KRIS

KRIS

Share

KELAB REKREASI, IKTISAD & SUKAN
HOSPITAL SULTANAH MALIHA

Photos from KRIS's post 29/09/2024

Acara tahunan Hari Sukan Negara Hospital Sultanah Maliha Kini Kembali lagi !

Hari Sukan Negara (HSN) merupakan sebuah gerakan nasional
dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat.

Hari Sukan Negara dianjurkan untuk merealisasikan hasrat
dan aspirasi untuk menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan
seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara
2030 (VSN 2030) bagi:

1)Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi
mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.
2)Memupuk dan menyemakkan semangat perpaduan dalam kalangan
rakyat pelbagai kaum.
3)Meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia.
4)Meningkatkan ekonomi negara menerusi pembangunan dan pemerkasaan
industri sukan.
5)Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang
terlibat di dalam pembangunan sukan untuk semua.

Jom sama - sama kita meriahkan acara tahunan kita kali ini.

Masukkan dalam kalendar anda ;

πŸ—“οΈ Beach Run 5km
Hari : Sabtu
Tarikh : 26 Oktober 2024
Tempat : Pantai Chenang, Langkawi

Jom ajak kawan kawan sekerja dan juga keluarga, bersama kita semua bersukan dan beriadah! 😍

Terbuka kepada semua warga HSM, PKD & Dental Langkawi

Daftar segera di link yang berkaitan untuk penyertaan:
Pautan Pendaftaran : https://forms.gle/uASNixjsQzBWVAiM7
Atau boleh scan secara QR di poster




Photos from KRIS's post 08/09/2024

Sempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Hospital Sultanah Maliha dan Kelab Kriss menganjurkan pertandingan Payung Hiasan Hari Malaysia sebagai memeriahkan sambutan kali ini yang masih dalam kekangan penjarakan sosial di HSM.
Pertandingan bermula pada 5hb September dan berakhir pada 8 September dan ia terbuka untuk penyertaan semua unit dan jabatan di HSM.
Walaupun dalam masa yang singkat dan kekangan oleh tugas hakiki , 5 unit telah berjaya menghantar penyertaan iaitu Unit Pentadbiran, Unit Patologi dan Transfusi , Unit Rehabilitasi, Klinik Pakar dan juga ICU / CCU.
Tahniah diucapkan atas semangat yang ditunjukkan.
Penilaian daripada pihak juri yang dilantik adalah berdasarkan kriteria - kriteria tersebut ;

1.Idea Kreatif
2.Kerumitan rekaan
3.Menepati tema
4.Kekemasan
5.Semangat Patriotik

Persembahan hasil kerja yang diberikan amat menarik dan juri berpuas hati dan kagum dengan penyertaan yang ditunjukkan hasil kerjasama oleh semua anggota unit.
Diharap penyertaan sebegini dapat memupuk nilai - nilai dan penghayatan yang diperlukan seiring dengan slogan ' Jiwa Merdeka' pada sambutan kali ini

01/09/2024

Sempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, KRIS HSM akan mengadakan pertandingan Payung Berhias Hari Malaysia pada 1 hingga 7 September 2024

Tema kemerdekaan pada tahun ini, "Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka" menggambarkan aspirasi kita untuk membina sebuah negara yang berpaksikan nilai-nilai kemanusiaan, keadilan dan keberanian. Ia memberi kita pengertian bahawa kemerdekaan bukan hanya dari segi kebebasan dari penjajahan, tetapi ia juga tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk terus memelihara kemakmuran, perpaduan dan keharmonian di tanah air yang tercinta ini.

Seiring dengan menghadapi cabaran semasa , marilah kita mengambil semangat pejuang kemerdekaan sebagai inspirasi untuk terus memperkukuh nilai-nilai MADANI - memupuk persaudaraan, menghormati sesama kita.

Justeru itu, marilah kita warga Hospital Sultanah Maliha bersama - sama bersemangat dan memeriahkan dengan menyertai sambutan kali ini dengan penuh rasa bangga serta menghayati makna Jiwa Merdeka.
* Penyertaan melalui unit / jabatan
* Mempunyai tema Hari Malaysia dan kemerdekaan
* Tarikh tutup penyertaan ialah pada 7 September 2024

*Untuk pendaftaran dan penyertaan, sila hubungi PPP Faiz Klinik Pakar

06/08/2024

Karnival Sukan KRIS
Dalam merealisasikan dasar kerajaan berkaitan Agenda Nasional Malaysia Sihat atau ANMS, kelab ini menerusi biro sukan & rekreasi juga telah merancang beberapa pragram sepanjang tahun 2024 berteraskan sihat dan aktif untuk warga kerja hospital. Program yang dirancang ini bertujuan memupuk warga kerja hospital kearah sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian yang menyokong hidup sihat, seterusnya dapat mengoptimumkan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada pesakit.

Sukan kali ini bertemakan Sukan Rakyat Merdeka sempena bulan Kemerdekaan.

Sukan ini mengetengahkan pertandingan tradisional seperti menarik upih, tarik tali, lari dalam guni, isi air dalam botol, tuju tin, dan cari coklat dalam tepung.

πŸ“† 17 Ogos 2024, Sabtu
πŸ•“ 8 pagi
πŸ“ Padang Hospital Sultanah Maliha

Dijemput semua warga kerja Hospital Sultanah Maliha yang kelapangan. Semoga kehadiran semua dapat memeriahkan lagi karnival ini.

26/07/2024

Double strike πŸ‰

25/07/2024
24/05/2024

PAYDAY CARNIVAL !!

Pelbagai jenis makanan, minuman & pakaian yang akan dijual di perkarangan Lobi Hospital Sultanah Maliha.

Makanan yang sedap membawa suasana hati yang luar biasa !
Apa lagi Jom Pakat Mai ramai-ramai meriahkan Payday Carnival

πŸ“† 26 Mei 2024, Ahad
πŸ•“ 9.00 pagi - 3.00 petang
πŸ“ Lobi Hospital Sultanah Maliha

08/04/2024

Berbaki 1 hari sahaja lagi, sebelum Ramadhan meninggalkan kita semua. Semoga segala amalan dan ibadat yang kita lakukan sepanjang bulan suci ini diterima dan diredhai Allah S.W.T.

Kini, menghitung detik tibanya Syawal, hari yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam diseluruh negara bagi merayakannya selepas sebulan berpuasa.

Kata Al-Ghazali :
yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL,SOLEH
yang indah itu SALING MEMAAFKAN

Dikesempatan ini, Kelab Rekreasi, Iktisad & Sukan Hospital Sultanah Maliha ingin mengucapakan, Selamat Hari Raya Adilfitri Maaf Zahir & Batin, Semoga Syawal ini lebih bererti, membawa kedamaian dan kebahagiaan, serta memperkuat ikatan kasih antara kita semua.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Langkawi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


HOSPITAL SULTANAH MALIHA
Langkawi
07000