24/08/2026
KONTINJEN HOKI MSSWPP SIAP BERJUANG DI KEJOHANAN HOKI MSSM 2026!
Kontinjen Hoki MSSWPP bakal memulakan saingan di Kejohanan Hoki MSSM Tahun 2026 bermula 26 Ogos 2026, membawa semangat dan harapan untuk mengharumkan nama Wilayah Persekutuan Putrajaya di pentas kebangsaan.
Majlis Penyerahan Bendera WP Putrajaya kepada Kontinjen Hoki MSSWPP yang berlangsung pada 24 Ogos 2026 menjadi simbolik amanah serta suntikan semangat kepada para atlet, jurulatih dan pengurus kontinjen sebelum turun beraksi.
Semoga seluruh kontinjen diberikan kekuatan, semangat juang dan fokus yang tinggi sepanjang kejohanan. Berjuang dengan penuh semangat, bermain dengan disiplin dan lakukan yang terbaik untuk WP Putrajaya!
Selamat berjuang, Kontinjen Hoki MSSWPP!
20/08/2026
KEJOHANAN RAGBI T1 SUKAN UNTUK GADIS REMAJA (SUGAR) 2026
Sempena Karnival Pendidikan MADANI JPWP Putrajaya 2026, Program Sukan Untuk Gadis Remaja (SUGAR) akan menampilkan Kejohanan Ragbi T1 SUGAR Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya.
π
22 Ogos 2026 (Sabtu)
β° 8.00 pagi
π Padang SK Putrajaya Presint 15(1)
Kejohanan ini menjadi platform untuk murid perempuan mempamerkan kemahiran, keberanian, semangat berpasukan dan nilai kesukanan yang telah dipupuk menerusi Klinik Kemahiran Ragbi T1 SUGAR yang dilaksanakan pada 15 Julai lalu.
Jom hadir beramai-ramai memberikan sokongan kepada atlet-atlet muda SUGAR dan saksikan aksi ragbi wanita yang pastinya penuh semangat dan mencabar!
19/08/2026
TAHNIAH & SYABAS KASEH IRSYA DANIA!
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Kaseh Irsya Dania binti Mohd Nurul Izani, bekas pelajar SMK PP 18(1) dan penerima Anugerah Emas Anugerah Sukan MSSWPP 2025 atas pencapaian cemerlang sebagai Atlet MSSWP!
π₯ Rapid Berpasukan Wanita β EMAS
π₯ Blitz Berpasukan Wanita β EMAS
Kejayaan ini membuktikan semangat juang, disiplin, komitmen dan usaha gigih yang dicurahkan dalam bidang sukan. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada warga sekolah dan terus menyinar mengharumkan nama diri, keluarga serta WP Putrajaya!
Teruskan melakar kejayaan dan jadilah inspirasi kepada generasi seterusnya!
10/08/2026
MESYUARAT PENYELARASAN PERSEDIAAN KONTINJEN BOLA SEPAK MSSM 2026
Satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan pada 10 Ogos 2026 melibatkan Akademi Bola Sepak FELDA, Pengetua SMK Putrajaya Presint 14(1), Unit Sukan Sektor Pembangunan Murid JPWP Putrajaya serta SMK Putrajaya Presint 16(1) selaku Ketua Kontinjen bagi membincangkan persediaan dan pengurusan kontinjen bola sepak ke Kejohanan MSSM 2026.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Suffian bin Mahmud, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, bersama pegawai Unit Sukan. Mesyuarat turut melibatkan PTPS Bola Sepak, En. Muhd Izman bagi memperincikan aspek teknikal, latihan, pengurusan pemain serta keperluan pasukan.
Perbincangan ini mencerminkan komitmen dan kerjasama semua pihak dalam memastikan persediaan kontinjen yang terancang, tersusun dan berkesan, seterusnya membawa nama Wilayah Persekutuan Putrajaya ke peringkat kebangsaan.
05/08/2026
πππππππππ πππππ πππππππππ ππππππ ππππππ πππππ πππππππππ ππππ (πππππ ππ)
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Kategori Individu dan Kategori Berpasukan Kejohanan Boling Tenpin MSSWP Putrajaya 2026!
Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha gigih, fokus dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung. Syabas juga kepada semua peserta yang telah memberikan saingan terbaik serta menunjukkan disiplin dan komitmen yang membanggakan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengurus pasukan, guru pengiring, jurulatih, pegawai kejohanan dan semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan kejohanan ini.
Semoga kejayaan hari ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada semua peserta!
04/08/2026
Kejohanan Boling Tenpin MSSWP Putrajaya 2026 kini sedang berlangsung!
Selamat maju jaya kepada semua peserta yang bertanding hari ini. Berikan yang terbaik, bermain dengan semangat kesukanan dan nikmati setiap perlawanan!
Mohon kerjasama semua pengurus pasukan, peserta, ibu bapa dan jurulatih untuk mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kejohanan berjalan lancar.
04/08/2026
BENGKEL PENYELARASAN PEMBANGUNAN SUKAN DAN PERSEDIAAN KONTINJEN MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Pada 3 Ogos 2026, telah berlangsung Bengkel Penyelarasan Pembangunan Sukan dan Persediaan Kontinjen Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Putrajaya bertempat di SK Putrajaya Presint 18(2).
Bengkel telah dipengerusikan oleh En. Mohd Suffian bin Mahmud, Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) dan dihadiri oleh pegawai Unit Sukan JPWPP DAN Pengerusi Teknik Pembangunan Sukan (PTPS) MSWP Putrajaya.
Bengkel ini menjadi platform untuk menyelaras hala tuju pembangunan sukan Putrajaya, memperkukuh pengurusan kontinjen serta memperkemaskan persediaan menghadapi kejohanan Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan dan Majlis Sukan Sekolah Malaysia. Perbincangan turut memfokuskan aspek tadbir urus, pembangunan atlet, pengurusan pasukan, sasaran prestasi, pengurusan kewangan, keselamatan, dokumentasi dan pengukuhan kerjasama strategik antara semua pihak.
Bengkel ini bukanlah penamat, sebaliknya menjadi titik permulaan kepada siri sesi libat urusyang akan melibatkan PTPS serta Pengetua dan Guru Besar. Sesi-sesi ini bertujuan memperhalusi perancangan, memperkukuh kerjasama dan memastikan Pelan Strategik Kecemerlangan Sukan MSSWPP Putrajaya dapat direalisasikan secara menyeluruh dan berkesan.
Bersama-sama kita melangkah ke hadapan dengan iltizam yang tinggi untuk melahirkan atlet berprestasi, memperkukuh pengurusan sukan dan mengangkat kecemerlangan MSSWPP Putrajaya ke tahap yang lebih gemilang.
#