12/10/2025
π₯ SELAMAT BERJUANG PARA PESILAT! π₯
Hari ini masuk hari ke-3 perjuangan hebat buat para pesilat Lahad Datu dalam Sabah Games (SAGA) Pencak Silat 2025 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Tawauπ₯β¨
Teruskan semangat juangmu di gelanggang! Ayuh rebut EMAS dan harumkan nama Daerah Lahad Datu πͺπ
Silat bukan sekadar gerak ia jiwa, disiplin, dan maruah bangsa!
Semoga semangat juang kalian menjadi inspirasi buat anak muda lain untuk turun ke gelanggang, kenali warisan bangsa kita, dan bangkit bersama Seni Silat Melayu! π²πΎ
14/09/2025
β¨ Selamat berjuang buat seluruh kontinjen Sabah dalam Kejohanan 1S1S Kebangsaan yang akan berlangsung pada 14 β 17 September di DITC Kemaman, Terengganu.
Khasnya ucapan semangat untuk terus berjuang buat pesilat Kelab Silat Sinar Hijau, iaitu:
1. Batrisyia Ariana binti Saiful
2. NurDzakiyyah binti Mokhtar
3. Dzakwan Radhi bin Eddy
4. Roslyana binti Rustam
5. Zamzarina binti Raday
6. Auni Widad Delisha binti Mansur
yang terpilih untuk menggalas cabaran dalam Kejohanan 1S1S Kebangsaan ini .
Semoga kejayaan milik kalian semua dan nama Sabah terus bersinar di pentas kebangsaan! πͺπ₯
28/02/2025
**PEMILIHAN ATLET PENCAK SILAT SAGA 2025 DAERAH LAHAD DATU**
Alhamdulillah, sesi pemilihan atlet Pencak Silat bagi Sukan Sabah (SAGA) 2025 peringkat Daerah Lahad Datu telah berjaya dilaksanakan hari ini, 28 Februari 2025, bertempat di Dewan Tun Mustapha.
Tahniah kepada para peserta yang telah menunjukkan semangat juang dan kesungguhan yang tinggi sepanjang sesi pemilihan ini. Semoga atlet yang terpilih dapat memberikan aksi terbaik serta mengharumkan nama daerah kita dalam temasya SAGA 2025 yang bakal berlangsung di Tawau pada bulan Oktober nanti.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan acara ini. Ayuh, teruskan latihan dan persiapan demi kecemerlangan!
30/12/2023
Tahniah team Pss Pesaka Daerah Lahad Datu
Tahniah kepada atlet pencak silat daerah lahad datu atas kejayaan pingat yang diperoleh dalam sukan sabah yang ke 10,yang berlangsung di dewan seri putatan kota kinabalu 16 december hingga 21 december 2023. ππ»ππ»
19/02/2023
Selamat Pengantin Baru diucapkan buat AJK dan Jurulatih Kelab Sukan Silat Olahraga Sinar Hijau, Puan Nursyafinah Siacho . Semoga ikatan perkahwinan diberkahi, dirahmati.
18/02/2023
18/02/2023
Alhamdulillah, selesai latihan Mingguan Kelab Sukan Silat Olahraga Sinar Hijau
05/02/2023
Assalamualaikum. Alhamdulillah latihan masih berjalan seperti biasa.
22/10/2022
Bengkel Undang-undang Baru Pesilat Siri 1.
Yang berminat untuk turut serta boleh hubungi:
http://wasap.my/60138505949