30/07/2026
P I C K L E B A L L
Dewan Masyarakat Kpg Tunku
25hb Julai 2026
Aktiviti game Pickleball anjuran Kelab Sukan Rekreasi Pos Kuching telah berlangsung pagi Sabtu lepas. Kehadiran SGM Che Rusdy Yusaini memeriahkan lagi suasana kali ini.
Terima kasih kepada yang hadir.
19/05/2026
16 Mei 2026 (Sabtu) : Satu aktiviti Plogging telah dianjurkan oleh Kelab Sukan Rekreasi Pos Kuching bertempat di Pasir Panjang, Santubong Kuching Sarawak.
Aktiviti ini telah disertai oleh seramai 30 orang ahli Kelab Sukan bersama ahli keluarga bagi sama-sama membuat pembersihan mengutip sampah di sepanjang pantai pasir panjang.
Aktiviti amal ini merupakan julung kalinya diadakan oleh Kelab Sukan bagi membantu memastikan alam sekitar sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan lagi silaturaham antara ahli kelab sukan. Aktiviti seperti ini akan terus diadakan pada masa akan datang dan pihak kelab amat mengalu-alukan penglibatan lebih ramai lagi ahli kelab di seluruh Sarawak dalam apa jua aktiviti yang akan diadakan di masa akan datang.
-Kelab Sukan Rekreasi Pos Kuching-
30/03/2026
Aktiviti bulan Mac 2026.
Terima kasih kepada Blood Bank SGH
Terima kasih kepada semua exco kelab sukan yang terlibat menjayakan program ini.
Terima kasih kepada semua penderma yang telah menyertai Program Kempen Derma Darah yang telah dijalankan oleh K.S.R.P.K pada 28 Mac 2026(Sabtu).