27/07/2024
π£ππ‘πππ‘ππππ‘ π¦ππ‘π π¦ππππ§ πͺππ§ππ₯ 99
Seni Silat Witir 99 mempraktikkan Seni Petir Siku 12 dan Seni Silat Gayung Betawi yang diajarkan oleh Almarhum Pakteh Razali.
Awalnya Almarhum Pakteh Razali belajar Seni Petir Siku 12 daripada guru beliau Almarhum Pak Hasyim Kerbau yang merupakan murid Almarhum Syeikh Ghulam Meah atau lebih dikenali sebagai Mamu Dada pengasas Siku 12.
Almarhum kemudian diarahkan oleh Pak Hasyim Kerbau melanjutkan pembelajaran kepada seorang sahabat beliau iaitu Haji Rawi. Dibawah didikan Haji Rawi, Almarhum diajarkan Seni Silat Gayung Betawi Gunung.
Almarhum semasa hayatnya telah mengajar seni ini dengan membawa seiring Seni Petir Siku 12 dan Seni Silat Gayung Betawi.
Kini warisan ilmu tersebut diteruskan oleh murid-muridnya di Langkawi dengan harapan berpanjangan pahala buat Almarhum guru dan para gurunya.