SEA Games 2027 Sarawak Cluster

SEA Games 2027 Sarawak Cluster

Share

Official Page SEA Games 2027 Sarawak Cluster

Photos from SEA Games 2027 Sarawak Cluster's post 05/08/2026

Kiraan Detik Setahun Sukan SEA 2027 Kluster Sarawak Dilancar 18 September 2026

Sarawak LOC Secretariat bakal melancarkan majlis kiraan detik setahun Sukan SEA 2027 pada 18 September ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) yang juga Pengerusi Sarawak LOC Secretariat, Datu Hii Chang Kee berkata penganjuran Majlis Road To One Year Countdown SEA Game 2027 itu diadakan bagi mewujudkan rasa keterujaan terhadap penganjuran sulung temasya itu di Bumi Kenyalang dari 18 hingga 29 September 2027 nanti.

Perasmain majlis gilang gemilang itu dijadual disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di venue yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
_______________________________________________

One-Year Countdown To SEA Games 2027 Sarawak Cluster To Be Launched On 18 September

Sarawak LOC Secretariat prepares to launch the Road to One-Year Countdown to the SEA Games 2027 on 18 September.

Deputy Sarawak Secretary (Operation) and Chairman of the Sarawak LOC Secretariat Datu Hii Chang Kee said the event is aimed at building anticipation ahead of Sarawak's historic debut as co-host of the biennial Games which will be held from 18 to 29 September 2027.

The grand launch is scheduled to be officiated by Sarawak Premier Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg at a venue to be announced in the near future.

ROAD TO SEA GAMES MALAYSIA 2027 31/07/2026

ROAD TO SEA GAMES MALAYSIA 2027

Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-34 yang akan diadakan pada 18 hingga 29 September 2027.

Sarawak menjadi hos bersama utama dengan upacara pembukaan akan diadakan di Kuching selain Kuala Lumpur sebagai lokasi penutupan serta Pulau Pinang dan Johor sebagai rakan penganjur.

Sebanyak 43 jenis sukan akan diadakan pada Sukan SEA 2027.

ROAD TO SEA GAMES MALAYSIA 2027 Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-34 yang akan diadakan pada...

PELUNCURAN LOGO, TEMA DAN MASKOT 'TUAH' SUKAN SEA MALAYSIA 2027 29/07/2026

Peluncuran Logo, Tema dan Maskot ‘Tuah’ Sukan SEA Malaysia 2027

Dari detik penuh debaran hingga sorakan gemuruh, semuanya menjadi saksi bermulanya satu perjalanan baru, Malaysia 2027.

Majlis Peluncuran Logo, Tema dan Maskot rasmi bukan sekadar sebuah acara, tetapi simbol semangat, perpaduan dan aspirasi untuk mengangkat sukan negara ke tahap yang lebih tinggi.

PELUNCURAN LOGO, TEMA DAN MASKOT 'TUAH' SUKAN SEA MALAYSIA 2027 Dari detik penuh debaran hingga sorakan gemuruh, semuanya menjadi s...

19/07/2026

'Raikan Perpaduan' tema rasmi Sukan SEA 2027

PUTRAJAYA, 13 Julai: Semangat 'Raikan Perpaduan' dipilih sebagai tema rasmi Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 2027, mencerminkan aspirasi Malaysia untuk menyatukan negara-negara Asia Tenggara menerusi kuasa sukan apabila menjadi tuan rumah temasya itu tahun depan.

Menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS), tema 'Raikan Perpaduan' dipilih sebagai tunjang identiti Malaysia 2027 kerana perpaduan adalah kekuatan sebenar Malaysia dan ASEAN, sekali gus diharap mampu menyatukan rakyat serta atlet dari seluruh rantau menerusi semangat kesukanan.

19/07/2026

Taufiq optimis atlet raih 70 peratus podium Sukan SEA 2027

PUTRAJAYA, 13 Julai: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yakin sasaran sekurang-kurangnya 70 peratus atlet negara menamatkan saingan di podium pada Sukan SEA 2027 mampu direalisasikan berdasarkan perkembangan positif program persediaan yang sedang dilaksanakan Majlis Sukan Negara (MSN).

Menterinya, Dr Mohamed Taufiq Johari berkata, keyakinan itu bukan dibuat tanpa asas, sebaliknya disokong data prestasi atlet serta pemantauan rapi yang dilakukan MSN menerusi pelan persediaan berfasa menjelang temasya dwitahunan itu.

