SEA Games 2027 Sarawak Cluster

Call Directions

SEA Games 2027 Sarawak Cluster Official Page SEA Games 2027 Sarawak Cluster

Sukan SEA 2027: Sarawak Turut Beri Penekanan Kepada Tadbir Urus, IntegritiPersiapan Sarawak sebagai tuan rumah bersama p...
28/09/2026

Sukan SEA 2027: Sarawak Turut Beri Penekanan Kepada Tadbir Urus, Integriti

Persiapan Sarawak sebagai tuan rumah bersama pada temasya Sukan SEA 2027 turut memberi penekanan kepada tadbir urus, ketelusan serta perlindungan daripada risiko integriti.

“Kejayaan sesuatu acara sukan tidak hanya diukur berdasarkan kecekapan penganjurannya. Ia juga dinilai melalui pengendalian pertandingan yang adil, layanan yang sewajarnya terhadap para peserta, pengurusan sumber yang bertanggungjawab, serta keyakinan orang ramai terhadap sistem yang mendasari acara tersebut.

YAB Premier Sarawak
Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg

Dapatkan berita mengenai Sukan SEA 2027 Kluster Sarawak di platform rasmi Media Sosial SEA Games 2027 Sarawak Cluster

PEMAKLUMAN RASMIProses Pra-Pendaftaran Sukarelawan Am SEA Games 2027 Kluster Sarawak telah ditamatkan berkuat kuasa sert...
25/09/2026

PEMAKLUMAN RASMI

Proses Pra-Pendaftaran Sukarelawan Am SEA Games 2027 Kluster Sarawak telah ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.

Terima kasih atas sambutan dan minat yang sangat menggalakkan!

Kepada yang berminat, nantikan pengumuman rasmi pembukaan pendaftaran Sukarelawan Am melalui saluran rasmi.

🇲🇾 Jumpa anda di SEA Games 2027!

Sumber: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak https://www.facebook.com/share/19i3i4hoMD/?mibextid=wwXIfr

Sarawak Perkukuh Integriti Sukan SEA 2027 Menerusi SNSIC 2026Sarawak komited memperkukuh tadbir urus dan integriti dalam...
24/09/2026

Sarawak Perkukuh Integriti Sukan SEA 2027 Menerusi SNSIC 2026

Sarawak komited memperkukuh tadbir urus dan integriti dalam ekosistem sukan menerusi penganjuran Persidangan Integriti Sukan Kebangsaan Sarawak (SNSIC) 2026.

“Tanpa kawalan dan sistem integriti yang kukuh, ekosistem sukan berhadapan dengan pelbagai ancaman serius termasuk rasuah, manipulasi pertandingan, pertaruhan haram, penyalahgunaan dadah dan ketidakakuran tadbir urus.

YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan
Merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan

Dapatkan berita mengenai Sukan SEA 2027 Kluster Sarawak di platform rasmi Media Sosial SEA Games 2027 Sarawak Cluster

Sarawak Perkukuh Kesiapsiagaan Sebagai Tuan Rumah Sukan SEA 2027 Menerusi SNSIC 2026Sarawak memperkukuh kesiapsiagaan se...
24/09/2026

Sarawak Perkukuh Kesiapsiagaan Sebagai Tuan Rumah Sukan SEA 2027 Menerusi SNSIC 2026

Sarawak memperkukuh kesiapsiagaan sebagai tuan rumah bersama Sukan SEA 2027 menerusi penganjuran Persidangan Integriti Sukan Nasional Sarawak (SNSIC) 2026 bagi memastikan aspek integriti, tadbir urus dan pengurusan sukan memenuhi standard antarabangsa.

“Kejayaan Sarawak menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dan Borneo Games 2025 menjadi asas kukuh untuk negeri ini terus meningkatkan piawaian penganjuran sukan.

YB Datuk Dr Juanda Jaya
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman)

Dapatkan berita mengenai Sukan SEA 2027 Kluster Sarawak di platform rasmi Media Sosial SEA Games 2027 Sarawak Cluster

Sukan SEA 2027: Sarawak Harap RTM Berkongsi Kepakaran Dan PengalamanSarawak berharap Radio Televisyen Malaysia (RTM) dap...
24/09/2026

Sukan SEA 2027: Sarawak Harap RTM Berkongsi Kepakaran Dan Pengalaman

Sarawak berharap Radio Televisyen Malaysia (RTM) dapat berkongsi kepakaran dan pengalaman luas dalam pengurusan media bagi membantu persiapan liputan Sukan SEA 2027 yang akan berlangsung tahun depan.

"Saya yakin RTM mampu untuk berkongsi pengalaman ini dan saya harap dalam perjalanan kita ke arah acara Sukan SEA pada September tahun depan, ia dapat disiarkan dengan lebih baik.

