Camutes FC

Camutes FC

Share

SPORT TEAM MUARA TEBAS

Photos from Camutes FC's post 05/04/2026

Syukur alhamdulillah dapat pergi sehingga ke final…No 2 bukan penghalang untuk bangkit lagi tahun depan…TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMAIN …Terima kasih kepada semua pemain yang komited memberi kerjasama sehingga Camutez Fc Mendapat tempat ke 2…Menang kalah adat permainan,In shaa Allah,Tahun depan akan lebih bekerja keras…Tahniah sekali lagi…



Photos from Sambir Bistari's post 05/04/2026

𝐒𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐒𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑

𝗟𝗔𝗧𝗜𝗙 𝗙𝗖 𝗩𝗦 𝗖𝗔𝗠𝗨𝗧𝗘𝗦 𝗙𝗖

Photos from Sambir Bistari's post 05/04/2026

Segala tumpuan pasti terarah ke perlawanan akhir petang ini mempertemukan dua pasukan ibu kota , Latif FC dan Camutes. Deretan barisan pemain berpengalaman menjadikan aksi final berintesiti tinggi bakal ditampilkan.

Latif FC, saban tahun turut serta dalam kejohanan, hadir dengan persembahan meyakinkan sepanjang kejohanan. Dikecewakan tuan rumah pada suku akhir tahun lepas, Nur Raziman Razali serta rakan sepasukan pastinya menggunakan kesempatan final ini dalam segala usaha untuk membawa piala keramat menyeberangi Sungai Bedil. Rangkaian penyerang Amirul Iqmal Bolhi & Hafiz Abu Bakar seolah bakal menjadi duri dalam daging buat kem pertahanan Camutez petang nanti.

Camutes FC , tampak seakan malap pada perlawanan pusingan pertama kejohanan ketika ketinggalan 0-3 kepada Manthez, namun kebangkitan menakjubkan luar biasa dipamerkan dengan keputusan akhir 4-3. Pengalaman emas trio Saperi, 'Shahrol Saperi, Azizan Saperi & Hafis Saperi" sememangnya ditagih serta barisan semangat anak jati Muara Tebas yang lain, pastinya keazaman menjulang kejuaraan membuak setelah kali terakhir Sri Muara menjulang kejuaraan Piala Sambir pada tahun 2014.

Latif atau Camutes, yang pastinya, juara baru akan ditabal untuk edisi 58 ini. Marilah sama-sama hadir ke majlis penutupan rasmi Kejohanan Bolasepak Piala Perpaduan Adun N15 petang nanti.

04/04/2026

𝗣𝗲𝗿𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗣𝗶𝗮𝗹𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗔𝗗𝗨𝗡 𝗡𝟭𝟱 𝗔𝘀𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗘𝗱𝗶𝘀𝗶 𝟱𝟴/𝟮𝟬𝟮𝟲

Siapakah juara edisi 58 tahun ini? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan akhir epik antara Latiff FC dan Camutes FC di Arena Sambir! Juh berami esok!

Photos from Sambir Bistari's post 04/04/2026

𝐋𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐅𝐂 𝐃𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐌𝐔𝐓𝐄𝐙 𝐅𝐂 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐅𝐈𝐍𝐀𝐋, 𝐊𝐁𝐒𝐁 𝟏 𝐆𝐀𝐆𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍

Aksi separuh akhir Piala Sambir menyaksikan dua pasukan terbaik, Latif FC dan Camutez FC, berjaya mara ke pentas akhir selepas mempamerkan persembahan cemerlang dalam perlawanan masing-masing.
Tumpuan utama terarah kepada perlawanan antara KBSB 1 dan Latif FC, yang berakhir dengan keputusan mengejutkan apabila juara bertahan KBSB 1 tewas besar 0-4. Kekalahan ini sekali gus menamatkan hasrat mereka untuk mempertahankan kejuaraan.
Latif FC tampil dengan permainan yang tersusun dan penuh keyakinan sejak awal wisel. Gol pertama mereka hadir melalui sepakan penalti selepas pemain KBSB 1 melakukan terjahan di dalam kotak penalti. Peluang tersebut disempurnakan dengan baik untuk membuka tirai jaringan.
Selepas itu, Latif FC terus menguasai permainan dengan barisan pemain yang berkualiti serta berpengalaman, termasuk ramai yang pernah mewakili negeri dan kelab. Serangan demi serangan berjaya menghasilkan tambahan jaringan, menjadikan kedudukan 4-0 kekal hingga tamat perlawanan.
Di satu lagi perlawanan separuh akhir, Camutez FC turut mempamerkan aksi meyakinkan untuk menempah tiket ke final apabila mengalahkan pendatang baru KUAK FC dengan jaringan 1-0 dan melengkapkan senarai dua pasukan terbaik bagi edisi kali ini.
Kini, pentas akhir bakal menyajikan pertembungan sengit antara Latif FC dan Camutez FC. Kedua-dua pasukan dilihat berada pada prestasi terbaik dan pastinya bertekad untuk menjulang trofi Piala Sambir yang penuh bersejarah ini.
Siapakah yang bakal muncul juara? Sama-sama kita nantikan aksi final yang pasti penuh debaran! 🏆




04/04/2026

𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐑𝐔𝐇 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝟏
Camutez Fc layak ke pusingan Akhir. Tahniah ‼️

04/04/2026

Camuntez FC melangkah bergaya ke pentas akhir Piala Perpaduan N15 Asajaya selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Kuak FC dalam aksi separuh akhir yang berlangsung penuh debaran.Perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi seimbang itu akhirnya memihak kepada Camuntez FC hasil jaringan tunggal yang cukup bermakna, sekali gus memadamkan impian Kuak FC untuk mara ke final.Kuak FC cuba bangkit mencari gol penyamaan, namun kekentalan benteng pertahanan Camuntez FC serta disiplin tinggi sepanjang permainan memastikan keputusan kekal hingga wisel penamat.Kemenangan ini bukan sahaja membuktikan keupayaan Camuntez FC sebagai pencabar serius, malah mengesahkan tiket mereka ke perlawanan akhir yang pastinya dinantikan para penyokong.

04/04/2026

𝐒𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐒𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐑𝐔𝐇 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀



Photos from Loya Sarawak's post 04/04/2026

Pelawanan Separuh Akhir Pertama Piala Perpaduan N15 Asajaya Camuntez fc Menentang Kuak fc Di Arena Bola Sepak Kampung Sambir

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuching?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Kampung Muara Tebas
Kuching
93050