Majlis Sukan Negeri Melaka

Call Directions Contact the business

Majlis Sukan Negeri Melaka Memaparkan aktiviti dan info Majlis Sukan Negeri Melaka

๐Ÿ†๐Ÿ”ฅ PERTANDINGAN KONDA KONDI โ€“ JOM SERLAHKAN SEMANGAT TRADISI! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ†Sempena Le Tour de Langkawi 2026 | Peringkat 7 Melaka โ€“ ...
22/09/2026

๐Ÿ†๐Ÿ”ฅ PERTANDINGAN KONDA KONDI โ€“ JOM SERLAHKAN SEMANGAT TRADISI! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ†

Sempena Le Tour de Langkawi 2026 | Peringkat 7 Melaka โ€“ Batu Pahat, ayuh sertai Pertandingan Konda Kondi dan hidupkan kembali permainan tradisional yang penuh cabaran, kemahiran dan keseronokan! ๐Ÿ’ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“… Tarikh: 3 Oktober 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 8.00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Hadapan Muzium Istana Kesultanan Melaka, Bandar Hilir, Melaka

๐Ÿ’ฐ Yuran Penyertaan: RM20.00
๐Ÿ† Johan: RM800
๐Ÿฅˆ Naib Johan: RM500
๐Ÿฅ‰ Ketiga: RM250
๐Ÿ… Kelima hingga Kelapan: RM100

๐Ÿ“ฒ Jangan lepaskan peluang! Imbas QR Code pada poster untuk pendaftaran.

๐Ÿ“Œ Tarikh tutup penyertaan: 1 Oktober 2026

โ˜Ž๏ธ Sebarang pertanyaan:
013-304 4626 (En. Asri)
016-678 3408 (En. Hazziq)

Jom turun padang, cabar rakan-rakan dan raikan warisan permainan tradisional kita! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ”ฅ

VP Shanmugam
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Kerajaan Negeri Melaka








***t

๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐’๐„๐๐“๐ˆ๐€๐’๐€ ๐Š๐Ž๐Œ๐ˆ๐“๐„๐ƒ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐๐„๐๐‚๐€๐Š ๐’๐ˆ๐‹๐€๐“MELAKA, 15 SEPTEMBER 2026 โ€“ Majlis Sukan Negeri Mel...
15/09/2026

๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐’๐„๐๐“๐ˆ๐€๐’๐€ ๐Š๐Ž๐Œ๐ˆ๐“๐„๐ƒ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐๐„๐๐‚๐€๐Š ๐’๐ˆ๐‹๐€๐“

MELAKA, 15 SEPTEMBER 2026 โ€“ Majlis Sukan Negeri Melaka (MSN Melaka) ingin memberi penjelasan berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh YDP Persekutuan Silat Negeri Melaka (PESAKA Melaka) berkaitan sokongan dan bantuan kewangan terhadap pembangunan Sukan Pencak Silat.

MSN Melaka menegaskan bahawa dakwaan Kerajaan Negeri Melaka dan MSN Melaka tidak memberikan perhatian, sokongan serta bantuan kewangan kepada pembangunan Sukan Pencak Silat adalah tidak tepat dan tidak berasas.

Sukan Pencak Silat merupakan antara salah satu daripada dua sukan (Sepak Takraw dan Pencak Silat) yang diberi perhatian dan keutamaan melalui Program Pembangunan Khas Negeri Melaka merangkumi aspek latihan, kejohanan dan fasiliti latihan.

Bagi tahun 2026, Kerajaan Negeri Melaka telah memperuntukkan sebanyak RM4.7 juta sebagai bajet khas bagi persiapan Kontinjen SUKMA Negeri Melaka, termasuk sokongan dan bantuan kepada persatuan serta atlet dalam menghadapi temasya sukan ini.

Khusus bagi pasukan Pencak Silat, jumlah keseluruhan peruntukan yang disalurkan melalui bantuan Kerajaan Negeri Melaka serta sumbangan Jabatan Angkat adalah sebanyak RM174,734.00. Peruntukan ini merupakan salah satu bentuk komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh pembangunan sukan Pencak Silat serta membantu atlet dan pasukan mencapai prestasi yang lebih cemerlang.

Antara peruntukan dan bantuan yang disalurkan adalah:

โ€ข Program Pembangunan Sukan (Januariโ€“Julai 2026) โ€“ RM109,500.00, meliputi elaun seorang Ketua Jurulatih Sepenuh Masa dan empat Jurulatih Separuh Masa yang dipersetujui PESAKA Melaka, elaun atlet, latihan, penyertaan dan penganjuran kejohanan serta peralatan latihan adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka.

โ€ข Pengurusan dan Logistik SUKMA XXII Selangor 2026 โ€“ RM21,734.00, meliputi penginapan, makanan dan pengangkutan atlet serta pegawai.

โ€ข Sumbangan Bapa dan Jabatan Angkat โ€“ RM13,000.00, masing-masing daripada Kumpulan Melaka Berhad (RM10,000.00) dan Jabatan Kerja Raya Melaka (RM3,000.00).

