Apa kabau semua!
Kami akan manjalankan kerja-kerja membaik pulih kolam dalam masa terdekat.
Kolam akan beroperasi semula apabila semua selesai.
Pusat Memancing Sungai Buluh
Pusat memancing ikan air tawar yang di kelilingi suasana alam semula jadi serta spesis ikan yang hebat terutama dari jenis ikan bersisik untuk pemancing
08/11/2018
Pemerhati kolam mancing ni... Jgn main-main.
07/11/2018
Macam-macam ada...
06/11/2018
Air yg tenang utk ikan yg cergas! Jom mancing malam-malam...
3_Rekabentuk Kolam Memancing Yg Baik
1. Mesti ada sumber air masuk yg bersih dan paip mesti tergantung tinggi dari permukaan air dan saliran air keluar yg baik. Nampak mcm biasa tp amat penting utk kualiti air. Perkara ini yg menentukan kadar kandungan oksigen dlm air sentiasa stabil.
2. Saiz kolam mesti cukup besar. Jika kolam terlalu kecil, ikan dari kategori yg bersisik mungkin akan tertekan. Bila perkara seperti ini berlaku, maka ikan tidak akan memakan umpan. Ditambah lagi kuantiti yg boleh dimuatkan dalam satu masa adalah terhad atau dgn kata lain dalam kuantiti yg sedikit.
3. Pastikan kedalamam kolam mampu mencecah 5 kaki atas sewaktu dipenuhi air! Ikan-ikan yg hebat tidak s**a pada paras kedalaman yg cetek,lingkat atau tidak dalam. Ini adalah kerana, cahaya matahari tidak mampu utk memanaskan air sehingga kedasar. Maka paras paling dalam akan sentiasa sejuk dan ikan dapat berenang dan bernafas dengan selesa. Manakala kepanasan air hanya mungkin mampu berada sehingga dipertengahan kedalam air tersebut yg tidak memberi sebarang kesan kepada ikan.
05/04/2016
Selain nama ikan bawal, ia juga dikenali sebagai ikan selipar!
04/04/2016
Rm??
03/04/2016
Shimano yg menawan!
Photo credit to fishmalaysia.com
5 cara mengenali lubuk ikan di Kolam Memancing.
Mengenali lubuk ikan di kolam memancing adalah suatu perkara yg penting. Walaupun agak s**ar untuk dikenal pasti, tetapi ia masih boleh dikenali. Jika lubuk ini dpt dikenal pasti. Sudah pasti hasil yg di kail nnt adalah sgt. berbaloi jika dibandingkan dgn bayaran yg dikenakan. Jom kita baca tip-tip tersebut...
1. Lihat di mana ikan sentiasa berlegar dgn mengenalpasti apabila ikan tersebut bernafas dia udara. Perkara ini boleh dilihat dgn jelas pada waktu pagi kerana ikan-ikan ini akan bermain di sekitar kawasan lubuk tersebut. Ia akan berlekup berkali-kali.
2. Kenal pasti kedalaman kolam tersebut. Kebiasaanya ikan akan berada di kawasan permukaan yg lebih dalam. Jika permukaan kolam lebih condong ke kiri maka lebihkan ke kiri. Jika permukaan kolam lebih condong ke kanan maka lebihkan kekanan.
3. Ketahui lubuk ikan dgn tepat. Bagaimana utk mengetahui lubuk ini dgn tepat? Caranya adalah dengan turun kedalam kolam tersebut dan cari lubuk yg bulat yg dibina oleh ikan-ikan tersebut. Susah dan bahayakan, maka kena pandai-pandai untuk melakukan perkara ini.
4. Jika kolam tersebut menjalankan pembersihan, luangkan sedikit masa untuk melawat kolam tersebut. Kebiasaanya kolam tersebut akan dikeringkan, dan pada masa ini kita boleh melihat dengan jelas lubuk-lubuk ikan ini. Apabila kolam tersebut kembali beroperasi semula. Kita sudah tentu tahu dimana umpam tersebut perlu dilepaskan.
5. Cara yg kelima ini adalah cara yg paling mudah tetapi sering diabaikan oleh para pemancing utk mengenali lubuk ikan ini. Caranya adalah bertanya kepada tuan punya kolam, dimana lubuk ikan tersebut. Sudah tentu dia tahu!
Jom Memancing!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kg. Ulu Sungai Buluh, Alor Gajah
Malacca City
78000