AeroBig Day

AeroBig Day

Share

AeroBig Day is a charity aerobic event aimed at raising operational funds for Persatuan Kebajikan Bantuan Komuniti Terpinggir Sarawak.

The initiative seeks to support neglected segments of the community and promote a healthy lifestyle among people in Sarawak, irrespective of race, religion, or ethnicity.

13/07/2026

Terima kasih kepada Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Sibu, khususnya Larry George dan Terence Tan, atas sokongan padu serta seruan kepada masyarakat untuk bersama-sama menyertai Sarawak AeroBig Day 2026 yang akan berlangsung di Sibu. โœจ

Jom kita bersama-sama menyertai, menikmati aktiviti aerobik dan mengamalkan gaya hidup sihat. ๐Ÿ’ช๐Ÿป

Jangan lupa untuk membuat pendaftaran sebelum tarikh tutup!

๐Ÿ’™ Jumpa anda di Sibu pada 11 Oktober 2026!

๐Ÿ“ข Pendaftaran masih dibuka melalui aplikasi Pay & Go atau pautan di ruangan komen.

๐Ÿ“ Miri & Bintulu: Tutup 31 Ogos 2026
๐Ÿ“ Kuching, Sri Aman & Sibu: Tutup 16 September 2026

โœจ JOM AMAL, JOM AEROBIK! ๐Ÿš€





07/07/2026

๐Ÿ’š Selamat datang dan terima kasih kepada Kennedy Electrical atas sokongan sebagai Platinum Sponsor Sarawak AeroBig Day 2026!

Bersama-sama, kita terus menginspirasikan komuniti untuk mengamalkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kecergasan, memperkukuhkan perpaduan serta menyokong inisiatif kebajikan melalui Project Noah's Ark. ๐Ÿ’ชโœจ

Terima kasih atas kepercayaan dan komitmen yang diberikan. Semoga kerjasama ini menjadi langkah bermakna dalam mencipta impak positif kepada masyarakat di seluruh Sarawak. ๐Ÿค๐Ÿ’™

๐Ÿ“ข Pendaftaran masih dibuka melalui aplikasi Pay & Go atau pautan di ruangan komen.

๐Ÿ“ Miri & Bintulu: Tutup 31 Ogos 2026
๐Ÿ“ Kuching, Sri Aman & Sibu: Tutup 16 September 2026

โœจ JOM AMAL, JOM AEROBIK!






Photos from Jeffery Ngui ้ญๆ–‡ๆžช's post 05/07/2026

Kampung Chawan.
Empat tahun, satu persahabatan dan keluarga.

Syukur kerana sekali lagi dijemput menghadiri Majlis Ngiling Bidai Kampung Chawan untuk tahun keempat berturut-turut. Setiap kali kembali ke sini, saya bukan sekadar menghadiri sebuah majlis, tetapi pulang bertemu dengan keluarga.

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada saudara Kennedy, Belin, Pin serta seluruh ahli keluarga Kampung Chawan yang telah bergotong-royong menjayakan majlis ini. Semangat kerjasama dan kebersamaan inilah yang menjadi kekuatan sebenar sesebuah komuniti.

Dalam ucapan saya, saya menekankan bahawa semangat bersatu padu sebagai sebuah keluarga amat penting untuk kita menghadapi apa jua cabaran pada masa hadapan. Apabila kita saling menyokong dan saling menguatkan, tiada cabaran yang mustahil untuk diharungi.

Inilah juga semangat Payung Kebersamaan yang sentiasa saya pegang. Saya percaya perubahan yang lebih besar hanya dapat dicapai melalui kolaborasi antara komuniti, NGO dan pelbagai pihak yang berkongsi matlamat untuk membantu rakyat.

Sebagai tanda komitmen berterusan, saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Bantu Sarawak menyalurkan sumbangan dana sebanyak RM2,000 kepada Jawatankuasa Kampung Chawan untuk kegunaan kampung, termasuk usaha penambahbaikan fasiliti demi manfaat seluruh penduduk.

