Nor Farhan Football Academy - NFFA

Directions Contact the business

Nor Farhan Football Academy - NFFA NOR FARHAN FOOTBALL ACADEMY

πŸ… Grassroots Football Development
πŸ‘¦ U6 | U8 | U10 | U12 | U14 | U16

Mencungkil bakat. Membina karakter.

Melahirkan pemain masa depan. The Beginnings To Be A Legend!

πŸ† 3 MATA BERHARGA BUAT NFFA U16! πŸ”₯Alhamdulillah, tamat perlawanan Liga Suparimau U16 2026 hari ini dengan keputusan:⚽ NF...
03/10/2026

πŸ† 3 MATA BERHARGA BUAT NFFA U16! πŸ”₯

Alhamdulillah, tamat perlawanan Liga Suparimau U16 2026 hari ini dengan keputusan:

⚽ NFFA U16 3–0 ADHA JR

πŸ₯… Penjaring gol:
⚽ Adam ’18, ’39
⚽ Ashraff ’10

Tahniah buat semua pemain dan barisan kejurulatihan serta ibu bapa atas komitmen dan usaha sepanjang perlawanan.

Teruskan usaha, teruskan berjuang! πŸ’ͺπŸ”₯

πŸ”₯ MATCHDAY NFFA U16! πŸ”₯Hari ini, NFFA U16 kembali turun beraksi dalam saingan Liga Suparimau Boost! ⚽πŸ’ͺπŸ†š NFFA U16 vs ADHA ...
03/10/2026

πŸ”₯ MATCHDAY NFFA U16! πŸ”₯

Hari ini, NFFA U16 kembali turun beraksi dalam saingan Liga Suparimau Boost! ⚽πŸ’ͺ

πŸ†š NFFA U16 vs ADHA JR
πŸ“… 3 Oktober 2026
⏰ 6.00 Petang
πŸ“ UniSPORT ARENA

Ayuh beri sokongan dan semangat kepada anak-anak NFFA U16! πŸ’™πŸ”₯

Setiap perlawanan adalah peluang untuk belajar, berjuang dan memberikan yang terbaik di atas padang.
Come on NFFA! Fight until the final whistle! πŸ’ͺ⚽

πŸ”₯⚽ PARENTS ALL STAR NIGHT ⚽πŸ”₯Selama ni arah anak-anak jeβ€¦β€œLari! Press! Jangan bagi bola!” πŸ˜‚Hari ni kita tengok pulak bapa...
02/10/2026

πŸ”₯⚽ PARENTS ALL STAR NIGHT ⚽πŸ”₯

Selama ni arah anak-anak je…
β€œLari! Press! Jangan bagi bola!” πŸ˜‚
Hari ni kita tengok pulak bapak-bapak dan coach bergandingan turun padang. 😎πŸ”₯

Yang selama ni berdiri tepi padang sambil bagi arahan, malam ni sendiri kena tunjuk aksi! 🀣
Boleh ke kaki ikut arahan mulut? Atau baru 10 minit dah cari minyak angin? πŸ˜‚

πŸ”΅ PARENTS ALL STAR NFFA BP
πŸ†š
🟒 PARENTS ALL STAR NFFA KD

πŸ“… 2 Oktober 2026
⏰ 8.00 malam
πŸ“ Arena Duyong Marina

Bukan sekadar perlawanan, ini peluang untuk bapak-bapak dan coach membuktikan bahawa arahan yang selalu diberi kepada anak-anak tu… boleh buat sendiri ke tidak! πŸ˜‚βš½

πŸ”₯ Malam ni anak-anak tengok bapak pulak!
Yang penting jangan cedera… esok masih kena hantar anak training. 🀣

Jom turun bagi sokongan! ⚽πŸ”₯

Alhamdulillah, telah berlangsung satu sesi perjumpaan antara NFFA bersama Encik Hamdan bin Awang, Penolong Pengarah Unit...
02/10/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung satu sesi perjumpaan antara NFFA bersama Encik Hamdan bin Awang, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, JPN Terengganu dan Encik Mohd Ridhuwan bin Rosli, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, JPN Terengganu.

Pertemuan ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuhkan jalinan kerjasama antara NFFA dan JPN Terengganu, khususnya dalam merancang serta melaksanakan program pembangunan bola sepak di peringkat sekolah. Antara perkara utama yang dibincangkan adalah konsep pelaksanaan liga, penambahbaikan hala tuju program serta penyelarasan pengurusan pertandingan secara lebih sistematik dan berstruktur.

