21/02/2024
Alhamdulillah, setelah berpindah ke Kg Sagil Parit Tiga, Tangkak Johor..kelas mengaji Al Quran telah dibuka untuk penduduk kampung dan penduduk dari Kg Parit Dua dan Kg Melayu Raya serta Pekan Sagil. Buat sementara inilah tempat yang dapat disediakan untuk para pelajar. Doakan saya dapat mengumpul Dana untuk membina sebuah bangunan di sebelah rumah untuk keselesaan para pelajar yang datang mengaji Al Quran nanti. Barokallahu fiik.
Alamat : Lot 3585 Jalan Imam Saat, Kg Sagil Parit Tiga 84020 Tangkak, Johor
04/11/2022
PERBAHARUI NIAT SETIAP HARI
Niat merupakan salah satu elemen terpenting untuk menjadi mukmin yang sejati. Tanpa niat, setiap amalan kita hanya menjadi sia-sia saja. Tanpa niat, apa yang kita lakukan hanya biasa-biasa saja. Kita hanya menempa rugi.
Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung ada niat dan setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana (ingin mendapatkan keredaan) Allah dan RasulNya, maka dia akan mendapat (keredaan) Allah dan RasulNya. Dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka nilai hijrah seperti (sebagaimana) yang dia niatkan.” (HR Bukhari dan Muslim)
Niat ini sungguh memainkan peranan yang tinggi dalam menentukan amal yang kita lakukan kerana Allah SWT ataupun tidak. Begitu juga dengan kita semua, periksa semula niat kita. Boleh dikatakan hampir seluruh perbuatan kita berkaitan dengan niat. Oleh itu, jangan mensia-siakan amalan yang sudah kita lakukan. Jangan biarkan penat dan lelah sahaja yang kita dapat.
Sentiasalah kita semua memperbaharui niat. Mungkin sebelum ini kita langsung keluar rumah tanpa berniat ataupun niat kita bukan kerana Allah SWT. Selepas ini, apa kata kita cuba pasang niat untuk melakukan sesuatu perkara itu kerana Allah SWT.
..............................
Untuk menyalurkan sumbangan, anda boleh klik pada link yang telah diberikan di bawah;
https://toyyibpay.com/Derma10
Atau menyumbang melalui Aplikasi Boost E-Wallet yang boleh di muat turun melalui Google Playstore & Apple Appstore
Layari Laman Sesawang Rasmi TPMJ
www.tpmj.gov.my
Semoga dengan sumbangan anda hari ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan pembangunan masjid dan surau diseluruh negeri Johor
04/11/2022
Alhamdulillah...
Esok petang Majlis Apresiasi Al Dzikr Ilm 2022 akan diadakan di Holiday Inn Express & Suites Johor Bahru untuk meraikan guru-guru dan kakitangan kami yang telah berkhidmat sepanjang 2022. Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala memberikan kelancaran dan kemudahan kepada Majlis ini nanti.
Aameen Allahumma Aameen 🤲🏻.
03/11/2022
Untuk Order Kitab https://wa.me/60162550716
03/11/2022
Pemimpin Yang Bersih Dan Adil
15/08/2019
Assalamualaikum wbt.
Al Dzikr Ilm Training Centre menjemput semua sahabat muslimin dan muslimat untuk sama-sama menimba ilmu dari guru kami Al Fadhil Ustaz Muhammad Rafiuddin bin Wahid yang baru pulang ke Malaysia dari Universiti Al Azhar, Kaherah.
In Shaa Allah kitab pertama yang beliau ingin kongsikan adalah Safinatun Najah.
In Shaa Allah kelas akan diadakan pada setiap Hari Sabtu selepas Isyak setiap minggu ke-2 setiap bulan. Yuran hanya 20 ringgit sebulan. Dan percuma untuk Ibu Tunggal!
Datang!
Daftar!
Sebarkan!