Amr your personal trainer

Amr your personal trainer

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Amr your personal trainer, Coach, Kuantan.

05/09/2022

To my man .akmall,
Semoga Allah memudahkan pernikahanmu yang just around the corner.

To my brother ,
Paculah kedepan diiringi doa saudara-mara sahabat handai mu.

Terima kasih kalian.
Kekal ada, pintaku.
Untuk itu ini jarang selalu, terima kasih, Fam.

05/09/2022

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

3/9/2022 saya Dan sah sebagai suami isteri.

Jika ada yang mendoakan kami dalam dia secara diam diam, ketahuilah malaikat sedang mendoakan untukmu perkara yang sama (hadis).
Dan kami ingin anda tahu, kamilah orang- orang yang beruntung dibantu, didoakan, dan dikelilingi anda semua, keluarga dan sahabat.

Terima kasih.
Alhamdulillah.

31/08/2022

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN yang ke 65 TAHUN buat SEMUA yang berwargenegara MALAYSIA.

"Cikgu, kenapa kita kena sambut merdeka?"
"Banyak sebabnya,, kenapa awak tak seronok ke?"
"Seronok tu seronok,, tapi penatlah".
"Okay,, kalau penat, rehatlah kejap".
"Tapi Cikgu.... Untuk apa? Cikgu Tak jawab lagi."

Lalu, aku pun mengambil sebuah kerusi Dan duduk. Jawapan kali ini mungkin sedikit panjang, jadi perlu bertenang.

"Amirul, Dayyan, Khalid,, dengar sini. Sambutan itu sebenarnya adalah untuk mengingati. Kalau sambutan ulang tahun, nak mengingati tarikh lahirnya Kita, kalau sambutan maulidurrasul, nak memperingati Hari kalahiran baginda Dan pengorbanan baginda RASULULLAH, jadi begitu juga dengan sambutan kemerdekaan. Untuk Kita ingat semula bahawa pentingnya Kita mempertahankan kemerdekaan negara Kita. Kerana Malaysia bukan terus tercipta Dan aman damai seperti ini dahulu kala. Dan Malaysia atau Mana mana negara sekalipun, boleh dijajah lagi Dan lagi ketika rakyatnya berpecah Dan tampuk kepimpinannya goyah. Segala keamanan, kebebasan besuara, berkerja Dan berkeluarga, semua ini Tidak kekal selamanya. Ianya kekal selagi Mana kekal bersatunya rakyat Malaysia. Kita boleh dijajah, Kita boleh kembali ke zaman menurut perintah penjajah. Malaysia masih mungkin jadi begitu jika erti kemerdekaan itu hilang penghayatan. Ingat tu!"

Namun begitu....
Jika ditanya sehari selepas kemerdekaan kepada murid murid tahun dua ini,,
"Apakah itu kemerdekaan?"

Pasti Tak terjawab. Selain bunga api dan motor Sana sini.

LALU SOALAN SEBENARNYA ADALAH=

Adakah cara menyambut rakyat Malaysia terhadap kemerdekaan sebenarnya mencapai tujuan sambutan kemerdekaan?

Fikirkan.

Photos from Amr your personal trainer's post 03/07/2022

Apa imbalan perjalanan yang begitu memenatkan ini?

Beritahuku.
Ajariku.
Imbalan itu, dicipta atau diberi?

Kalau dicipta, kenalkan aku dengan sang pencipta.
Jika diberi, tunjukkan aku cara meminta.

26/05/2022

Hitam sikit kuat main panas.

Panas lah 🄵

22/04/2022

Jadi apa bezanya?

Main gym, berbasikal, futsal, badminton, dan pelbagai lagi sukan.

Begini lah. Pertamanya, jadikan bersenam itu gaya hidup anda. Itu yang penting. Jadikannya tempat anda mendapatkan sumber beberapa hormon ceria anda. Tempat anda mencapai kejayaan kejayaan kecil yang anda set kan sendiri. Tempat anda merembes keluar beberapa perkara negatif dalam diri anda.
Ingat, itulah tujuan utama apabila sukan menjadi gaya hidup.

Selebihnya, pilihan sukan, tahap komitmen atau menyertai pertandingan, segalanya adalah subjektif.

Capai duahulu objektif utamanya. Jika objektif utama pun bercanggah, bila bersukan pun buat anda stress, ketahuilah IA bukan lagi gaya hidup.

Sebab, takkan gaya hidup yang nak dikekalkan itu menekan hidup p**a kan?

Hati hati, ketahui beza atlet Dan gaya hidup.

Jika benar anda atlet, tak mengapa. Tapi jangan siksa badan dengan acah acah atlet.

Jadikannya gaya hidup. Itu lebih bermanfaat dalam jangka masa panjang.

Bersederhanalah dalam segala perkara, bukanlah itu apa yang Islam ajar?

Istiqamah.

02/04/2022

Ada yang terkurung tapi bukan nafsu.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua penganut Islam yang telah jatuh kewajipan ke atasnya.

Kewajipan jatuh, bukan gugur.
Yang gugur tu rambut, ingat ingatlah.

29/03/2022

Harini, biar cikgu ceritakan sedikit gelagat anak murid cikgu.
Sekadar perkongsian tengah hari.

Ada sekali tu, seorang pelajar tahun satu beritahu,
P: ustaz, minggu lepas saya balik kampung
C: kenapa?
P: atuk saya meninggal dunia.
C : Innalillahhiwainnailaihiraajiunn

Lalu cikgu membuat pengumuman kepada satu kelas.
C: class, nenek kawan awak baru meninggal. Apa Kita nak cakap?
..
Pelajar beramai ramai, berlumba lumbar mengangkat tangan sekolah olah yang ditanya tadi soalan kuiz.
P1: atuk saya pun dah meninggal jugak
P2 : atuk saya pun!
P3 : saya punya atuk pun dah meninggal!!
P4 : saya punya meninggal dulu
P1 : saya dulu!!


Inilah situasi sebenar.
Mereka tidak berapa faham, tapi masih ingin berlumba lumba.
Ingin sentiasa menjadi yang pertama.
Ingin sentiasa turut serta.
Budak tahun satu ni, kalau ditanya siapa nak jadi ketua kelas pun, asal ada sorang angkat tangan, semua angkat tangan.
Walaupun Tak faham.

Itulah anak anak kecil.
Kita yang dewasa ni pun, ramai yang masih belum faham tapi sudah membabi buta.

Yang buta tu cinta.
Bukan babi.

26/03/2022
Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuantan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kuantan