Jom!!!
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuantan
#keluargaMalaysia #HSN2021 #towardssportingnation
#PBSDKUANTAN
20/08/2026
PROGRAM INSPIRE I-TALENT PERINGKAT DAERAH KUANTAN TAHUN 2026 CETUS SEMANGAT DAN KEYAKINAN PESERTA
KUANTAN, 12 Ogos β Program Inspire I-Talent Peringkat Daerah Kuantan 2026 telah berjaya dilaksanakan di Dewan Utama Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Pahang hari ini. Lebih istimewa lagi, peserta kali ini berpeluang merasai aktiviti pemanasan badan dengan turut sama-sama menyertai Program Briskwalk Merdeka anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang di trek KOMBES Pahang.πͺπ»
Penganjuran Program Inspire I-Talent ini membuktikan komitmen berterusan dalam memastikan golongan Pendidikan Khas dan OKU terus diberi ruang serta peluang yang sama untuk berkembang, menyerlahkan bakat dan membina masa depan yang lebih cemerlang. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan serta Majlis Sukan Pahang atas komitment sepanjang penganjuran program pencarian bakat ini.π
Inisiatif pembangunan bakat dan potensi golongan OKU ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri, mengasah kemahiran insaniah serta memberi pendedahan kepada peserta mengenai peluang pembangunan diri melalui pelbagai aktiviti interaktif dan berimpak tinggi.β¨
Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Ameer Haji Abdullah, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, bersama-sama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuantan serta Presiden Black White Dart Club selaku penganjur bersama. π€
"JBS Pahang, Number One" π₯
Disediakan oleh :PBSD Kuantan
20/08/2026
ππ»ββ PRA PENDAFTARAN PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN RENANG KANAK-KANAK B40 (KLAS) RENANG TAHUN 2026 NEGERI PAHANG KINI DIBUKA KEMBALI! ππ»ββ
ππ»ββ PRA PENDAFTARAN KLAS RENANG TAHUN 2026 NEGERI PAHANG KINI DIBUKA! ππ»ββ
Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) merupakan salah satu inisiatif KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran asas berenang dalam kalangan kanak-kanak di seluruh negara.
π« Peluang terbaik untuk anak-anak belajar berenang dengan selamat dan menyeronokkan!
π± Sila klik pautan untuk mendaftar:
π https://forms.gle/shH9Cj5bByRrjxNHA
π RNJ Swimming Academy, Jalan Haji Ahmad, Kuantan
π Tarikh Program: Bermula Jun 2026
π Penyertaan adalah TERHAD kepada 40 orang terawal sahaja setiap siri.
π Penyertaan adalah PERCUMA!
π Kit Peserta
π Sijil Penyertaan KBS
π§ SYARAT PENYERTAAN:
π Kanak-kanak daripada keluarga B40
π Berumur 6 hingga 12 tahun
π Sihat tubuh badan dan tiada penyakit
π Tidak pernah menyertai KLAS Renang KBS sebelum ini
π Pendapatan isi rumah keluarga peserta tersebut berada dalam kategori B40. (Pendapatan keluarga kategori B40)
π Setiap keluarga hanya dibenarkan 1 orang peserta sahaja. Walau bagaimanapun nama peserta akan berada di senarai SIMPANAN sekiranya ada peserta yang menarik diri. (Keutamaan diberi kepada 1 orang 1 keluarga terlebih dahulu)
π Komitmen peserta perlu hadir untuk kesemua sesi (6 jam) bagi melayakkan peserta mendapat Sijil Penyertaan KBS.
π Sekiranya tidak hadir perlu mempunyai alasan kukuh.
π Peserta yang terawal dan menepati syarat penyertaan program akan dihubungi oleh pihak KBS bagi pengesahan penyertaan program melalui email/whatsapp.
Tertakluk pada terma & syarat kelayakan penyertaan yang telah ditentukan.
Peserta yang layak akan dihubungi oleh pihak urus setia bagi penyelarasan lanjut.
Sebarang Pertanyaan boleh hubungi urusetia Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuantan : 09-5164354
Malaysia Aktif!
07/08/2026
πPROGRAM INSPIRE iTALENT DAERAH KUANTAN 2026 π
Ada bakat dalam sukan? Inilah peluang anda untuk menyerlah!
Program INSPIRE iTALENT merupakan inisiatif bagi mengenal pasti bakat asas dan keupayaan sukan dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU).
π
Tarikh: 12 Ogos 2026 (Rabu)
β° Masa: 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang
π Lokasi: Dewan Utama Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang (KOMBES) Jalan Tun Ismail, 25300 Kuantan
π₯ Kriteria Penyertaan
β
Berumur 13 hingga 35 tahun
β
Kategori OKU:
- OKU Anggota Fizikal
- OKU Penglihatan
- OKU Kerusi Roda
- OKU Masalah Pembelajaran
β¨ Apa yang anda akan perolehi?
