27/08/2026
TERIMA KASIH SMK TAMAN SELASIH, KULIM!
Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti Memanah Fun Shoot sempena Hari Keusahawanan SMK Taman Selasih, Kulim yang berlangsung pada 27 Ogos 2026.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Selasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk bersama-sama menjayakan aktiviti memanah pada hari ini.
Lebih bermakna buat kami kerana berpeluang berkongsi pengalaman dan memperkenalkan sukan memanah kepada murid-murid pendidikan khas. Melihat mereka mencuba, berani mengambil peluang dan menikmati pengalaman memanah merupakan satu kenangan yang sangat bermakna buat kami.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada guru-guru SMK Taman Selasih yang banyak membantu, memberi sokongan dan memastikan aktiviti berjalan dengan lancar dari awal hingga selesai.
Terima kasih atas kerjasama, layanan dan kepercayaan yang diberikan kepada kami. Semoga aktiviti seperti ini dapat terus menjadi ruang untuk membina keyakinan, keberanian, fokus dan pengalaman baharu dalam diri anak-anak istimewa kita.
Memanah Untuk Semua — Membina Kemahiran, Disiplin & Keyakinan.
Insya-Allah, semoga ada kesempatan untuk kita bertemu lagi dalam aktiviti yang akan datang.