25/10/2026
UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
KEJOHANAN BOLASEPAK BAWAH 14 TAHUN, PIALA GELANGGI FC 2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Bagi pihak Pengurusan Gelanggi FC, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, sumbangan serta kerjasama dalam menjayakan Kejohanan Bolasepak Bawah 14 Tahun, Piala Gelanggi FC 2026.
Penghargaan khusus ditujukan kepada:
1. PERASMIAN
* YBhg. Mohd Izzat Illzam, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.
* YBhg. Mohd Fadli, Ketua Peneroka FELDA Kota Gelanggi 2.
2. PENYUMBANG
* YB Ir. Ts. Haji Khairil Nizam, Ahli Parlimen Jerantut.
* Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) Wilayah Jengka.
* Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.
* Masjid At-Taqwa FELDA Kota Gelanggi 2 & 4.
* JKKR FELDA Kota Gelanggi 2.
3. PENAJA
* SigmaWolf Photography.
* Tok Gajah Sport.
Pihak pengurusan turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kelancaran kejohanan ini.
Segala sumbangan, sokongan dan kerjasama yang diberikan amat kami hargai. Komitmen semua pihak bukan sahaja membantu menjayakan penganjuran kejohanan ini, malah turut menyumbang kepada usaha mengembangkan bakat sukan bola sepak dalam kalangan generasi muda, memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam komuniti setempat.
Semoga segala jasa baik dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran yang sewajarnya serta diberkati Allah SWT. Diharapkan kerjasama dan sokongan seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi pembangunan sukan dan kecemerlangan generasi muda.
Sekali lagi, setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih daripada kami, Pengurusan Gelanggi FC, kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan kejohanan ini.
Sekian, terima kasih.
PENGURUSAN GELANGGI FC
KEJOHANAN BOLASEPAK BAWAH 14 TAHUN, PIALA GELANGGI FC 2026