18/07/2026
Gambar sekitar Majlis Perasmian Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Pahang sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pahang 2026 minggu lepas.
Majlis yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ini menjadi satu lagi detik penting dalam memperkukuh pembangunan belia dan sukan di negeri Pahang.
Menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang atas keberangkatan berkenan mencemar duli meninjau kawasan Skatepark KOMBES, serta meluangkan masa beramah mesra dan menyapa para pemain skateboard yang hadir. Keprihatinan dan sokongan Baginda amat bermakna dalam menyuntik semangat kepada komuniti sukan lasak, khususnya generasi muda di negeri ini.
Semoga kemudahan Skatepark KOMBES menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan lasak, melahirkan lebih ramai atlet berpotensi serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam gaya hidup aktif dan sihat.