Perguruan Seni Silat Betawi Sarawak

Directions Contact the business

Perguruan Seni Silat Betawi Sarawak Ini adalah halaman rasmi untuk Perguruan Seni Silat Betawi Sarawak (PSSBS)

Merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sahibus Siyadah Datu Haji Mual bin Suaud, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak...
11/10/2026

Merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sahibus Siyadah Datu Haji Mual bin Suaud, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, atas pengurniaan Darjah Jasa Bakti Sarawak.
Semoga pengurniaan darjah kebesaran yang penuh bermakna ini menjadi pengiktirafan atas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti beliau dalam memartabatkan syiar Islam serta memperkukuh pembangunan hal ehwal Islam di negeri Sarawak.

Semoga beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus diberikan kekuatan serta kebijaksanaan dalam menggalas amanah demi agama, masyarakat dan negeri Sarawak yang tercinta.

Aamiin Yarabalalaamin 🤲🏻

Tahniah dan syabas atas pengurniaan yang amat bermakna ini.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datu Marshidi bin Fredrick, Setiausaha Tetap, Kementerian Pelancongan, In...
11/10/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datu Marshidi bin Fredrick, Setiausaha Tetap, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, atas pencapaian dan pengiktirafan yang diterima.

Semoga YBhg. Datu terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan serta kebijaksanaan dalam meneruskan amanah dan tanggungjawab demi kemajuan sektor pelancongan, industri kreatif dan seni persembahan, khususnya di Sarawak.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Aaamiin yarabalalaamin

Tahniah dan syabas, YBhg. Datu!

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-80 kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sar...
11/10/2026

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-80 kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar.

Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat, keberkatan dan kasih sayangNya kepada Tun serta sekeluarga. Didoakan agar Tun dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dalam keberkatan, dikurniakan ketenangan jiwa dan kebahagiaan yang berpanjangan dan berkekalan.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-80.

Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, dikurniakan kesejahteraan serta kebahagiaan yang berpanjangan.

Aaamiin yarabalalaamin 🤲🏻

Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan seluruh Perguruan Silat Helang Putih Perk...
08/10/2026

Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan seluruh Perguruan Silat Helang Putih Perkasa atas pemergian Ayahanda Tuan Haji Muhammad Haneef Ali, Guru Utama perguruan dan Presiden Rumpun Silat Sarawak.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan melimpahkan rahmat dan keampunanNya kepada beliau, serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga segala amal kebajikan, jasa bakti, pengorbanan dan sumbangan beliau kepada dunia persilatan di sarawak akan sentiasa dikenang dan menjadi teladan buat kita semua.

Aaamiin Yarabalalaamin

Salam takziah

إنا لله وإنا إليه راجعون

Al-Fatihah. 🤲

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim.Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa Ayahanda P...
08/10/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa Ayahanda Presiden, Tuan Guru Haji Muhammad Haneef Ali, Presiden Rumpun Silat Sarawak merangkap Guru Utama Seni Silat Helang Putih Perkasa Sarawak, telah kembali ke Rahmatullah pada 26 Rabiulakhir 1448 Hijrah (Khamis, 8 Oktober 2026).

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
"Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali."

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat seluruh keluarga persilatan. Jasa, ilmu, bimbingan dan bakti Allahyarham akan terus dikenang serta menjadi warisan kepada generasi yang ditinggalkan.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Ya Allah, ampunkanlah beliau, rahmatilah beliau, sejahterakanlah beliau dan maafkanlah segala kesalahannya.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.
RUMPUN SILAT SARAWAK
Berseni • Berbudi • Berbakti 🕊️

SELAMAT ULANG TAHUN KE-78Kepada Ayahanda Tuan Haji Muhammad Haneef AliPresiden, Rumpun Silat SarawakSemoga Ayahanda teru...
03/10/2026

SELAMAT ULANG TAHUN KE-78

Kepada Ayahanda Tuan Haji Muhammad Haneef Ali
Presiden, Rumpun Silat Sarawak

Semoga Ayahanda terus dikurniakan kesihatan yang baik, usia yang diberkati, ketenangan, kebahagiaan serta kesejahteraan, dan diberikan kekuatan dan kebijaksanaan di samping sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan perlindungan Allah SWT.

Aaamiin Yarabalalaamin 🤲🏻

Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Pengerusi RSSWK
08/09/2026

Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Pengerusi RSSWK

Sekalung Tahniah buat Tuan Guru Abdul Rahman bin Haji Muhammad (Guru Man Bandung) serta warga Perguruan Seni Silat Makri...
31/08/2026

Sekalung Tahniah buat Tuan Guru Abdul Rahman bin Haji Muhammad (Guru Man Bandung) serta warga Perguruan Seni Silat Makrifat atas penganugerahan Pingat Bentara Bintang Sarawak (B.B.S.).

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan
31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan

Sorotan program hari ini
29/08/2026

Sorotan program hari ini

Address

GelangGang Utama PSSBS, Lorong 2A1, Kampung Siol Kandis, Petra Jaya
Kuching
93050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perguruan Seni Silat Betawi Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perguruan Seni Silat Betawi Sarawak:

Shortcuts

Share

Nearby gyms & sports facilities