Kurodai Fishing

Kurodai Fishing

Share

We are passionate anglers that blend engineering skills, arts, and science into effective lures!

“Kurodai Killer”

“Skill, Craft & Passion”

書道 shodō is an art concept where it being allowed to naturally flows into our finishing and designs. To be radical in jig design is our niche in producing wanted product on shelf. Our specialists in fine art are working hard in transcending it to the surface of the jig, mimicking the real life fish in reef or open water. Creating perfect color contour o

31/08/2026

Merdeka.. Merdeka.. Merdeka
WE ❤️ MALAYSIA!

28/08/2026

Kurodai Fishing Mart, Klebang beroperasi seperti biasa hari ini (2petang - 9malam walaupun keadaan sibuk di Klebang dan jalan ditutup untuk persediaan sambutan Hari Kebangsaan.

Kami akan update sekiranya mendapat maklumat berkenaan laluan dan kawasan parking dari pihak yang berkenaan.

Terima kasih.

Photos from Kurodai Fishing's post 20/08/2026

Hello geng! Jig Kurodai Contact kami dah restock geng. Boleh dapatkan sekarang di kedai oren dan kedai TT hitam kami.

Orait geng.. Selamat mancing geng!

Photos from Kurodai Fishing's post 19/08/2026

Salam guru.. Salam guru2 pancing! Hari ni secara official kami release Kurodai Destroyer Series-2. Design terbaru untuk profile Destroyer.

Kalau Korang tengah cari jig yang playful dalam air, senang control dan nampak lazat di mata pemangsa.. Destroyer Series-2 mungkin jawapannya.

Pelagic, demersal.. dua2 on.. Kalau korang memang kakiyy slowjigging, apa kata korang try jig ni. Ada 5 berat.. 90g, 110g, 150g, 185g dan 235g.

Buat masa sekarang stock yang available hanya untuk 150g. Untuk berat yang lain, tunggu j*p, kami tengah bikin.

Seperti biasa, Destroyer Series-2 kini boleh didapati di kedai oren dan kedai TT hitam kami.

Orait guru.. Selamat memancing guru! Moga ada manis manisss!

Photos from Kurodai Fishing's post 18/08/2026

Kelanang, sorotan trip ujian yang menguji mental dan fizikal.

Bulan lepas Kurodai Fishing telah berjaya selesaikan misi trip ujian lapangan untuk design terbaru jig kami dari profile Destroyer. Abang Long Fazer Mohd Katan, tekong berpengalaman besar di Kelanang menjadi tulang belakang untuk trip kali ini dengan ahli trip Din Pomen, Paklang Rey, Dauz, Jemek dan Ayie.

Trip ini agak mencabar atas beberapa faktor. Angin selatan yang bertiup laju umpama kipas siling berkelajuan 5 serta alun yang membuai melambatkan sedikit perjalanan ke spot2 utama. Namun dengan pengalaman dan kemahiran, semuanya dapat dikawal dengan baik oleh tekong.. boat drift masuk ke spot dengan sempurna.

Paklang Rey membuka tirai untuk trip ini. Pertarungan yang sengit.. ada yang meneka boron, ada juga meneka jenahak tua hingga lah kelibat ibu gelama atau temerih muncul di permukaan air menyerah diri. Motivasi kami mencanak kerana design baru pertama dah mengena. Namun, babak untuk first half kurang garang, banyak diisi dengan scene percukaian jig. Serangan2 kasar yang berakhir dengan karauan ringan akibat leader yang dipotong penghuni dasar membibitkan rasa geram. Sehingga lah..

Ketika suasana yang agak senyap, semua jigger fokus, komited mengayun rod menarikan jig memujuk penghuni dasar.. Dauz tiba2 menerima satu serangan kasar, satu hentaman yang memecah keheningan. Dauz yang sudah bersedia terus membalas serangan. Satu perlawanan panjang. Penyerang enggan menyerah mudah. Dari tepi bot membawa ke hadapan. Tarik dan karau.. adegan tali masuk dan keluar spool yang berulang-ulang, berminit-minit. Hinggalah semuanya dapat dikawal baik oleh Dauz dan akhirnya.. Tenggiri gila seberat 11.2kg berjaya didaratkan. Kami percaya geng gila ni masih banyak di bawah, tetapi Kapla nya dah kami tawan. Adegan percukaian semakin berkurang.

Rupanya adegan giri gila adalah permulaan kepada kegilaan yang lain. Giliran gerepoh atau GT p**a memberi serangan. Giliran Din Pomen p**a diasak. Entah berapa ekor GT yang dia dah tarik. Semua yang bersize mega. Belum pernah kami dengar Din Pomen mengeluh, kali ini terpacul juga dari mulut beliau "letih oi mancing.."

Adegan tarik menarik pelagic bereterusan besilih ganti hingga ke petang. Kali ini diserikan lagi dengan demersal bersize A tatkala angin dan arus adakala sedikit jinak menghampiri penghujung masa perlawanan. Ayie dengan kerapu, Din Pomen dan Jemek dengan jenahak. Skipper memainkan peranan dengan begitu baik. Boleh kata setiap drift pasti ada yang menyambut. Hanya lekat atau tidak menjadi penentu. Hampir semua design yang kami bawa dah ada keputusannya. Paklang Rey yang membuka tirai, juga menjadi jigger penutup tirai trip ini dengan GT terakhir.

Perjalanan p**ang kami terasa begitu jauh kerana alun tetap garang membadai. Namun dengan pengalaman dan kemahiran Abang Long Fazer selaku skipper mengemudi bot, Alhamdulillah akhirnya kami selamat p**ang ke jeti di Kampung Kelanang sekitar jam 8:00 malam. Terima kasih Abang Long untuk trip kali ni!

Trip lapangan terbaru kami ini adalah usaha berterusan kami untuk mereka bentuk dan menguji jig yang mampu mencipta momen yang tidak dapat dilupakan buat para pemancing. Tenggiri gorgon gila menjadi peringatan mengapa kami tidak akan berhenti berinovasi kerana gorgon2 ini bakal menjadi momen buat anda p**a.

Nantikan kemunculan design2 terbaru dari Kurodai Fishing. Series baru Kurodai Destroyer akan berada di pasaran bermula esok.

Photos from Kurodai Fishing's post 14/08/2026

Hello geng.. Jig Destroyer dan Contact kami dah restock di kedai orange (sh0p33) dan kedai TT Kurodai Fishing..

Dapatkan sekarang geng!

13/08/2026

3 Fasa Fighting Dalam Slowpitch Jigging.

07/07/2026

Untuk customer yang datang Kurodai Fishing Mart hari ini Selasa, 7/7/2026 & beli rod jigging Feed.. Mohon untuk datang semula ke kedai kerana beg rod tertinggal.

05/06/2026

Kami gerak dulu geng!
Jumpa esok dna lusa di KL Fishing Expo

05/06/2026

KL Fishing Expo!! Jom semua kita meriahkan event untuk kaki2 pancing! Boleh dapat lucky draw lagi. Banyak lucky draw yang baik2 tahun ni. Nak belajar mancing, nak cari barang pancing, nak beramah mesra dengan kaki pancing.. Ini lah tempat nya! Datang geng jangan tak datang. Jumpa anda esok dan lusa!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Malacca City?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


11, 11-1, 11-2, Jalan KU2, Taman Klebang Utama
Malacca City
75200

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00