Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Pahang

  • Home
  • Malaysia
  • Kuantan
  • Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Pahang

Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Pahang Laman FB rasmi Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Pahang

Sedalam-dalam ucapan takziah di atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali pada Isnin, 28 Septem...
29/09/2026

Sedalam-dalam ucapan takziah di atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali pada Isnin, 28 September 2026.

Kami mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan kasih-Nya ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa dan kesilapan, serta menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan orang-orang mukmin.

Al-Fatihah.

26/09/2026

PENGAMBILAN AHLI BARU!!
PENGAMBILAN AHLI BARU!!
PENGAMBILAN AHLI BARU!!

"Belajarlah silat, bukan untuk berlagak kuat, tapi untuk menjaga maruah saat diuji hebat"

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

PENGAMBILAN AHLI BARU
Silat Cekak Pusaka Hanafi Raub

Kami dari Silat Cekak Pusaka Hanafi Raub membuka peluang kepada Warga Raub Dan sekitarnya.

*Yang berumur 13 tahun ke atas*
*Pembelajaran yang Mudah dan ringkas*
*Silibus yang teratur Dan bersistem*

Maklumat latihan seperti di bawah:

🔷️ Pusat Latihan : Balairaya Taman Bukit Koman
🔷️ Hari latihan : Khamis malam Jumaat
🔷️ Waktu latihan : 9:00 malam - 11.00 malam

JIKA BERMINAT BOLEH WHATSAPP
www.wasap.my/60193970252/silatcekak
www.wasap.my/60193970252/silatcekak
www.wasap.my/60193970252/silatcekak

19 SEPTEMBER 2026Suasana sekitar gotong-royong menaiktaraf dan mengemas Kelas Latihan Sg. Karang, Kuantan. Alhamdulillah...
20/09/2026

19 SEPTEMBER 2026

Suasana sekitar gotong-royong menaiktaraf dan mengemas Kelas Latihan Sg. Karang, Kuantan. Alhamdulillah dengan adanya ahli-ahli yang berkemahiran dalam kerja-kerja pendawaian, sudah pasti ianya dapat memudahkan serta menjimatkan kos.

Pada sebelah malamnya p**a, diadakan majlis doa selamat sempena meraikan ahli KL Sg. Karang iaitu Adik Aisyah yang bakal melanjutkan pelajaran ke UniMAP, Perlis. Kami mendoakan semoga segala urusan Adik Aisyah dipermudahkan, serta akan beroleh kejayaan yang cemerlang. Aamiin.

16 SEPTEMBER 2026Alhamdulillah selesailah sudah Majlis Ijazah dan Majlis Bicara Guru yang telah berlangsung di Dewan Bar...
20/09/2026

16 SEPTEMBER 2026

Alhamdulillah selesailah sudah Majlis Ijazah dan Majlis Bicara Guru yang telah berlangsung di Dewan Barokah, Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah, Kuantan, dengan penyertaan sekitar 80 orang dari sekitar Kuantan.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat semua yang hadir, khasnya Pewaris Mutlak Silat Cekak, YM Syeikh Dr Haji Md Radzi bin Haji Hanafi dan isteri, Puan Hajah Mazita binti Haji Mohd Salleh, serta YDP Pusaka Hanafi Pahang, En. Hasmizi bin Mohamed sekeluarga.

Semoga majlis ini diberkati Allah, serta menjadi pemangkin untuk Pusaka Hanafi semakin subur di bumi Pahang yang bertuah dan makmur ini.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69.Hargai nilai kebebasan yang kita kecapi selama ini.Semoga Malaysia terus ha...
31/08/2026

Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69.
Hargai nilai kebebasan yang kita kecapi selama ini.
Semoga Malaysia terus harmoni dan maju jaya.

30/08/2026
28/08/2026
25/08/2026
SALAM MAULIDUR RASULMarilah kita perbanyakkan selawat sebagai tanda kasih dan cintakan Baginda Nabi Muhammad S A.W.
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL

Marilah kita perbanyakkan selawat sebagai tanda kasih dan cintakan Baginda Nabi Muhammad S A.W.

Address

No. 1, Lorong IM2/20, Bandar Indera Mahkota 2
Kuantan
25200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category