05/09/2026
*📢 MAKLUMAN PEMBATALAN SESI LATIHAN FUTSAL*
Assalamualaikum,Salam sejahtera & Selamat pagi
Dimaklumkan bahawa **sesi latihan Buceros FC Academy pada minggu ini, 5 & 6 September 2026 (Sabtu & Ahad), adalah DIBATALKAN** berikutan keadaan **Jerebu** yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan anak-anak.
Pihak **Buceros Futsal Club Academy** amat mengambil berat tentang tahap kesihatan dan kesejahteraan para pemain. Kesihatan anak-anak adalah **keutamaan kami**, dan keputusan ini dibuat sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan akibat pendedahan kepada keadaan udara yang tidak sihat.
Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai *kerjasama serta kefahaman daripada ibu bapa/penjaga dan semua pemain*.
**Jaga kesihatan, kurangkan aktiviti luar dan sentiasa ikuti perkembangan keadaan jerebu.**
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.
*BUCEROS Futsal Club*
“Kesihatan & Keselamatan Anak-anak, Keutamaan Kami.”