Photos from SEA Games 2027 Sarawak Cluster's post 19/07/2026

Graduan animasi UiTM cipta logo rasmi Sukan SEA 2027

KUALA LUMPUR, 14 Julai: Sentuhan kreatif graduan animasi, Aiman Amri, dipilih sebagai logo rasmi Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027, sekali gus menjadi identiti visual temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu.

Anak muda berusia 23 tahun itu berjaya menewaskan peserta lain menerusi penyertaan sulungnya dalam pertandingan berkenaan, sekali gus membuktikan bakat dan kreativiti anak tempatan mampu menghasilkan karya bertaraf antarabangsa.

Aiman berkata, idea menghasilkan logo berkenaan tercetus daripada angka "2027" yang diolah menjadi imej Burung Kenyalang, selain menggambarkan pergerakan seorang atlet yang sedang melompat sebagai simbol semangat kesukanan.

19/07/2026

Sasaran pingat emas kembali jadi KPI kontinjen negara di temasya sukan

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Majlis Sukan Negara (MSN) kini menggunakan pendekatan baharu dengan menetapkan sasaran pingat emas secara khusus sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) kepada kontinjen dan atlet negara pada temasya sukan utama.

Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin berkata pendekatan itu bertujuan memberikan sasaran yang jelas kepada kontinjen dan atlet, terutama ketika negara membuat persiapan sebagai tuan rumah Sukan SEA tahun hadapan.

19/07/2026

Penetapan pingat emas sebagai KPI diharap suntik semangat atlet

KUANTAN, 19 Julai: Penetapan pingat emas sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) diharap menyuntik semangat baharu kepada atlet untuk terus meningkatkan prestasi dan berusaha mencapai sasaran yang ditetapkan.

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata penetapan itu menjadi langkah progresif bagi memastikan misi Malaysia meraih pingat emas pertama di Sukan Olimpik nanti tercapai.

Photos from SEA Games 2027 Sarawak Cluster's post 17/07/2026

Sukan SEA 2027: Lima sukan tambahan diluluskan, jumlah keseluruhan kini 43

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Majlis Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) hari ini meluluskan kemasukan lima sukan tambahan dalam program pertandingan untuk Sukan SEA 2027 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan sukan kepada 43.

Lima sukan yang disokong oleh Majlis SEAGF ialah sukan tarian, hoki ais, kabaddi, padel dan teqball.

Kelulusan itu susulan beberapa siri perbincangan antara SEAGF dan Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) selepas persekutuan itu menerima 30 rayuan daripada Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan untuk memasukkan sukan tambahan susulan kelulusan awal 38 sukan pada bulan April.

—————————————————————————

2027 SEA Games: Five additional sports approved, total now 43

KUALA LUMPUR, July 17: The Southeast Asian Games Federation (SEAGF) Council today approved the inclusion of five additional sports in the competition programme for the 2027 SEA Games in Malaysia, bringing the total number of sports to 43.

Five sports endorsed by the SEAGF Council are dance sport, ice hockey, kabaddi, padel and teqball.

Approval followed a series of discussions between the SEAGF and the Malaysia SEA Games Organising Committee (MASOC) after the federation received 30 appeals from National Olympic Committees to include additional sports following the initial approval of 38 sports in April.

Photos from SEA Games 2027 Sarawak Cluster's post 14/07/2026

Sukan SEA 2027: Semua Kemudahan Sukan di Sarawak Akan Bersedia Sebelum Jun 2027

PUTRAJAYA: Kerja-kerja menaik taraf semua kemudahan sukan yang akan menjadi venue Sukan SEA 2027 di Kuching disasarkan siap sepenuhnya sebelum Jun tahun depan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kerja-kerja menaik taraf semua kemudahan sukan sedang dijalankan dengan pantas bagi memastikan ia siap mengikut jadual yang ditetapkan.

——————————————————————————————————

SEA Games 2027: All Sports Facilities In Sarawak To Be Ready Before June 2027

PUTRAJAYA: The work to upgrade all the sports facilities that will serve as the venue for the 2027 SEA Games in Kuching is targeted to be fully completed before June next year.

Sarawak Minister for Youth, Sports and Entrepreneur Development Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah said that the work to upgrade all the sports facilities is being carried out swiftly to ensure that they are ready according to the set schedule.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuching?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Pandelela Rinong Aquatic Centre, Petra Jaya Sports Complex
Kuching
93050