Kelab Sukan & Rekreasi War's15 Kuching

Kelab Sukan & Rekreasi War's15 Kuching

Share

Futsal, Dart, Silat, Memanah, Basikal, Memancing,pushbike.muaythai.

20/06/2026

Alhamdulillah 🀲

Tamat sudah Pertandingan Pushbike Fun Race Maal Hijrah 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak LAKMNS kerana sekali lagi memberi kepercayaan kepada kami untuk menjayakan pertandingan ini buat kali yang ke-3.

Terima kasih juga kepada Kelab Sukan & Rekreasi War's15 Kuching yang sentiasa bersama-sama membantu dan memberi sokongan sepanjang penganjuran program ini.

Tidak lupa, jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa serta para rider yang telah memeriahkan suasana perlumbaan pada hari ini. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk turut serta dan memberikan sokongan, dan perkara itu amat kami hargai.

Semoga kita dapat bertemu lagi di pertandingan yang akan datang dengan suasana yang lebih meriah dan penuh semangat kesukanan.

Akhir sekali, kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan, kesilapan atau kelemahan sepanjang penganjuran pertandingan kali ini.

Terima kasih atas sokongan semua. ❀️




12/06/2026

SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2026 Siri II: Puisi Melayu Tradisional

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dengan bangganya akan mengadakan SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2026 Siri II: Puisi Melayu Tradisional pada:

πŸ“… Tarikh: Sabtu, 13 Jun 2026
πŸ•£ Masa: 8.30 malam
πŸ“ Tempat: Godown Amphitheater, Tebingan Sungai Kuching, Sarawak

Program ini bakal menampilkan sebuah pementasan yang mengangkat kisah Kerajaan Saribas, salah satu khazanah legenda Melayu Sarawak yang sarat dengan nilai, warisan dan tradisi lisan masyarakat setempat. Dipersembahkan melalui gabungan seni puisi, penceritaan dan persembahan pentas, program ini membawa penonton menghayati sebuah kisah yang telah diwariskan dari generasi ke generasi.

Semua dijemput hadir! Jumpa kitak esok!

Jangan lepaskan peluang untuk menghayati keindahan puisi Melayu tradisional serta menyelami khazanah warisan Melayu Sarawak dalam suasana malam yang penuh pesona di Tebingan Sungai Sarawak.

06/06/2026

MAKLUMAN PENUNDAAN KARNIVAL E-SPORT KSR WAR'S 15 2026

Salam Sejahtera dan Salam Hormat.

Dimaklumkan bahawa Karnival E-Sport KSR War's 15 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 13 hingga 14 Jun 2026 terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pihak penganjur memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai sokongan, kerjasama serta minat yang telah ditunjukkan oleh semua peserta, penaja dan pihak yang terlibat.

Sebarang perkembangan lanjut berkenaan tarikh baharu penganjuran akan dimaklumkan melalui saluran rasmi KSR War's 15 dari semasa ke semasa.

Kerjasama dan kefahaman semua pihak amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Urusetia
Karnival E-Sport KSR War's 15 2026
Kelab Sukan Rekreasi War's 15 Kuching

Photos from Kelab Sukan & Rekreasi War's15 Kuching's post 06/06/2026

Alhamdulillah...syukur
Di amanahkan utk menjadi teknikal dart SUKAN peyatim sarawak yang berlansung 2 jun 2026 di rumah KELAB dart war's 15 Petra jaya..
Terima kasih (COO)memberi kepercayaan KEPADA KSR Kelab Sukan & Rekreasi War's15 Kuching Dan KELAB dart war's 15 Petra jaya untuk memastikan SUKAN dart berjalan lancar Dan jaya nya...

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PEMENANG
JUARA - KKJTHB SIBU
NAIB JUARA - KKHY MIRI
KETIGA - KKDAR BINTULU
KEEMPAT -KKLT KUCHING

SPIRIT OF NATURE

Photos from Kelab Sukan & Rekreasi War's15 Kuching's post 28/05/2026

Alhamdulillah...
Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam
Berkesempatan kongsi ILMU SUKAN dart DENGAN pemain2 dart Dari peyatim kuching..
Yang akan bersaing pada pertandingan dart festival SUKAN peyatim sarawak...
Terima kasih memilih KELAB SUKAN REKREASI WAR'S 15 kuching Dan KELAB dart war's 15 Petra jaya untuk menambah ILMU Dan kemahiran dalam SUKAN dart...
Semoga pasukan dart peyatim kuching beroleh kejayaan...
- Spirit of nature

Photos from Kelab Sukan & Rekreasi War's15 Kuching's post 23/05/2026

KEPADA PARA PEMINAT / PEMAIN/ PEJUANG /PEMBERANI SUKAN DART(DAMAK) SELURUH SARAWAK ANDA DIALU2KAN UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN DART BEREGU ANJURAN KELAB DART WAR'S 15 PETRA JAYA DENGAN KERJASAMA KSR WAR'S 15 KUCHING ..

ANDA MENYOKONG KAMI GEMBIRA
ANDA GEMBIRA KAMI BAHAGIA
ANDA BAHAGIA KAMI IKHLAS
ANDA IKHLAS KAMI MENYOKONG

BEGITU LAH SUKAN DART TANPA ANDA PEMINAT2/PEMAIN/PEJUANG DAN PEMBERANI
DENGAN RENDAH HATI SIAPA LAH KAMI

SPIRIT OF NATURE

Photos from Kelab Sukan & Rekreasi War's15 Kuching's post 23/05/2026

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera
Untuk julung kali nya ksr war's 15 menganjurkan esport ..KEPADA pemberani2 Dan petarung2 esport anda dialu2kan untuk menyertai Dan memeriahkan lagi sambil santai bergosip siapa akan bergelarJuara esport WAR'S 15...

KARNIVAL E-SPORTS KSR WAR’S 15 2026

KSR War’s 15 Kuching dengan sukacitanya menjemput pasukan-pasukan e-sports di sekitar Kuching untuk menyertai:

πŸ† Karnival E-Sports KSR WAR’S 15 2026

πŸ“… Tarikh: 13 – 14 Jun 2026
πŸ“ Tempat: Centre for Technology Excellence Sarawak (CENTEXS), Jalan Sultan Tengah, Santubong, 93050 Kuching

Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan Syarat Penyertaan dan mengisi Borang Penyertaan:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfutFVTZ0lDy2cQO5RJtpzXED_ueVpoON1v55DJB0m6BUVJ_Q/viewform?usp=header

Sebarang pertanyaan atau pengesahan penyertaan boleh menghubungi:

πŸ“ž Juliza Julyhi: 017-806 7384
πŸ“ž Encik Wan Azan Suffian bin Wan Abdullah: 014-394 1146

Sekian, terima kasih.

Urusetia
KSR War’s 15 Kuching

SPIRIT OF NATURE

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuching?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuching
93350