Pengadil Negeri Sarawak

Pengadil Negeri Sarawak

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pengadil Negeri Sarawak, Sport & recreation, Kuching.

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan Muslim yang menyambutnya. Semoga hari yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan kemaafan buat kita semua. Maaf zahir dan batin.


Photos from Pengadil Negeri Sarawak 's post 10/03/2026

Kursus Pengadil Futsal Kelas III Kebangsaan telah berlangsung pada 7–8 Mac 2026 bertempat di SK Laksamana, Kuching. Seramai 30 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut.

Photos from Pengadil Negeri Sarawak 's post 07/03/2026

Peperiksaan Pengadil Bola Sepak Kelas III Kebangsaan - Zon Sarawak

Seramai 84 orang peserta telah menduduki peperiksaan bagi Kursus Pengadil Bola Sepak Kelas III Kebangsaan pada pagi tadi, 7 Mac 2026 jam 9.00 pagi, yang dilaksanakan serentak di seluruh Malaysia bertempat di Intan Sarawak, Samarahan.

Semoga semua calon berjaya lulus dengan cemerlang dan seterusnya melahirkan lebih ramai pengadil yang berkualiti, berintegriti serta berwibawa dalam memartabatkan arena bola sepak negara.
Selamat maju jaya kepada semua calon! ⚽



Photos from Pengadil Negeri Sarawak 's post 01/03/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 38 orang peserta yang terdiri daripada 6 wanita dan 32 lelaki atas komitmen menyertai Kursus Pengadil Bola Sepak Kelas III Kebangsaan 2026. Kursus yang berlangsung selama dua hari, dari 28 hingga 1 Mac bertempat di SK Laksamana, Kuching.

Kelas dikendalikan oleh Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri Sarawak, En. Busrah Eri. Semoga ilmu yang dicurahkan dan diperoleh dimanfaatkan sebaiknya.

18/02/2026

HIGHLIGHT- Pengadil Akhir Piala Premier Sarawak 2025

Photos from Pengadil Negeri Sarawak 's post 17/02/2026

Hampir lima bulan perjalanan Piala Premier Sarawak 2025 berlangsung, dan kini kita berada di kemuncaknya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan Pengadil Akhir yang telah dipilih serta diberikan kepercayaan untuk mengendalikan perlawanan akhir ini yang telah berlangsung pada 15 februari 2026. Pemilihan ini bukan satu kebetulan tetapi hasil daripada usaha, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang kejohanan. Tidak dilupakan juga kepada semua pengadil yang telah berkhidmat dalam kejohanan ini. Setiap tugasan yang dilaksanakan adalah satu pengalaman berharga yang mematangkan dan menguatkan lagi kredibiliti kita sebagai pengadil. Teruskan konsisten, jangan cepat berasa selesa, dan sentiasa tingkatkan kualiti diri. Dari hari ke hari, semakin jelas bahawa kita memiliki ramai pengadil yang berpotensi besar untuk melangkah lebih jauh.

Semoga pengadil-pengadil Sarawak terus cemerlang, dihormati dan menjadi kebanggaan pada masa akan datang.

Photos from Corner Picto's post 16/02/2026

Tahniah barisan Pengadil Akhir Piala Premier Sarawak 2025. Terima kasih Corner Picto diatas tatapan manis mereka. Ingin mencari photographer di kuching untuk gambar match kalian boleh hubungi beliau. 🤭

Mobile uploads 14/02/2026

Congratulation to both of you! 🔥

10/02/2026

Mohon doa daripada semua agar isteri kepada Tuan Nicol Agoi, Pengerusi Pengadil Sarawak yang terlibat dalam kemalangan pagi tadi, diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan. Semoga beliau segera pulih dan kembali sihat seperti sediakala. 🤲🏼

10/02/2026

Sannah Helwah Hairul Anuar. 🎂
Barakallahu fi umrik, semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus cemerlang sebagai Pengadil Kebangsaan Sarawak.

Photos from Pengadil Negeri Sarawak 's post 08/02/2026

08.02.2026 Latihan Kecergasan Pengadil Kebangsaan dan PRA Kebangsaan 1.0-2026 di Stadium Negeri Sarawak. Preparetion for Fitness Test Coming Soon!

Photos from Pengadil Negeri Sarawak 's post 05/02/2026

Semi Final Leg 2 ✌🏻

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuching?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuching
93050