09/10/2026
“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Team Pahang yang telah bersama-sama memberikan sokongan, semangat dan komitmen luar biasa sepanjang perjalanan ke Mr. Malaysia 2026 di Alor Setar, Kedah.
Terima kasih khas buat Master Raymond Teng atas tunjuk ajar dan bimbingan, Pengerusi Amie Hassan, SU/Team Manager Han Imm atas segala urusan dan pengorbanan, serta atlet Team Pahang — Hanif, Hafiz, Jit & Izzat — yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat sebagai satu pasukan.
Tidak dilupakan insan paling penting di belakang perjalanan saya — isteri tercinta, Rosnani Binti Ismail. ❤️
Terima kasih kerana menjadi tulang belakang saya selama ini. Terima kasih kerana banyak membantu, menjaga anak-anak, menguruskan segala urusan keluarga dan memberi saya ruang untuk fokus mengejar impian ini. Banyak pengorbanan yang mungkin orang lain tidak nampak, tetapi saya tahu dan saya sangat menghargainya. Tanpa sokongan dan pengorbanan awak, perjalanan ini pasti tidak sama.
Menang atau kalah bukan ukuran utama. Yang paling bermakna ialah perjalanan, pengorbanan, persahabatan, pengalaman dan semangat yang kita bina bersama.
Kepada semua yang telah berada di sisi saya sepanjang perjalanan ini, terima kasih dari hati saya. Kita datang sebagai satu team, kita berjuang sebagai satu team, dan kita pulang membawa kenangan yang akan kekal selamanya. 🏆❤️
TEAM PAHANG — SATU HATI, SATU SEMANGAT, SATU KELUARGA! 💪🔥
Terima kasih semua. 🙏❤️”