YB Datuk Abdullah bin Haji Saidol
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS)

Dapatkan berita mengenai Sukan SEA 2027 Kluster Sarawak di platform rasmi Media Sosial SEA Games 2027 Sarawak Cluster

Sarawak Sediakan Khidmat Penterjemah Dan Pegawai Perhubungan Semasa Sukan SEA 2027Khidmat berkenaan penting bagi memasti...
19/09/2026

Sarawak Sediakan Khidmat Penterjemah Dan Pegawai Perhubungan Semasa Sukan SEA 2027

Khidmat berkenaan penting bagi memastikan setiap kontinjen mendapat bantuan dan panduan sepanjang penyertaan mereka pada temasya sukan berkenaan.

"Sudah tentu kita perlu menyediakan penterjemah kerana terdapat beberapa negara di Asia Tenggara yang mungkin tidak memahami bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak

Dapatkan berita mengenai Sukan SEA 2027 Kluster Sarawak di platform rasmi Media Sosial SEA Games 2027 Sarawak Cluster

Atlet Sukan SEA 2027 Ditempatkan Di Hotel Terpilih Bagi KeselesaanAtlet yang menyertai Sukan SEA 2027 di Sarawak akan di...
19/09/2026

Atlet Sukan SEA 2027 Ditempatkan Di Hotel Terpilih Bagi Keselesaan

Atlet yang menyertai Sukan SEA 2027 di Sarawak akan ditempatkan di hotel-hotel terpilih dan bukan di perkampungan sukan seperti yang digunakan ketika Sukan Malaysia (SUKMA).

Ini bagi memastikan keselesaan atlet dari 11 negara Asia Tenggara, dengan jumlah keseluruhan atlet dijangka melebihi 4,000 orang, tidak termasuk pegawai kontinjen.

YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak

Dapatkan berita mengenai Sukan SEA 2027 Kluster Sarawak di platform rasmi Media Sosial SEA Games 2027 Sarawak Cluster

Atlet Sarawak Mewakili Malaysia Pada Sukan SEA 2027 Dipilih Berdasarkan Merit & PrestasiJumlah atlet Sarawak yang bakal ...
19/09/2026

Atlet Sarawak Mewakili Malaysia Pada Sukan SEA 2027 Dipilih Berdasarkan Merit & Prestasi

Jumlah atlet Sarawak yang bakal mewakili kontinjen negara masih belum dimuktamadkan kerana pemilihan perlu dibuat oleh persatuan sukan berdasarkan pencapaian masing-masing.

“Insya-Allah, sepatutnya ada atlet dari Sarawak dan dengan bertanding di negeri sendiri, mereka tentunya akan mendapat lebih banyak sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan semua.

YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak

Dapatkan berita mengenai Sukan SEA 2027 Kluster Sarawak di platform rasmi Media Sosial SEA Games 2027 Sarawak Cluster

Persiapan 11 Venue Sukan SEA 2027 Di Sarawak Mendahului JadualPerkembangan itu menunjukkan kerja naik taraf venue berjal...
19/09/2026

Persiapan 11 Venue Sukan SEA 2027 Di Sarawak Mendahului Jadual

Perkembangan itu menunjukkan kerja naik taraf venue berjalan lancar menjelang temasya yang akan berlangsung pada September tahun depan.

“Daripada 11 venue yang dibuat naik taraf, hampir semua mendahului jadual, termasuk dengan stadium utama, Stadium Sarawak, di mana perasmiannya akan dibuat kelak.

YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak

Dapatkan berita mengenai Sukan SEA 2027 Kluster Sarawak di platform rasmi Media Sosial SEA Games 2027 Sarawak Cluster

Larian Obor Sukan SEA 2027 Dari Limbang Ke Kuching Bawa Semangat KesukananLarian obor Sukan SEA 2027 dari Limbang ke Kuc...
19/09/2026

Larian Obor Sukan SEA 2027 Dari Limbang Ke Kuching Bawa Semangat Kesukanan

Larian obor Sukan SEA 2027 dari Limbang ke Kuching akan menjadi antara inisiatif utama untuk membawa semangat temasya berprestij itu lebih dekat kepada masyarakat di seluruh Sarawak.

“Larian obor bukan sekadar acara simbolik, sebaliknya menjadi lambang perpaduan, kebanggaan dan rasa memiliki bersama terhadap penganjuran Sukan SEA 2027.

Datu Hii Chang Kee
Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Pengerusi Sekretariat Sukan SEA Malaysia 2027 Kluster Sarawak

Dapatkan berita mengenai Sukan SEA 2027 Kluster Sarawak di platform rasmi Media Sosial SEA Games 2027 Sarawak Cluster

Address

Pandelela Rinong Aquatic Centre, Petra Jaya Sports Complex
Kuching
93050

Telephone

+6082544143

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SEA Games 2027 Sarawak Cluster posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category