π
Pengenalpastian bakat dan potensi sukan
π
Penilaian asas keupayaan sukan
π
Pendedahan kepada sukan para
π Pendaftaran :
https://forms.gle/UQLd3gZNamXHkxrV9
π Pertanyaan & Maklumat Lanjut
π€ Puan Rozita β 012-9073949
π’ Jangan biarkan bakat anda terpendam! Ayuh sertai Program INSPIRE iTALENT Daerah Kuantan.
16/06/2026
πͺ GOOD LUCK TEAM PAHANGπͺ
Selamat berjuang kepada semua atlet Pahang yang akan mewakili negeri dan negara di 1st IFMA Muaythai School World Championships 2026, Malaysia.
Semoga segala usaha, pengorbanan, disiplin dan latihan yang telah dicurahkan membuahkan hasil yang membanggakan.
caiyokkk π₯
16/06/2026
ππ₯ JOM TINGKATKAN SKILL PINGPONG ANDA! π₯π
Assalamu'alaikum WBT & Salam Sejahtera.
Nak belajar teknik yang betul, tambah yakin ketika bermain dan tingkatkan prestasi? Inilah peluang terbaik untuk anda! πͺπ
π Kelab Pingpong Tok Gajah dengan kerjasama Coach Hery (MMH Sport) dan Coach Ajit (WCTTA) membawakan Klinik Pingpong Tok Gajah 2026 yang sesuai untuk pemain beginner hingga intermediate.
π
11 Julai 2026 (Sabtu (9:00am -5:00pm)
π Irsyad Combat Table Tennis Shop & Academy Kuantan.
β¨ Apa yang anda akan dapat?
β
Dua sesi latihan intensif (sehari penuh) bersama dua coach berpengalaman
β
Belajar teknik asas yang betul, footwork, servis, spin dan strategi permainan
β
Peluang mendapatkan tips serta pembetulan teknik secara terus daripada coach
β
Makan tengah hari disediakan
β
Suasana pembelajaran yang santai, menyeronokkan dan sesuai untuk semua peringkat
π° Yuran Penyertaan
π
RM50 sahaja untuk Ahli Tok Gajah (anak-anak ahli pun sama)
π RM80 untuk bukan ahli
π‘ Dengan hanya RM50, ahli menikmati dua sesi latihan profesional, bimbingan daripada coach berpengalaman serta makan tengah hari. Sangat berbaloi untuk menambah ilmu dan meningkatkan prestasi permainan!
β οΈ Tempat adalah TERHAD bagi memastikan setiap peserta mendapat perhatian dan tunjuk ajar yang lebih fokus daripada coach.
π Daftar sekarang:
π https://forms.gle/J6uQY6b9gzWkgb2C6
π Maklumat lanjut:
En. Saipudin β 013-928 7837
π Jangan sekadar bermain... Belajar teknik yang betul, tingkatkan keyakinan dan bawa permainan anda ke tahap yang lebih tinggi! ππ₯
16/06/2026
QUALIFIED GRAND FINAL
FFMC FALL 2026
MNA_EWG melayakkan diri ke Pentas Akhir FFMC 2026 mengulangi pencapaian musim sebelumnya. Sokong kami di pentas akhir nanti, Jumpa kami di Quill City Mall pada 11 Julai 2026.
Main Sponsor
MNA Gaming Lounge
Official Partner
LaKar Anywhere
Mass IT
16/06/2026
PENGUMUMAN RASMI
Setelah perbincangan dan penelitian dibuat dari pelbagai aspek, dengan ini Persatuan Muaythai Daerah Kuantan dengan rasminya mengumumkan tarikh penganjuran:
EVO FIGHT NIGHT 2026 (BEACH FIGHT) π₯π₯
π
Tarikh: 5 September 2026 (Sabtu)
π Tempat: Pantai Batu Hitam, Kuantan
π Masa: 8.00 pagi β 12.00 malam
π₯ Kategori: Amateur Fight & Professional Fight
Kejohanan ini akan menghimpunkan atlet-atlet Muaythai dari dalam dan luar negara dalam satu malam penuh aksi dan persaingan bertaraf antarabangsa.
INTERNATIONAL MUAYTHAI FIGHT
MORE ACTION. MORE POWER. ONE NIGHT TO REMEMBER.
π₯ STAY TUNED!
Maklumat pendaftaran, senarai pertarungan dan pengumuman atlet akan diumumkan dari semasa ke semasa.
π₯π₯
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Address
Tingkat 4, Wisma Persekutuan Negeri Pahang, Jalan Gambut
Kuantan
25000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 12:15 |
| 14:45 - 05:00 |