BIJAKSANA FC

Call Directions

BIJAKSANA FC Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from BIJAKSANA FC, Sports Team, Bijaksana Football Club, Mersing.

12/09/2026

Sedikit sorotan Friendly bersama Nitar FC

⚽ PERLAWANAN PERSAHABATAN ⚽NITAR 🆚 BIJAKSANA FC📅 12 September 2026📍 Padang SK Sri MersingPetang ni kita turun padang lag...
12/09/2026

⚽ PERLAWANAN PERSAHABATAN ⚽

NITAR 🆚 BIJAKSANA FC

📅 12 September 2026
📍 Padang SK Sri Mersing

Petang ni kita turun padang lagi! 🔥

Bukan sekadar mengejar kemenangan, tapi mengeratkan silaturahim, menguji kekuatan pasukan dan yang paling penting… menguji sejauh mana lutut masih boleh bertahan. 😂 luck kedua-dua pasukan!
Nitar 🤝 Bijaksana FC

04/09/2026

📢 KENYATAAN RASMI TUAN PRESIDEN BIJAKSANA
🏆 Pasca MSSM 2026 | Penang

Berakhirnya MSSM di Penang semalam mengingatkan saya kepada satu perkara yang mungkin ramai belum menyedari.

Mersing Johan MSSJ. MSSJ p**a Johan MSSM.
Namun, tiada anak Mersing yang memegang sijil MSSM.

Persoalannya… adakah itu bermakna kita tidak hebat?
Jawapannya: TIDAK.

Untuk berada di pentas MSSM bukanlah sesuatu yang mudah. Pemilihan bergantung kepada prestasi dan persaingan di peringkat kebangsaan amat tinggi.

Tetapi mungkin tidak ramai yang tahu…

Ramai anak-anak Mersing sebenarnya telah mengukir kejayaan melalui pertandingan dan platform antarabangsa, dengan sijil serta pengiktirafan yang nilainya setara, malah ada yang lebih tinggi mengikut pengiktirafan pertandingan tersebut. 🌏🏆

Jadi, kalau peluang ke MSSM itu tipis kerana persaingan yang tinggi, kita jangan berhenti di situ.

Kita di Mersing perlu BIJAKSANA mencari ikhtiar dan membuka lebih banyak laluan untuk mendapatkan yang terbaik buat anak-anak kita.

❌ Jangan sibuk mencari seribu alasan.
❌ Jangan salahkan keadaan.
❌ Jangan anggap kejayaan hanya ada satu jalan.

Sebaliknya…

✅ Cari peluang.
✅ Cipta ruang.
✅ Tingkatkan kualiti.
✅ Berani merentas sempadan.

Kerana pertandingan tidak pernah bersempadan.

Kalau kita mahu maju, kita perlu berfikiran global dan berjiwa besar. Jangan hanya melihat apa yang ada di depan mata, tetapi lihat apa yang ada di luar sana. 🌎

Yang penting, kita berusaha untuk menjadi berkualiti, supaya kita mampu duduk dalam standard yang tinggi.

Tingkatkan prestasi.
Hargai diri.
Hargai peluang.
Dan yang paling penting…

Jangan tunggu peluang datang.
Bijaksana mencari peluang. 😉

Sekian, kenyataan rasmi daripada saya.

A. Halim bin Abdullah
Presiden Bijaksana FC 🫡

“Kalau satu pintu sempit, kita cari pintu yang lebih luas.
Kalau satu laluan sukar, kita bina laluan baharu.”







16/08/2026

Tahniah anak-anak bijaksana untuk sesi latihan hari ini..✨️

16/08/2026

16 Ogos 2026

Sesi Latihan ⚽️15 Ogos 2026 (Sabtu)5.00-6.30 petang
15/08/2026

Sesi Latihan ⚽️
15 Ogos 2026 (Sabtu)
5.00-6.30 petang

GALERI GAMBARPERLAWANAN PERSAHABATANBIJAKSANA VS NITASA TITANS19 JULAI 2026
19/07/2026

GALERI GAMBAR
PERLAWANAN PERSAHABATAN
BIJAKSANA VS NITASA TITANS
19 JULAI 2026

19/07/2026

FRIENDLY MATCH
19 JULAI 2026

Terima kasih kepada ibu bapa Bijaksana dan Nitasa Titans yang hadir..
Mohon maaf dari pihak pengurusan jika ada kekurangan dari pihak kami..



⚽️ FRIENDLY MATCH ⚽️BIJAKSANA FC 🆚 NITASA TITANSAlhamdulillah, perlawanan persahabatan yang berlangsung dalam suasana pe...
20/06/2026

⚽️ FRIENDLY MATCH ⚽️
BIJAKSANA FC 🆚 NITASA TITANS

Alhamdulillah, perlawanan persahabatan yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan dan ukhwah telah berjaya dilaksanakan.

Terima kasih kepada pemain, jurulatih, ibu bapa serta semua pihak yang hadir memberikan sokongan. Perlawanan seperti ini bukan sahaja menjadi medan mengasah kemahiran dan taktikal permainan, malah turut membentuk disiplin, keyakinan diri serta semangat berpasukan dalam kalangan pemain muda.

Menang atau kalah bukan ukuran utama, sebaliknya pengalaman, persahabatan dan kenangan yang tercipta menjadi nilai yang paling bermakna.

"Bermain dengan semangat, belajar dengan rendah hati, dan terus melangkah lebih jauh."

A HALIM BIN ABDULLAH
PRESIDEN BIJAKSANA FC


SELAMAT BERSARATUAN PRESIDEN SEBAGAI PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN BAKAT MURID, PPD MERSING 🖊🖊Pihak kelab mengucapkan ter...
19/06/2026

SELAMAT BERSARA
TUAN PRESIDEN SEBAGAI PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN BAKAT MURID, PPD MERSING 🖊🖊

Pihak kelab mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan kepada anak-anak dalam kelab sepanjang beliau berkhidmat di PPD Mersing.

Moga terus sihat dan sentiasa memberikan sokongan kepada kelab.


Address

Bijaksana Football Club
Mersing
86800

Telephone

+60184088616

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BIJAKSANA FC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category