Patah tumbuh hilang berganti !!!
Perguruan Silat Hailam Boyan
Pusaka Kunto Melayu Asli Negeri Sarawak
SAMBUT BELIONG !
Sempena ketibaan Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan dan kemuliaan, saf kepimpinan Perguruan Silat Hailam Boyan dengan penuh rasa takzim ingin menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh barisan guru, jurulatih, para pesilat, ahli keluarga tercinta, serta seluruh rakan taulan di mana jua anda berada.
Kami mendoakan agar segala ibadah kurban serta amal bakti yang dilaksanakan pada tahun ini diterima oleh Allah SWT, diampuni segala dosa, dan dilimpahi dengan keberkatan yang berpanjangan.
Ikhlas daripada,
Perguruan Silat Hailam Boyan
"Malam Kebudayaan Boyan 2026" di Kampung Boyan yang diserikan oleh Perguruan Silat Hailam Boyan.
Sambutan luar biasa penduduk walaupun dalam majlis yang serba ringkas jelas membuktikan cinta warisan budaya masih menebal.
Tahniah JKKK Kampung Boyan dan UNIMAS.
Semoga usaha murni ini terus berkembang maju.
Alhamdulillah 🤲
Perguruan Silat Hailam Boyan berkesempatan menziarahi lagenda Hailam, "Bg. Kamal" yang kini berusia 80-an, anakanda kepada Allahyarham "Nek Lamat", Tuan Guru Kunto Hailam Kampung Boyan pada era 40-an.
Beliau yang kini menetap di Bintulu berada di Bandaraya Kuching bagi menghadiri majlis persandingan cucu tercinta beliau.
Peluang keemasan ini kami gunakan dengan perkongsian ilmu dan sejarah Kunto Hailam serta mendapat ijazah dan amanat penting dari beliau.
Disamping mengukuhkan silaturahim antara generasi lama dan baharu, pertemuan ini juga membolehkan pewarisan teknik, adab dan falsafah silat Hailam terus terpelihara.
Walaupun warisan silat kami kurang mendapat publisiti, liputan media atau pengiktirafan meluas namun kami akan sentiasa memelihara dan mempertahankan warisan permainan asli silat Hailam ini selamanya.
Semoga Nek Kamal sihat walafiat dan dirahmati Allah S.W.T.
Insyaallah.🙏
🎥 Semangat Maok Ada
Gaya Baru, Semangat Baru 🫰
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Kuching