bersama MFT.

Penampilan pertama (Friendly): 05 Nov 2022 vs UMP
Penampilan pertama (Tournament) : 04 Feb 2023 vs Kabaso (Liga TAG)
Penampilan terkini ( Tournament) : 10 Mei 2026 vs Kemon (Piala Hilmy Yakap)

12/05/2026

2026. Back in business.

Photos from MFT's post 10/07/2024

MFT mengutip mata pertama Myligapahang apabila mengikat FC Belacan 2-2 di dalam perlawanan pertama Zon Timur.

Ketinggalan 0-1 seawal minit ke 12, enjin MFT Boy menyamakan kedudukan melalui sepakan volley dari luar kotak penalti pada minit ke 44.

FC Belacan kembali mendahului pada minit ke 55, sebelum Peja menjaringkan gol magis selepas 70 minit perlawanan.

Keputusan kekal 2-2 sehingga tamat perlawanan, dengan tiada jurang pemisah di antara kedua-dua semifinalis Liga Amatur Pahang 2023.

Pemain terbaik perlawanan.
- Alif (5)
- Kid (25)
- Peja (7)

Photos from MFT's post 05/07/2024

Senarai pemain MFT untuk Myligapahang musim 2024.

Keseluruhan barisan pengurusan dan kejurulatihan pimpinan Jailani Jaibeckham dikekalkan, termasuk 9 pemain dari musim 2023.

15 pemain baru terdiri darpada pemain muda dan pemain amatur sekitar Kuantan memperkuatkan MFT kali ini.

Adakah barisan ini dapat memperbaiki prestasi layak ke Separuh Akhir pada tahun lepas ?

Nantikan maklumat terbaru perjalanan MFT di Liga Amatur Pahang 2024 dengan sepak mula pada jam 5 petang, 6 Julai 2024 di Arena MBK Kuantan.

02/07/2024

MFT akan memulakan kempen Myligapahang Zon 3 (Timur) musim 2024 pada Sabtu, 6 Julai 2024 bertempat di ARENA MBK Kuantan .

Matlamat musim ini adalah untuk memperbaiki prestasi musim lepas, di mana perjalanan MFT berakhir di pusingan Separuh Akhir peringkat negeri Pahang.

Fiqri Abdullah pemain berpengalaman luas, akan memimpin 24 pemain yang mewakili MFT musim ini sebagai ketua pasukan.

Zulhisyam Zulkifli yang juga penjaring terbanyak MFT musim lepas dengan 6 gol & 5 bantuan kembali memperkuatkan barisan.

Mohamad Khairul p**a akan membimbing barisan pertahanan MFT yang hanya bolos 9 gol dari 10 perlawanan musim lalu.

Doakan kejayaan MFT di dalam pertandingan musim ini.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuantan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kuantan

Opening Hours

Monday 20:00 - 00:00
Tuesday 20:00 - 00:00
Wednesday 20:00 - 00:00