Bantu Sarawak juga akan berkolaborasi dengan Kampung Chawan sekali lagi untuk Sarawak AeroBig Day Kuching untuk Tarian Ngajat bagi upacara rasmi kelak. Juga, 30 penduduk akan ditaja sepenuhnya untuk menghadiri acara AeroBig Day pada Oktober 25 di bawah inisiatif Pay it Forward.

Terima kasih Kampung Chawan atas kepercayaan, persahabatan dan kasih sayang yang sentiasa diberikan. Semoga ikatan ini terus kekal utuh untuk tahun-tahun yang akan datang.

Segulai Sejalai. Payung Kebersamaan. โค๏ธ

03/07/2026

๐ŸŒŸ INVITED GUEST | BINTULU STATION

Kami berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Sarawak merangkap Penasihat Sarawak AeroBig Day 2026, sebagai Tetamu Jemputan bagi Sarawak AeroBig Day 2026 โ€“ Bintulu Station.

Peranan dan komitmen beliau dalam pembangunan belia, sukan serta penglibatan komuniti terus menjadi inspirasi dalam menjayakan inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat Sarawak.

๐Ÿ’™ Jumpa anda di Bintulu pada 4 Oktober 2026!

๐Ÿ“ข Pendaftaran masih dibuka melalui aplikasi Pay & Go atau pautan di ruangan komen.

๐Ÿ“ Miri & Bintulu: Tutup 31 Ogos 2026
๐Ÿ“ Kuching, Sri Aman & Sibu: Tutup 16 September 2026

โœจ JOM AMAL, JOM AEROBIK!





02/07/2026

๐ŸŒŸ INVITED GUEST | KUCHING STATION

Kami berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha Puan Kho Teck Wan ่ฎธๅพทๅฉ‰, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, sebagai Tetamu Jemputan Sarawak AeroBig Day 2026 โ€“ Kuching Station.

Kehadiran beliau mencerminkan sokongan berterusan terhadap usaha memupuk gaya hidup sihat, semangat perpaduan dan penglibatan komuniti di Sarawak.

๐Ÿ’™ Jumpa anda di Kuching pada 25 Oktober 2026!

๐Ÿ“ข Pendaftaran masih dibuka melalui aplikasi Pay & Go atau pautan di ruangan komen.

๐Ÿ“ Miri & Bintulu: Tutup 31 Ogos 2026
๐Ÿ“ Kuching, Sri Aman & Sibu: Tutup 16 September 2026

โœจ JOM AMAL, JOM AEROBIK!





Photos from Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak - Rasmi's post 01/07/2026
Photos from Jeffery Ngui ้ญๆ–‡ๆžช's post 30/06/2026

Thank you, terima kasih, Kamsia Brenda Chua Sel Yee for supporting "Sayang Borneo" gift set โ™ฅ๏ธ

Sayang Borneo, RM90
Warisan Kita, RM150

30% daripada harga jualan akan disalurkan kepada Projek Noah's Ark Sarawak untuk misi kemanusiaan Bantu Sarawak.

Jom Beli.

Photos from Jeffery Ngui ้ญๆ–‡ๆžช's post 30/06/2026

Daripada sebuah kampung kecil... kini melangkah ke pentas yang lebih besar | Tarian Tradisional Kaum Penan

Tahun lalu, anak-anak dari Kampung Penan Eastwood telah mencipta sejarah apabila berjaya membuat persembahan rasmi di pentas Sarawak AeroBig Day Miri 2025.

Tahun ini, kami bakal mempersembahkan Tarian Tradisional Kaum Penan. Saya amat bersyukur dengan kolaborasi bersama Debbie daripada The Arts School dan Puan Nelly yang akan membantu membawa persembahan ini ke tahap yang lebih profesional, tanpa menghilangkan keaslian budaya masyarakat Penan.

Ini bukan sekadar sebuah persembahan. Ini adalah usaha memelihara warisan, membina keyakinan anak-anak, dan memberi mereka peluang untuk berkongsi identiti serta budaya mereka kepada masyarakat.

Semoga setiap langkah di atas pentas nanti menjadi kebanggaan buat komuniti Penan dan seluruh rakyat Sarawak. โค๏ธ

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuching?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Level 3, No. 308, Lot 2744, Central Park Commercial Centre, 3rd Mile, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
Kuching
93200