โ€ข Insentif Kemenangan SUKMA XXII โ€“ RM30,500.00, susulan pencapaian skuad Pencak Silat yang meraih 4 pingat Emas, 3 Perak dan 1 Gangsa, sekali gus menjadi penyumbang pingat kedua tertinggi kontinjen Melaka.

Berhubung isu kehadiran Chief de Mission (CDM) di venue pertandingan, MSN Melaka menjelaskan bahawa CDM bertanggungjawab memantau keseluruhan kontinjen Melaka yang melibatkan 36 jenis sukan. Pemantauan dan sokongan kepada atlet Pencak Silat turut dilaksanakan melalui kehadiran CDM PARA SUKMA, Pengarah MSN Melaka serta pegawai-pegawai bertugas sepanjang kejohanan.

MSN Melaka menegaskan bahawa sokongan terhadap Sukan Pencak Silat bukan sekadar berdasarkan kehadiran pegawai di venue, sebaliknya turut meliputi peruntukan pembangunan, latihan, kebajikan atlet, penyertaan pertandingan dan penghargaan terhadap pencapaian atlet.

MSN Melaka kekal komited untuk terus bekerjasama dengan PESAKA Melaka dalam memperkukuh pembangunan Sukan Pencak Silat serta memastikan sukan ini terus cemerlang di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

YB DATUK P SHANMUGAM A/L V. PITCHAY
EXCO BELIA, SUKAN DAN NGO
15 September 2026 (Selasa)

Ab Rauf Yusoh
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Kerajaan Negeri Melaka
Majlis Sukan Negeri Melaka

PARA SUKMA SELANGOR 2026MAJLIS PENUTUP TEAM MELAKA ๐ŸŽ‰๐Ÿ”ฅTirai Para SUKMA Selangor 2026 melabuhkan tirainya dengan Majlis Pe...
10/09/2026

PARA SUKMA SELANGOR 2026

MAJLIS PENUTUP TEAM MELAKA ๐ŸŽ‰๐Ÿ”ฅ

Tirai Para SUKMA Selangor 2026 melabuhkan tirainya dengan Majlis Penutup yang penuh bermakna, sekali gus menandakan berakhirnya perjuangan barisan atlet, jurulatih dan pegawai Team Melaka sepanjang temasya berlangsung.

Segala usaha, pengorbanan, disiplin dan semangat juang yang ditampilkan sepanjang saingan menjadi bukti komitmen tinggi kontinjen Melaka dalam membawa nama negeri di pentas Para SUKMA.

Tahniah dan syabas kepada seluruh Team Melaka atas perjuangan serta pencapaian yang membanggakan sepanjang temasya ini. Terima kasih kerana terus memberikan yang terbaik hingga ke penghujung saingan! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ






***t

PARA SUKMA SELANGOR 2026MELAKA IN ACTION โ€” 10 SEPTEMBER 2026 ๐Ÿ”ฅKontinjen Melaka meneruskan cabaran di Para SUKMA Selangor...
09/09/2026

PARA SUKMA SELANGOR 2026

MELAKA IN ACTION โ€” 10 SEPTEMBER 2026 ๐Ÿ”ฅ

Kontinjen Melaka meneruskan cabaran di Para SUKMA Selangor 2026 dengan beberapa acara penting berlangsung hari ini melibatkan Para Ping Pong, Para Badminton, Para Renang, Para Memanah dan Para Tenpin Boling.

Barisan atlet Melaka turun dengan satu tekad โ€” memberikan aksi terbaik, memburu keputusan cemerlang serta terus menambah kejayaan buat kontinjen dalam setiap saingan yang disertai.

Ayuh terus beri sokongan kepada semua atlet Melaka yang berjuang hari ini. Kekalkan fokus, semangat dan terus berikan yang terbaik hingga ke penghujung saingan! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ






***t

PARA SUKMA SELANGOR 2026AKSI PARA RENANG MELAKA ๐ŸŠโ€โ™‚๏ธ๐ŸŠโ€โ™€๏ธ๐Ÿ”ฅBarisan atlet Para Renang Melaka terus mempamerkan aksi penuh f...
09/09/2026

PARA SUKMA SELANGOR 2026

AKSI PARA RENANG MELAKA ๐ŸŠโ€โ™‚๏ธ๐ŸŠโ€โ™€๏ธ๐Ÿ”ฅ

Barisan atlet Para Renang Melaka terus mempamerkan aksi penuh fokus, kekuatan dan semangat juang tinggi dalam setiap acara yang disertai di Para SUKMA Selangor 2026.

Setiap kayuhan menjadi bukti usaha, disiplin dan ketahanan para atlet dalam memburu catatan terbaik serta membawa cabaran Melaka di pentas temasya.

Teruskan momentum, kekalkan semangat dan berikan yang terbaik hingga ke sentuhan terakhir! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ






***t

PARA SUKMA SELANGOR 2026AKSI PARA OLAHRAGA MELAKA ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿ”ฅBarisan atlet Para Olahraga Melaka terus mempamerkan aksi pen...
09/09/2026

PARA SUKMA SELANGOR 2026

AKSI PARA OLAHRAGA MELAKA ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿ”ฅ

Barisan atlet Para Olahraga Melaka terus mempamerkan aksi penuh semangat, fokus dan ketahanan dalam setiap acara yang disertai di Para SUKMA Selangor 2026.

