Kelab Sukan & Rekreasi SAMAKu

Kelab Sukan & Rekreasi SAMAKu

Share

Kelab Sukan Rekreasi SAMAKU 0609/2016/SWK
"DITUBUHKAN BERTUJUAN MENJAGA KEBAJIKAN DAN BERKEPENTINGAN"

Objektif Kelab Sukan &Rekreasi SAMAKu
1.Untuk merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan&rekreasi di kalangan ahli kelab
2.Untuk mempromosi,mengalak dan membangunkan sukan & rekreasi di peringkat kelab
3.Sebagai wadah merapatkan talisaturahim di kalangan ahli. Fungsi Kelab Sukan & Rekreasi SAMAKu
1.Mewujudkan dan memberi kesedaran ke atas kepentingan peraturan dan unda

Photos from Sumiran Eco Park & Resort's post 21/05/2026
06/02/2026

Selamat jalan dan terima kasih di atas segala jasa serta bakti yang telah dicurahkan Ayahnda Ustaz Yazid Bin Rajali selama 1 tahun 8 bulan di Lembah Serapi. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan ketenangan dalam meniti hari-hari mendatang."
Berdayung sampan ke tanah semenanjung,
Hendak membeli tikarlah rotan;
Budi dikenang bakti disanjung,
Kekal subur dalam ingatan."

Ikhlas,
Jolhan Allis
Presiden
Kelab Sukan & Rekreasi SAMAKu




31/01/2026

MESYUARAT PROTEM ALUMNI SAMAKU 2026

SABTU (31/01/2026)

MESYUARAT PROTEM ALUMNI SMK AGAMA MATANG 2 26/01/2026

Assalamualaikum para alumni SMK AGAMA MATANG 2 yang dihormati sekalian.

Kesinambungan hasil daripada Majlis Malam Ukhuwah Fillah Alumni SMK Agama Matang 2 yang diadakan pada 3 Januari 2026 yang lalu, warga alumni dengan kerjasama pihak sekolah telah bersetuju untuk mewujudkan Persatuan Alumni SMK Agama Matang 2 yang akan diterajui oleh AJK Protem Alumni pada peringkat awal sebelum didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Perdaftaran Pertubuhan Malaysia.

Oleh itu, semua alumni SMK Agama Matang 2 dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Protem Alumni SMK Agama Matang 2 pada ketetapan yang berikut:

Hari: Sabtu
Tarikh: 31 Januari 2026
Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SAMAKU.

Agenda mesyuarat:
1. Perlantikan AJK Protem
2. Pembentukan Perlembagaan Persatuan
3. Hal-hal lain

Kehadiran Yang Berhormat/Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik amat diharapkan bagi kita sebagai alumni untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman bagi membantu pihak sekolah dan PIBG dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta merancakkan pembangunan sahsiah pelajar selari dengan teras ilmu, iman dan amal.

Setiap huluran tangan akan mencipta impak yang besar dalam usaha kita memanusiakan manusia di bumi SMK Agama Matang 2.

Ayuh sama-sama kita gandingkan.

"Berilmu, Beriman, Beramal"

Pautan pengesahan kehadiran:

MESYUARAT PROTEM ALUMNI SMK AGAMA MATANG 2 Hari: Sabtu Tarikh: 31 Januari 2026 Masa: 2.00 Petang Tempat: Dewan Ibnu Sina, SMK Agama Matang 2

22/01/2026

Semua Alumni SMK Agama Matang 2 dijemput hadir..







"Together We Are Strong"

Photos from Kelab Sukan & Rekreasi SAMAKu's post 15/01/2026

Citarasa Buffet Ramadan @ Kelab Golf Sarawak bermula 21 Febuari 2026

Photos from Kelab Sukan & Rekreasi SAMAKu's post 07/01/2026

Alhamdulillah sedar x sedar dah 10 tahun perjalanan Kelab Sukan & Rekreasi SAMAKu 2015-2025.Objektif penubuhan Kelab ini bertujuan untuk berbakti kembali kepada sekolah SMK AGAMA Matang sebagai bekas pelajar yang pernah menuntut di sekolah ini.Kelab ini juga sebagai berperanan jambatan penghubung kepada bekas-bekas Alumni untuk memberi sumbangan dalam pelbagai cara tidak kira wang ringgit,tenaga dan idea untuk kecemerlangan sekolah dalam bidang penbangunan fizikal,akademik dan sahsiah pelajar.Pepatah mengatakan "Jangan tanya sumbangan sekolah kepada anda ,tetapi tanya apa sumbangan anda kepada sekolah".Dengan berbekalkan semangat kesukarelawan dan iktizam yang tinggi oleh semua AJK maka Kelab SAMAKU dapat bertahan sehingga kinil.Takbir!!! Jazakallah Khair (جَزَاكَ ٱللَّٰهُ خَيْرًا)
Jolhan Allis
Presiden
Kelab Sukan & Rekreasi SAMAKu
Rabu 20.50 pm
07 JANUARI 2026

#20152025







"Together We Are Strong"
2015-2025

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuching?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Kuching
93050