Dalam perbincangan tersebut, pihak JPN Terengganu turut menyatakan komitmen penuh dalam membantu dari aspek penjadualan, penyelarasan dan perjalanan liga. Bagi memastikan pengurusan di peringkat akar umbi dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, satu struktur pengurusan turut dirancang untuk diwujudkan di peringkat sekolah.

Berdasarkan perancangan awal, sebanyak 6 buah sekolah akan ditetapkan bagi setiap daerah, melibatkan keseluruhan 48 pasukan. L

Perbincangan turut merangkumi aspek penyelarasan pengadil, pengurusan kos pertandingan serta penetapan kos penyertaan secara per peserta (per head), sekali gus memberikan perancangan yang lebih tersusun dari segi jadual dan pelaksanaan.

Sebagai persediaan ke arah pelaksanaan liga, NFFA dan JPN Terengganu turut merancang untuk mengadakan bengkel pengurusan dan pelaksanaan liga bagi menyelaras peranan, prosedur serta gerak kerja semua pihak yang terlibat.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat menjadi asas kepada sebuah sistem pertandingan yang lebih tersusun, konsisten dan berkesinambungan, di samping membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pengalaman pertandingan serta mengembangkan bakat bola sepak di peringkat sekolah.

Bersama membina ekosistem bola sepak sekolah yang lebih tersusun dan berdaya saing. ⚽🀝

⚽ PERLAWANAN SETERUSNYA LIGA SUPARIMAUPerjalanan NFFA diteruskan dalam Liga Suparimau! πŸ”₯πŸ“ Lokasi: UNISZA Sport Arena⏰ Be...
24/09/2026

⚽ PERLAWANAN SETERUSNYA LIGA SUPARIMAU
Perjalanan NFFA diteruskan dalam Liga Suparimau! πŸ”₯

πŸ“ Lokasi: UNISZA Sport Arena
⏰ Bermula: 8.00 pagi

Ayuh berikan sokongan kepada anak-anak NFFA yang akan turun beraksi!

Jadual Perlawanan:
πŸ”΅ NFFA U6 πŸ†š STAR CALIPH
πŸ”΅ NFFA U8 πŸ†š TUNAS LIGHTNING
πŸ”΅ NFFA U10 πŸ†š USKA
πŸ”΅ NFFA U12 πŸ†š USKA

Setiap perlawanan adalah peluang untuk belajar, berkembang dan memberikan yang terbaik. πŸ’™
Ayuh NFFA!

πŸ”₯ BERANI BERJUANG β€’ SATU PASUKAN β€’ SATU IMPIAN πŸ”₯

KUNJUNGAN HORMAT NFFA KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANUPengurusan Nor Farhan Football Academy (NFFA) telah mengada...
24/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT NFFA KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

Pengurusan Nor Farhan Football Academy (NFFA) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan berkesempatan bertemu YBrs. Encik Kamsah @ Kamal bin Mohamed, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Turut hadir, Encik Muhammad Hafiz bin Abdullah, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid (PBB), Sektor Pembangunan Murid dan Tuan Haji Mohd Zulkafli bin Jusoh, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid.

Dalam pertemuan ini, antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan hala tuju serta perancangan NFFA bersama sekolah-sekolah yang terpilih di setiap daerah di Negeri Terengganu, khususnya dalam usaha mengenal pasti dan mengembangkan bakat muda dalam bidang bola sepak.

Pihak NFFA amat menghargai sambutan baik daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu terhadap cadangan yang dikemukakan. Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu turut menyatakan penghargaan terhadap usaha NFFA dalam membantu mencungkil, membimbing dan melahirkan bakat pelajar di sekolah-sekolah seluruh daerah.

Semoga pertemuan ini menjadi satu langkah awal ke arah kerjasama yang lebih erat antara NFFA dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, seterusnya membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak muda untuk mengembangkan potensi mereka dalam bidang sukan dan pendidikan.

Bersama membina generasi muda melalui pendidikan dan sukan.








