25/05/2026
You are welcome to Kuching City FC 🙌
RUMOURS. Pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos dilihat menjadi antara calon yang sesuai untuk memperkuatkan pasukan Kuching City bagi mengharungi musim baharu. Jika anda perhatikan, corak permainan Endrick sendiri dilihat amat sesuai dan sepadan jika digandingkan bersama Petrus Sh*tembi & Moses Atede di jentera tengah. Pantas, kreatif dan mempunyai kemahiran 'skill' yang amat baik. Endrick Dos Santos kini beraksi di Liga Vietnam. Endrick juga boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan dan ini sudah pasti memberi kelebihan untuk Kuching City FC yang akan mengharungi musim yang lebih mencabar selepas ini. Kuching City juga akan bermain dipentas Asia (ACL2) dan sudah pasti ramai nama-nama besar mahu menyertai pasukan ini.
24/05/2026
Tahniah Kuching City FC 🙌💪 Kuching City menamatkan musim 2025-2026 dengan jayanya.
- Liga Super (2nd Place) ✅️
- Piala Malaysia (Runner-Up) ✅️
- Piala FA (Semi Final) ✅️
- Layak ke Asia Champions League '2' ✅️
Bangkit untuk jadi lebih kuat pada musim hadapan. Pastinya akan ada pemain-pemain baharu yang berkualiti bakal memperkuatkan pasukan selepas ini 💪.
24/05/2026
Selamat datang ke Stadium Taha Ariffin (Stadium Negeri) 💥🙌 . Gambar hanya sekadar ilustrasi. Stadium Negeri kini sedang dalam proses dinaik taraf. Persiapan untuk pasukan Kuching City FC yang akan bersaing di Asia Champions League '2' (ACL2) musim depan. 💪
09/03/2025
Perlawanan sambungan
LS17
LIGA SUPER 2024/25
⚽️ Kuching City FC vs Kedah Darul Aman FC
📆 12 Mac 2025 , Rabu
🕰️ 9.15 malam
🏟️ Stadium Negeri
MASUK PERCUMA!
Juh rami-rami kita ke Stadium Negeri hari Rabu tok!
Datang ajak klak terus masuk ikut pintu Zon A, Zon B dan Zon C.
15/02/2025
⚽️⚽️⚽️
LS21
LIGA SUPER 2024/25
⚽️ Penang FC vs Kuching City FC
🗓️ 16 Februari 2024 , Ahad
🕰️9.00 malam
🏟️Stadium Bandaraya
📺 Astro Arena Bola CH803 & AstroGo
13/02/2025
😖😣 Sebagai org Sarawak terasa juakk tapi memang fakta.
10/02/2025
Antara Stadium pasukan Liga Super yang sudah berwajah baharu seiring dengan peredaran zaman adalah Stadium Sultan Muhammad ke IV , Kota Bharu, Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan & Stadium Likas, KK. Walaupun kualiti padang di stadium tersebut masih menggunakan rumput jenis 'Cow Grass' , tetapi sekurang-kurangnya nampak lah juak rupa stadium, sikda lagik dudok rah simen yang dah berkulat kulat. S*k sakit mata nangga atleast penyokong pun x sakit belakang dapat juak bersandar rah kerusi layan nangga bol. Kali lah season tok last Kuching main di Stadium Negeri, maybe taun depan main di Stadium Sarawak sebelah ya?🤔 Bukan apa tok melibatkan imej Sarawak juak 😌 Dari tahun ke tahun admin nunggu tapi sikda perubahan juak. Terkejut player import JDT kelak mun main di Kuching dapat merasai pengalaman merentas masa main bol di tahun 70an.
08/02/2025
KUCHING CITY BERPELUANG KEJAR SLOT KE ACC!
Kedudukan terkini carta Liga Super 2025. Kuching City ditangga ke-6 Liga Super dengan mengumpul 22 mata. Misi Kuching City adalah untuk sekurang-kurangnya berada di kedudukan ke-4 liga bagi merebut peluang untuk bermain di ASEAN Club Championship musim depan mewakili Malaysia.
08/02/2025
Stadium Negeri Sarawak bila nak upgrade? Dah 2025 , Stadium tok jauh ketinggalan zaman dah rupanya. Mun Stadium tok di install seat nampak juak berseri nya. Berkenaan projek naiktaraf padang p**a hanya boleh mula dijalankan selepas selesai Sukan Malaysia (SUKMA) . Oleh sebab itu, memandangkan SUKMA pun udah lamak abis, diharap pihak terbabit dapatlah segera menaiktaraf padang Stadium Negeri/Stadium Sarawak.
Kuching City FC
Sarawak Sports Corporation
08/11/2023
KUCHING CITY FC HAMPIR PASTI KEKAL DI LIGA SUPER 2024
Situasi 1 :
🟢 Juara dari Liga M3 masih belum bersedia untuk beraksi dalam Liga Super kerana faktor kewangan kelab yang tidak menjamin tempat mereka dalam pentas elit bolasepak kebangsaan. Bukan hanya pasukan dari Liga M3, terdapat juga beberapa kelab dari Liga Super yang turut berdepan dengan masalah kewangan ketika ini. Tanpa kewangan yang kukuh, MFL pasti akan menolak permohonan mana-mana pasukan untuk bersaing dalam Liga Super. Status Kuching City untuk terus kekal dalam Liga Super hampir pasti tidak tergugat lebih-lebih lagi 'The Cats' bebas dari sebarang masalah kewangan.
Situasi 2 :
🟢 Jika tiada sebarang masalah kewangan, Juara Liga M3 secara automatik akan dinaikkan pangkat untuk beraksi dalam Liga Super sekaligus menyingkirkan pasukan yang berada di kedudukan tercorot Liga Super. Manakala, naib juara Liga M3 akan bermain dalam perlawanan Play-Off menentang pasukan kedua tercorot (No.13) Liga Super untuk merebut satu lagi slot.
Apa-apapun, perubahan boleh berlaku dari semasa ke semasa.
Photo © Kuching City FC Official
08/11/2023
FINAL GUYS!! READY‼️
PERLAWANAN AKHIR MFL CHALLENGE CUP 2023! 🏆
Malaysian Football League (MFL) telah menetapkan tarikh dan waktu sepak mula bagi Perlawanan Akhir MFL Challenge Cup 2023.
PDRM FC dan Kuching City FC akan berentap merebut gelaran Juara MFL Challenge Cup 2023 dalam aksi timbal balik.
Jumpa di stadium !