03/07/2025
Metor FC vs Suasano FC
1.6.2025 Selasa
8.00 malam
Sukan Arena Batu 3
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Metor FC, Sports Team, Kuantan.
[me.tōr] ميتور
Definisi : (metōr) mempunyai sifat atau watak s**a meninggi diri, bongkak, sombong, (bersifat) tidak mahu atau tidak mudah menurut kata atau menerima nasihat, keras hati, tegar, keras kepala, kepala batu (Kamus Bahasa Kelantan)
03/07/2025
Metor FC vs Suasano FC
1.6.2025 Selasa
8.00 malam
Sukan Arena Batu 3
03/07/2025
Metor FC vs Suasano FC
1.6.2025 Selasa
8.00 malam
Sukan Arena Batu 3
03/07/2025
FULL TIME!
Lambat sikit update match ni. Mungkin akibat terkejut akhirnya badi seri berjaya dipecahkan, walaupun dengan cara yang agak kurang asam. Sekurang-kurangnya, ada juga rasa kecewa akibat kalah. Ni dah berbulan-bulan main bola asyik seri je tak ada rasa apa.
Metor bermula garang, segarang namanya apabila mengasak bertubi-tubi namun gagal menyudahkan jaringan. Di masa kedua, Metor berjaya mendahului hasil rembatan lencong pemain sayap berwibawa Mawi Martinelli.
Suasano FC berjaya mengikat kedudukan pada half ketiga hasil serangan balas pantas. Ketika perlawanan seolah-olah berkeputusan seri sekali lagi, penjaga gol Metor merasa kasihan lalu memberikan bola kepada striker pihak lawan yang agak tumpul sambil berkata "Kawe boring doh seri sokmo," menghadiahkan Suasano FC gol kemenangan.
Metor FC vs Suasano FC
1.6.2025 Selasa
8.00 malam
Sukan Arena Batu 3
06/06/2025
Metor FC vs Rangin FC
5.6.2025 Khamis
8.00 malam
Sukan Arena Batu 3
https://www.facebook.com/share/1AvUgZt9UZ/?
06/06/2025
Metor FC vs Rangin FC
5.6.2025 Khamis
8.00 malam
Sukan Arena Batu 3
06/06/2025
FULL TIME!
Terasa sangat lama page ini tidak diserikan dengan berita sensasi Metor FC. Namun begitulah, nak suruh berseri je so result pun mesti la seri jugak.
Kali ini perlawanan diatur menentang pas**an Rangin FC. Dikhabarkan pas**an ini hampir dua tahun tiada perlawanan kompetitif atau persahabatan. Maka sudah tentulah ini peluang terbaik untuk Metor FC melakar kemenangan pertama dalam 6 perlawanan. 5 perlawanan terdahulu berakhir keputusan seri (kecuali satu perlawanan informal main 11 orang full time 🤣).
Perlawanan bermula positif buat Metor FC. Aksi menyerang yang ditampilkan berjaya mendahului 2-0. Masing-masing sudah berangan nak menang besar dan mula alpa. Akibatnya pas**an lawan membalas dengan 4 gol berturut-turut.
Ketika kesemua pemain mula termenung kerana bakal merasa kekalahan sejak sekian lama, faktor stamina mula memainkan peranan. Di hujung perlawanan, Metor FC berjaya menjaringkan dua gol untuk mengikat kedudukan. Baru saja rancak memburu gol kemenangan, pengadil meniup wisel penamat untuk menyerikan keadaan.
Metor FC vs Rangin FC
5.6.2025 Khamis
8.00 malam
Sukan Arena Batu 3
10/04/2025
Metor FC vs SIJ FC
Rabu 09.04.2025
8.00 malam
Sukan Arena Batu 3
10/04/2025
Metor FC vs SIJ FC
Rabu 09.04.2025
8.00 malam
Sukan Arena Batu 3
10/04/2025
FULL TIME!
Nampaknya para pemain Metor FC betul-betul menumpukan perhatian dalam beribadah di bulan Ramadhan. Lebih sebulan menggantung but sepanjang bulan puasa dengan harapan bertemu Lailatul Qadar, maka di minggu kedua Syawal satu perlawanan menguji stamina telah diatur.
Metor FC dengan angkuhnya mencabar pas**an anak muda SIJ FC, pas**an lokal Sungai Isap. Pada awal perlawanan, himpunan lemak rendang dan ketupat nampak memberi kesan kepada pemain. Ketinggalan 0-1 di separuh masa pertama, baru teringat ni bulan raya bulan kemenangan. Takkan nak rasa kalah ye dak.
Hasil gandaan asakan berjaya menemui gol penyamaan. Namun memang badi seri Metor TC masih lagi berterusan apabila tiada lagi jaringan berjaya dihasilkan dalam perlawanan ini. Ini bermakna Metor FC telah mencatat kepitusan seri dalam lima perlawanan berturut-turut. Kena mandi air telaga tujuh dah ni.
Metor FC vs SIJ FC
Rabu 09.04.2025
8.00 malam
Sukan Arena Batu 3
18/02/2025
Metor FC vs Ayam Gong FC
18.02.2025
8.00 malam
Arena MBK B