15/09/2026
“Setelah sekian lama kami cuba mengekalkan harga bilik seperti biasa, namun dengan kos operasi yang semakin meningkat dari semasa ke semasa, termasuk kenaikan kos elektrik, air, penyelenggaraan dan keperluan operasi resort, sedikit pelarasan kadar bilik tidak dapat dielakkan. ❤️
Bermula 1 Oktober 2026, akan ada perubahan pada kadar bilik Srikandi Resort. Namun jangan risau, sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan kepercayaan anda selama ini, kami sediakan diskaun 10% daripada harga baharu sehingga 31 Disember 2026. 🌿
Kami mohon pengertian dan terima kasih kerana terus menyokong Srikandi Resort. Semoga kami dapat terus memberikan pengalaman penginapan yang selesa, tenang dan bermakna buat semua tetamu. 🤍”