Daripada acara balapan hingga padang, setiap atlet turun dengan tekad tinggi untuk memberikan yang terbaik, memburu catatan cemerlang dan terus membawa nama Melaka di pentas temasya.

Teruskan perjuangan, kekalkan momentum dan berikan segala-galanya hingga ke penghujung saingan! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ






***t

PARA SUKMA SELANGOR 2026AKSI PARA BOLING MELAKA ๐ŸŽณ๐Ÿ”ฅBarisan atlet Para Boling Melaka terus mempamerkan aksi penuh fokus, k...
09/09/2026

PARA SUKMA SELANGOR 2026

AKSI PARA BOLING MELAKA ๐ŸŽณ๐Ÿ”ฅ

Barisan atlet Para Boling Melaka terus mempamerkan aksi penuh fokus, ketepatan dan konsistensi dalam setiap balingan di Para SUKMA Selangor 2026.

Setiap frame menjadi ruang untuk memburu mata terbaik, mengawal rentak permainan serta membuktikan keupayaan dalam membawa cabaran Melaka di pentas temasya.

Teruskan fokus, kekalkan momentum dan berikan yang terbaik hingga ke balingan terakhir! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ






***t

๐Ÿ† ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Œ๐€๐‡๐€๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐€๐๐€๐Š ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ†Majlis Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Tabung Amanah Pendidikan Negeri ...
09/09/2026

๐Ÿ† ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Œ๐€๐‡๐€๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐€๐๐€๐Š ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ†

Majlis Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) sukacitanya mempelawa seluruh mahasiswa dan anak Melaka untuk bersama-sama memeriahkan Program Sukan Mahasiswa Anak Melaka 2026 sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Tanjung Bidara.

๐Ÿ“… 13 September 2026 (Ahad)
โฐ 8.00 pagi
๐Ÿ“ Stadium Mini Jeram

Pelbagai acara sukan menarik disediakan, antaranya:
โšฝ Bola Sepak 9 Sebelah
๐Ÿ Bola Jaring
๐Ÿ Bola Tampar Lelaki
๐Ÿธ Badminton
๐ŸŽฎ Esport MLBB
โšฝ Futsal Lelaki
๐ŸŽฑ Karom
๐Ÿฅ‹ Sepak Takraw
๐ŸŽฏ Sukaneka

Jom warga mahasiswa dan anak Melaka! Aktif bersukan, eratkan silaturahim dan semarakkan budaya hidup sihat. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

โค๏ธ๐Ÿ’™ Melaka Sayang Mahasiswa
โค๏ธ๐Ÿ’™ Sukan Budak U Melaka

Ab Rauf Yusoh
VP Shanmugam
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Kerajaan Negeri Melaka

***t

PARA SUKMA SELANGOR 2026PERAK BUAT MELAKA! ๐Ÿฅˆ๐Ÿ”ฅMohammad Zikri bin Zakaria berjaya meraih pingat perak menerusi acara Olahr...
09/09/2026

PARA SUKMA SELANGOR 2026

PERAK BUAT MELAKA! ๐Ÿฅˆ๐Ÿ”ฅ

Mohammad Zikri bin Zakaria berjaya meraih pingat perak menerusi acara Olahraga Lempar Cakera F54/F55 Lelaki di Para SUKMA Selangor 2026.

Dengan aksi penuh fokus, kekuatan dan semangat juang tinggi, beliau berjaya menamatkan saingan di kedudukan podium sekali gus menyumbang satu lagi pingat buat kontinjen Melaka.

Tahniah Mohammad Zikri bin Zakaria atas pencapaian membanggakan ini. Teruskan perjuangan dan terus harumkan nama Melaka! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ






***t

PARA SUKMA SELANGOR 2026AKSI PARA BADMINTON MELAKA ๐Ÿธ๐Ÿ”ฅBarisan atlet Para Badminton Melaka terus mempamerkan aksi penuh fo...
09/09/2026

PARA SUKMA SELANGOR 2026

AKSI PARA BADMINTON MELAKA ๐Ÿธ๐Ÿ”ฅ

Barisan atlet Para Badminton Melaka terus mempamerkan aksi penuh fokus, ketangkasan dan semangat juang tinggi dalam setiap perlawanan di Para SUKMA Selangor 2026.

Setiap pukulan, pergerakan dan mata yang diperjuangkan menjadi bukti kesungguhan para atlet dalam membawa cabaran Melaka serta memburu keputusan terbaik di pentas temasya.

Teruskan perjuangan, kekalkan momentum dan berikan yang terbaik hingga ke penghujung saingan! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ






***t

Address

MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA Jalan Lawn Bowls, Kompleks Sukan Hang Jebat, Krubong, Melaka
Malacca City
75260

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

063363103

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Sukan Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Majlis Sukan Negeri Melaka:

Share