LAWATAN KUNJUNG HORMAT KE SMK SULTAN MANSOR, KUALA TERENGGANU ⚽️Pihak pengurusan Nor Farhan Football Academy (NFFA) tela...
22/09/2026

LAWATAN KUNJUNG HORMAT KE SMK SULTAN MANSOR, KUALA TERENGGANU ⚽️

Pihak pengurusan Nor Farhan Football Academy (NFFA) telah mengadakan Lawatan Kunjung Hormat ke SMK Sultan Mansor bagi membincangkan perancangan dan kerjasama NFFA bersama pihak sekolah.

Dalam kunjungan ini, pihak NFFA telah menerangkan perancangan berkaitan pembangunan bola sepak serta bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama SMK Sultan Mansor.

Turut hadir dalam perbincangan ialah Pengetua SMK Sultan Mansor, Cikgu Saharuddin bin Abdullah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Wan Eni Azlina serta Cikgu Muhsin, selaku jurulatih bola sepak sekolah.

Selesai sesi perbincangan, pihak pengurusan NFFA turut dibawa meninjau padang bola sepak sekolah yang dirancang untuk dijadikan sebagai salah satu lokasi latihan NFFA pada masa akan datang.

Semoga kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang erat dan berterusan antara NFFA dan SMK Sultan Mansor dalam usaha membangunkan bakat serta melahirkan lebih ramai pemain bola sepak muda yang berkualiti.

Bersama Membina Generasi Bola Sepak Masa Hadapan. πŸ’™βš½οΈ



Alhamdulillah. Victory secured. Keep pushing! Three points. Full focus.πŸš€
19/09/2026

Alhamdulillah. Victory secured. Keep pushing! Three points. Full focus.πŸš€





πŸ”₯ MATCH DAY | LIGA SUPARIMAU BOOST U16 πŸ”₯Hari perlawanan buat NFFA U16! πŸ’šβš½Hari ini NFFA U16 bakal turun beraksi menentang...
19/09/2026

πŸ”₯ MATCH DAY | LIGA SUPARIMAU BOOST U16 πŸ”₯

Hari perlawanan buat NFFA U16! πŸ’šβš½

Hari ini NFFA U16 bakal turun beraksi menentang Vangees FC dalam saingan Liga Suparimau Boost U16.

πŸ† LIGA SUPARIMAU BOOST U16
βš”οΈ Vangees FC πŸ†š NFFA U16
πŸ“… 19 September 2026 | Sabtu
⏰ 6.00 Petang
πŸ“ UNISPORT ARENA

πŸ’š Ayuh NFFA!
Berjuang dengan penuh semangat, disiplin dan keyakinan. Setiap minit di atas padang adalah peluang untuk memberikan yang terbaik! πŸ”₯

PERTEMUAN RASMI KALI KEDUA NFFA bersama SMKA Dato' Haji AbbasAlhamdulillah, pengurusan NFFA telah mengadakan pertemuan r...
15/09/2026

PERTEMUAN RASMI KALI KEDUA NFFA bersama SMKA Dato' Haji Abbas

Alhamdulillah, pengurusan NFFA telah mengadakan pertemuan rasmi kali kedua bagi meneruskan perbincangan serta memaklumkan kemas kini semasa berkaitan perjalanan dan perkembangan NFFA ADHA.

Pertemuan ini turut membincangkan beberapa perkara susulan, khususnya berkaitan perancangan aktiviti serta usaha mendapatkan keizinan untuk menjalankan aktiviti di dalam kawasan sekolah.

Turut hadir bersama dalam pertemuan ini ialah:

πŸ‘€ Pengetua
Tuan Zaki bin Tuan Mamat

πŸ‘€ Penolong Kanan Pentadbiran
Wan Suriati binti Wan Samiun

πŸ‘€ Penolong Kanan HEM
Fauziah binti Ibrahim

πŸ‘€ Penolong Kanan Kokurikulum
Wan Khairuddin bin Wan Yahya

πŸ‘€ Guru Mata Pelajaran Sains Sukan
Mohd Ihsan bin Mohd Ali

Dalam perkembangan selanjutnya, pihak NFFA ADHA kini sedang menunggu pengesahan tarikh pertemuan bersama pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) bagi mendapatkan keizinan dan membincangkan pelaksanaan aktiviti di kawasan sekolah secara rasmi.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan usaha ini dapat membuka lebih banyak ruang serta peluang dalam membangunkan bola sepak akar umbi, khususnya untuk anak-anak di Terengganu. βš½πŸ’™

Address

Marang
21400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nor Farhan Football Academy - NFFA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nor Farhan Football Academy - NFFA:

Shortcuts

Share

Category