Video yang dirakam menggunakan drone pada Kejohanan Memanah Tradisional Pesta Salag 2024.
Anjuran bersama Persatuan Ettnik Idahan Sabah dan Kelab Memanah Tradisional Sapagaya - KMT Sapagaya .
Seramai 162 orang pemanah yang mendaftar dari pelbagai daerah, antaranya Papar, Sandakan, Tawau, Felda dan semestinya kelab² yang ada di Lahad Datu.
Terima kasih semua pemanah yang hadir dan ajk yang menjayakan kejohanan ni, inshaa Allah kita jumpa lagi masa akan datang 🏹👍
Kelab Memanah Tradisional Sapagaya - KMT Sapagaya
KMT Sapagaya ditubuhkan pada 1hb Jun 2023. Aktif memanah sejak tahun 2022.
21/10/2024
Alhamdulillah, terima kasih semua saudara 🙏
08/10/2024
Tahniah Pemanah KMTS mengondol kejuaraan kategori QR, ER dan Busana Lelaki di Kejohanan Memanah 30M Busana Etnik Pantai Timur, Sabtu lalu.
Kepada semua pemanah yang menang kategori masing² juga diucapkan tahniah dan anda semua memang terbaik memanah dlm busana yang lengkap.
Syabas penganjur, kalau ada Siri ke 2 lagi nanti kita meriahkan suasana kejohanan 💪
27/09/2024
Alhamdulillah harini selesai menghantar pemanah Remaja Lelaki dan Cilik Wanita dari Lahad Datu untuk beraksi di Kejohanan Memanah Tradsional Kebangsaan, Nilai Neg. Sembilan.
Abg Hazmy Hazly akan mewakili Sabah untuk kategori Remaja Lelaki, manakala Aleesyah Shazwanie Sahirun akan berentap di kategori Cilik Wanita.
Syukur berkat doa dan usaha para keluarga serta sahabat. Walaupun ada kesulitan sedikit untuk dapatkan dana namun berkat bantuan keluarga dan sahabat pemanah akhirnya kedua2 Anak Jati Sapagaya dan Segama ni berjaya terbang ke N.9 untuk mewakili Negeri Sabah.
Sama2 kita doakan untuk kejayaan mereka berdua nanti pada 28hb bersamaan Sabtu nanti.
23/09/2024
Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang menjayakan Kejohanan 20Meter Tertutup Lahad Datu sempena memungut dana untuk Adik Hazmy ke N.9.
Tahniah kepada semua pemenang yang menang dan yang sudi menyertai kejohanan kami yang tidak seberapa ni. Mohon maaf atas kekurangan kami yang masih belajar menganjurkan kejohanan.
Terima kasih semua.
23/09/2024
Terima kasih Kelab Memanah Tradisional Segama dan rakan pemanah yg lain sudi datang 🙏
21/07/2024
Terima kasih semua..
07/07/2024
07.07.2024, Kejohanan Permata Trio Open 30M, anjuran Persatuan Memanah Tradisional Daerah Tawau, di Padang SMK Pasir Putih, Tawau..
Alhamdulillah, semua pemanah dari pelbagai daerah dapat berhimpun di kejohanan tersebut dan mendapat keberkatan kerna sepanjang kejohanan cuaca sangat baik sekali.
Kalah atau menang itu adat pertandingan, tetapi kemanisan dalam pertandingan itu adalah mengimarahkan sunnah memanah dan menjalin ukhwah yang erat 🤲
Tahniah kepada team Trio KMTS yang berjaya layak ke peringkat OR kategori lelaki dan wanita. Berikut adalah pencapaian team Trio KMTS
Trio Lelaki
KMTS 1 (Azmi,Mazran,Mazlie)
QR - Rank 3 🥉
OR - Johan 1 🥇
KMTS Nyawa&Badan (Den,Edy,Mek)
QR - Rank 10
OR - Best 32
KMTS Lato² (Ghani,Donding,Jojo)
QR - Rank 20
OR - Best 32
KMTS Langgar (Hirman,Mat,Pian)
QR - Rank 30
OR - Best 32
Trio Wanita
QR - Rank 6
OR - Top 4 🏆
Mengerat Ukhwah, Hidupkan Sunnah..🤝💪🏹
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Website
Address
Kg Sapagaya
Lahad Datu Town
91100