02/11/2026
🏍️❤️ CAT CITY INTERNATIONAL BIKE WEEK 2026 – TERIMA KASIH!
Alhamdulillah, dengan berakhirnya Cat City International Bike Week 2026, maka melabuhlah tirai penganjuran kita pada tahun ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua vendors, sponsors, rakan strategik, para pengunjung serta seluruh komuniti bikers yang telah bersama-sama memeriahkan acara ini.
Teristimewa buat rakan-rakan bikers yang datang dari Indonesia, Brunei Darussalam, Semenanjung Malaysia dan Sabah. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa, menempuh perjalanan jauh dan memilih Cat City sebagai destinasi pertemuan kita. Kehadiran anda semua amat kami hargai! ❤️
Buat semua vendors yang telah memberikan kerjasama dan sokongan sepanjang lima hari berlangsungnya acara ini, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar Cat City International Bike Week.
Kami juga ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan, kelemahan atau perkara yang kurang memuaskan sepanjang penganjuran berlangsung. Segala teguran dan pandangan akan kami jadikan panduan untuk penambahbaikan pada masa akan datang.
Sesungguhnya, sebuah acara bukan hanya tentang kemeriahan, tetapi tentang persahabatan, kenangan dan hubungan yang terjalin antara kita.
This is not goodbye, it's just see you again!
Kita tutup tirai untuk tahun ini dengan seribu kenangan. Insya-Allah, kita bertemu lagi pada tahun hadapan dengan sesuatu yang lebih hebat, lebih meriah dan lebih bermakna!
THANK YOU FOR BEING PART OF CAT CITY INTERNATIONAL BIKE WEEK 2026!
❤️🏍️ ONE COMMUNITY, ONE PASSION, ONE FAMILY!
Jumpa lagi tahun hadapan!