Persatuan Silat Seni Harimau

Persatuan Silat Seni Harimau

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Silat Seni Harimau, Sport & recreation, cherating, Kuantan.

Persatuan Seni Silat Seni Harimau bermatlamat melahirkan barisan pesilat yang berani mempertahankan diri, beradab, dan berdisiplin tinggi berlandaskan seni warisan bangsa.serta mengeratkan silaturahim dan ukhwah se-ngauman silat seni harimau.

31/08/2026

Sketsa ringkas majlis perbarisan Sempena hari kemerdekaan 2026 bagi daerah Kuantan Pahang dibawah kontijen PESAKA daerah Kuantan..

Photos from Persatuan Silat Seni Harimau's post 30/08/2026

Al Kisah raptai pebarisan kemerdekaan 29/08/2026
Seramai 4 orang srikandi PSSH dihantar mewakili kontijen PESAKA daerah kuantan yang diketuai oleh Cikgu Tarmizi Selaku S.U pesaka daerah kuantan...

14/08/2026

Indah bersinar kilau perada,

Dipandang di Huruf tersusun rapi;

Langkah empat mengekal tanda,

Adab dijunjung seni disusuli

14/08/2026
08/08/2026

NILAI TERAPEUTIK ISTIADAT MELANGIR MINYAK

Mandi minyak dalam dunia persilatan Melayu adalah satu istiadat tradisi dan ritual simbolik yang berfungsi sebagai upacara ujian keyakinan diri, serta medium pemulihan fizikal bagi para pesilat.

Walaupun menggunakan istilah "mandi", pesilat tidak berendam di dalam kolam minyak. Sebaliknya, ia melibatkan proses menyapu, melumur, atau merenjis minyak kelapa panas (yang dimasak segar) ke seluruh anggota badan, terutamanya tangan, kaki, dan sendi.

Mandi minyak bukanlah ujian kekebalan seperti yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak yang tidak mengetahui nilai-nilai murni istiadat ini.

Dari sudut perubatan tradisional dan fungsi dalam silat, amalan ini mempunyai maksud dan tujuan yang sangat spesifik:

Medium Pemulihan Fizikal (Maintenance Body)Melegakan otot dan sendi:

Latihan silat melibatkan kecederaan fizikal yang tinggi seperti lebam, terseliuh, dan ketegangan otot. Minyak kelapa suam yang dilumur bertindak sebagai terapi haba untuk melancarkan aliran darah dan meredakan keradangan.Membuang "angin" dan toksin: Sapuan minyak ke seluruh badan membantu membuka pori-pori kulit untuk mengeluarkan peluh dan angin yang terperangkap dalam otot selepas berbulan-bulan menjalani latihan keras.

Ujian Psikologi dan Keyakinan Diri Mengatasi rasa takut:

Menyentuh atau menyapu minyak yang sedang menggelegak di atas kawah adalah satu bentuk ujian mental.Ia melatih pesilat untuk mengawal minda, membina fokus yang tinggi, dan membuang sifat ragu-ragu ketika berhadapan dengan situasi berbahaya.

Ketenangan jiwa, persilat diajar untuk kekal tenang walaupun berhadapan dengan elemen yang menakutkan (haba minyak), yang mana ketenangan ini sangat kritikal semasa bertempur.

Penerapan Nilai Kerohanian (Tauhid)Penyerahan diri kepada Tuhan:

Dalam silat Melayu yang berteraskan Islam, kawah minyak diisi dengan doa-doa syifa(penyembuhan), slelawat, dan ayat suci Al-Quran Sebagai ikhtiar penyembuhan diri serta keselamatan diri dari khianat manusia,jin,iblis dan syaitan.

07 / 08 / 2026
Jumaat
0900pm - 1200pm
Dewan PSSH

01/08/2026

PERSATUAN SILAT SENI HARIMAU
Kuantan Pahang

Bukan sekadar langkah dan tari,
Pencak diatur membela diri.
Dari si kecil belajar budi,
Hingga dewasa teguh berdiri.

Darah pahlawan mengalir di dada,
Sifat harimau menyusun langkahnya;
Bukan mencari musuh yang ada,
Tetapi sedia membela nusa.

وَأَعِدّوا لَهُم مَّا استَطَعتُم مِّن قُوَّةٍ

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu mampu"

[ PENGAMBILAN AHLI ]

Ayuh pelajari seni membeladiri,Kami menjemput kanak-kanak, remaja, dan dewasa untuk menyertai Persatuan Silat Seni Harimau.

Yuran pendaftran tahunan ✅
Yuran bulanan ❌

📍 Lokasi Latihan : Kampung bukit palas cherating

📅 Jadual Latihan: Jumaat

⏰ Masa Latihan : 0900 malam - 1130malam

📲 Hubungi long scan Qr ( Whatsap Shj )

29/07/2026

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

(Al - Fatihah dibaca)

Kami,bagi pihak seluruh Ahli Silat Seni Harimau, ingin merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Abdul Ghapar Bin Abdul Majid (Tokbat) yang telah dijemput kembali ke Rahmatullah pada 29 Julai 2026.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham diberikan ketabahan, kesabaran, dan kekuatan oleh Allah SWT dalam menghadapi ujian perpisahan ini.Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya, dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh.

Amin Ya Rabbal Alamin.

19/07/2026

Latihan rutin Jumaat & sabtu

16/07/2026

SENI HARIMAU

Erti bagi ‘seni’
Seni didalam persilatan melayu,diertikan sebagai Rahsia & Kaedah ,rahsia mewakili Rohani dan Kaedah mewakili Jasmani.Membeladiri dengan jasad melalui perbuatan(latihan silat fizikal),Memelihara’diri’ dengan tenaga Rohani melalui doa dan pengangan iktikad keyakinan diri kepada Allah S.W.T “Hasbunallah Wa Ni’mal Wakil’
"Berdoa dengan niat yang suci berusaha dan berikhtiar dengan tulang empat kerat serta bertawakal diri hanya kepada Allah semata" .

Erti bagi ‘harimau’
Simbol 'kuasa dan falsafah' Harimau memburu jika perlu dan menyerang bila terangcam,bergitulah persilat membela diri apabila perlu,kemampuan dan kekuatan dikerahkan pada keadaan dan setiuasi yang perlu.falasafahnya 'harimau memburu' menjadi kaedah bagi persilat menaklutki lawan.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuantan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Cherating
Kuantan
26080