Olahraga SSN Sarawak

Olahraga SSN Sarawak

Share

Kami mengalukan sokongan kerjasama pelbagai pihak untuk membantu kejayaan anak Sarawak

Program pembangunan olahraga SSN Sarawak bertujuan mencungkil dan menggilap bakat muda yang berpotensi bagi meningkatkan mutu sukan olahraga di Sarawak dan Malaysia.

01/06/2026
01/06/2026

Selamat Ari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai! ๐ŸŒพ

Semoga sambutan Hari Gawai Dayak pada tahun 2026 ini membawa limpahan rezeki, kesihatan yang berpanjangan, dan kebahagiaan yang berkekalan.

21/05/2026

Terima kasih kerana sudi datang melawat kami, YB ๐Ÿ˜†

Bekas guru dan jurulatih olahraga SSNTJ, Cikgu Rasia anak Lutang, telah meluangkan masa hadir bertemu atlet dan jurulatih di Kompleks Sukan SSNTJ. Walaupun telah bersara, kerinduan terhadap suasana latihan petang olahraga di SSNTJ masih jelas terpahat di hati beliau.

Dalam kesempatan tersebut, beliau turut berkongsi pengalaman serta memberikan nasihat dan kata-kata semangat kepada atlet olahraga, khususnya atlet acara lari berpagar.

Turut bersama beliau ialah Coach Alexander Goverthan a/l Kanabathy dan Coach Nixson Kennedy, yang merupakan bekas anak didik beliau dan kini berkhidmat sebagai jurulatih olahraga di SSNTJ.

Semoga ibuk sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

Terima kasih, ibuk

16/05/2026

Selamat Hari Guru buat semua jurulatih sukan yang bukan sahaja melatih untuk menang, tetapi mendidik untuk menjadi insan yang kuat, berdisiplin dan berjiwa besar.

Terima kasih kerana sentiasa sabar membimbing, memberi semangat ketika jatuh, dan meraikan setiap kejayaan kecil mahupun besar.

Jasamu bukan sekadar di padang latihan, tetapi terpahat dalam perjalanan hidup setiap atlet.

โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€
Selamat Hari Guru 2026! ๐Ÿ…๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ikhlas daripada warga olahraga Sekolah Sukan Negeri Sarawak โค๏ธ๐Ÿ–ค๐Ÿ’›

13/05/2026

ONE TEAM!
ONE DREAM!
ONE HEART!
CHAMPION SPIRIT!

Liga Sukan KPM Sirkit 1 Olahraga 2026

Photos from Olahraga SSN Sarawak's post 12/05/2026

ONE TEAM! ONE DREAM! ONE HEART!
CHAMPION SPIRIT!!

20 orang atlet murid SSNTJ telah menyertai Sirkit 1 Olahraga Liga Sukan KPM bermula 10 - 12 Mei 2026 bertempat di UNITEN, Melaka. Kategori penyertaan atlet umur 16 tahun ke bawah dan 14 tahun ke bawah.

SSNTJ telah menuniukkan pencapaian yang memberansangkan kali ini. Keputusan pencapaian rasmi akan diketahui pada Sirkit 2 di Selangor.

Terus berjuang SSNTJ! Jaga disiplin traning anda! Kita jumpa Sirkit 2 Liga Sukan KPM di Selangor pada Oktober nanti.

10/05/2026

SELAMAT HARI IBU

Buuat insan paling mulia yang tidak pernah lelah mencurahkan kasih sayang tanpa syarat. Di sebalik setiap kejayaan anak-anak, hadirnya seorang ibu yang sentiasa kuat mendidik, sabar membimbing dan tulus mendoakan dalam diam.

Pengorbanan seorang ibu tidak mampu dinilai dengan kata-kata, kerana setiap titis keringat dan air mata yang mengalir menjadi bukti cinta yang terlalu agung untuk dibalas.

Semoga segala jasa dan kasih yang dicurahkan sentiasa diberkati serta dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan.

Hari ini bukan sekadar sambutan, tetapi sebuah penghargaan buat semua ibu yang menjadi cahaya dan kekuatan dalam kehidupan keluarga.

Terima kasih kerana menjadi tempat pulang saat hati terluka, menjadi pelindung saat dunia terasa berat, dan menjadi insan yang sentiasa percaya walau dalam apa jua keadaan.

Semoga setiap ibu sentiasa diberikan kesihatan, ketenangan jiwa dan kasih sayang yang tidak pernah putus daripada insan-insan tersayang.

Ikhlas daripada
Olahraga SSN Sarawak

Photos from SMK Tabuan Jaya's post 24/04/2026

PADU DI PADANG, POWER DI KELAS: MENUJU MENARA GADING

Program ceramah ini berjaya membuka minda atlet murid bahawa kejayaan dalam akademik dan sukan boleh dicapai

Photos from Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak's post 13/02/2026
Photos from Sepak Takraw SSN Sarawak's post 09/02/2026
Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuching?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kuching
93350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00