26/08/2026
MNCF Introduces New BMX Racing Super League to replace YSD's series.
SUKAN BERBASIKAL DI PERSADA DUNIA...
26/08/2026
MNCF Introduces New BMX Racing Super League to replace YSD's series.
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Komisar Geoff Kronenburg.
PKBM amat berdukacita atas kehilangan seorang komisar yang telah menjadi sebahagian daripada ekosistem dan perkembangan sukan berbasikal. Sumbangan, dedikasi dan komitmen Allahyarham dalam menjalankan tugas sebagai komisar amat dihargai dan akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga berbasikal Malaysia.
Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada PKBM, malah kepada komuniti dan keluarga besar sukan berbasikal.
PKBM mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan insan-insan yang rapat dengan Allahyarham. Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang sukar ini.
Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, diampunkan segala dosa dan dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
**Al-Fatihah.**
16/06/2026
PKBM terus memperkukuhkan hubungan baik bersama Korea Cycling Federation melalui kerjasama strategik dalam pembangunan kejurulatihan dan atlet berbasikal negara. Inisiatif ini turut mendapat sokongan dan kerjasama SAC Mohd Zairi Bin Badderul selaku Pengerusi Biro Kejurulatihan dan DSP Ezral Ezwani Bin Ab Malik dalam usaha meningkatkan tahap kompetensi jurulatih dan prestasi atlet ke peringkat yang lebih tinggi.
UCI/WCC Road Training Camp
16 Jun – 28 Jun 2026
Coach: Zamri Salleh (TSG)
Coach: Amirul Anuar Jafri (PDRM)
Athlete: Muhammad Hakimi Edy Sunarko (Perlis)
Semoga program ini memberi pendedahan, pengalaman dan manfaat yang besar kepada semua peserta serta membawa pulang ilmu yang dapat menyumbang kepada pembangunan sukan berbasikal Malaysia.
04/06/2026
🇲🇾 Ayuh kita beri sokongan kepada wakil cilik negara!
Seramai 4 pelumba muda akan membawa cabaran Malaysia ke Asian Balance Bike 2026 di Bangkok, Thailand pada 6–7 Jun 2026.
Kami di PKBM mendoakan kejayaan buat mereka dalam mengharumkan nama Malaysia 💪
One Team • One Dream • One Malaysia
08/03/2026
The Malaysian National Cycling Federation extends its heartiest congratulations to Malaysia’s track cycling icon, Azizulhasni Awang, for his outstanding achievement in winning the Gold Medal in the Men’s Sprint event at the UCI Track World Cup (Round 1) held yesterday in Perth, Australia.
This remarkable victory once again reflects his unwavering determination, exceptional dedication, and world-class talent. Despite taking nearly a year away from competition, his fighting spirit and champion’s mentality have clearly never faded.
Your success continues to inspire the cycling community and the entire nation. Malaysia is proud of you.
Congratulations and well done, Azizulhasni! 🇲🇾🥇🚴♂️
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, atas kejayaan cemerlang memenangi Pingat Emas acara Pecut di UCI Track World Cup (Pusingan 1) yang berlangsung semalam di Perth, Australia.
Kejayaan ini sekali lagi membuktikan keazaman, dedikasi serta semangat juang luar biasa beliau. Walaupun telah berehat hampir setahun daripada pertandingan, semangat juang seorang juara dalam diri beliau jelas tidak pernah pudar.
Pencapaian ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa, malah menjadi inspirasi kepada seluruh komuniti berbasikal negara.
Tahniah dan syabas, Azizulhasni! Malaysia bangga dengan anda. 🇲🇾🥇🚴♂️
18/12/2025
A glimpse of the laughter, connection, and teamwork celebrated during MNCF Dinner & Appreciation Night last October. Grateful for the people behind every achievement.
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |