25/08/2026
SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M
Dengan penuh rasa syukur dan kesyukuran, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang membawa sinar Islam, menyempurnakan akhlak serta menjadi qudwah hasanah sepanjang zaman.
Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi ruang untuk kita menyemai kecintaan kepada Rasulullah SAW, menghayati sirah dan sunnah Baginda serta menerapkan sifat amanah, kasih sayang, kesabaran, keadilan dan ihsan dalam setiap aspek kehidupan.
Mudah-mudahan kita semua terus istiqamah menjadikan akhlak Rasulullah SAW sebagai pedoman dalam membina keluarga yang harmoni, masyarakat yang bersatu padu serta negara yang aman dan sejahtera.
Salam Maulidur Rasul 1448H. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat, keberkatan dan kasih sayang Allah SWT serta mendapat syafaat Baginda Rasulullah SAW di akhirat kelak.
Ikhlas daripada,
YDH CP Datuk Mohamad Zainal bin Haji Abdullah
Pesuruhjaya Polis Sarawak
serta isteri,
YBhg Datin Dr Nitce Isa Medina binti Machmudi Isa
Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak
25/08/2026
Maulidur Rasul 1448H / 2026M
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448H / 2026M, saya mewakili seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.
Marilah kita bersama-sama menghayati sirah, akhlak dan perjuangan Rasulullah SAW serta menjadikan sifat amanah, kasih sayang, kesabaran dan keadilan Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan seharian.
Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menyemarakkan lagi kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, di samping memperkukuh ukhuwah, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat.
โSesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik.โ
Semoga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat, keberkatan dan kesejahteraan oleh Allah SWT.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026M.
Supt Aswandy Bin Anis
Ketua Polis Daerah Sarikei
Mewakili Seluruh Warga IPD Sarikei
20/08/2026
๐ฅ PERLAWANAN KEDUA ZON B (UTARA)! ๐ฅ
Sibu FA akan meneruskan perjuangan dalam Liga Premier Sarawak 2026 apabila bertandang ke Kompleks Sukan Bintangor untuk menentang Sarikei FA.
๐
22 OGOS 2026 (SABTU)
โฐ 3:30 PETANG
๐ Kompleks Sukan Bintangor
๐๐ค WARGA SIBU, AYUH KE BINTANGOR!
Kehadiran dan sokongan padu anda amat diperlukan bagi membakar semangat para pemain Sibu FA untuk terus berjuang membawa nama Sibu!
SATU MISI โข SATU SEMANGAT โข DEMI SIBU! โฝ๐ฅ
AYUH SIBU FA! KITA BERSAMA! ๐ช๐ฝ
15/08/2026
Godd luck team Sarikei SPL 26 ๐ซก
๐๐จ๐๐๐ฒโ๐ฌ ๐๐ข๐ง๐๐ฎ๐ฉ ๐งก๐ค
29/07/2026
โฝ LIGA PREMIER SARAWAK EDISI KE-2 TAHUN 2026 โ ZON B (UTARA) โฝ
Tirai saingan Liga Premier Sarawak Edisi Ke-2 Tahun 2026 bagi Zon B (Utara) bakal dibuka secara rasmi pada 15 Ogos 2026 (Sabtu).
Sebanyak 7 pasukan terbaik iaitu Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang akan berentap bagi merebut kedudukan terbaik serta peluang melangkah ke peringkat seterusnya.
Ayuh hadir memberikan sokongan padu kepada pasukan kesayangan anda dan bersama-sama memeriahkan saingan bola sepak terbaik di bumi Kenyalang.
๐ฅ Misi Bermula. Maruah Dipertaruhkan. Kejuaraan Menjadi Buruan!
29/07/2026
๐จ๐๐๐ธ๐๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐บ๐ฝ๐๐ฎ๐ป. ๐ง๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฎ๐ต ๐ง๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ฆ๐ธ๐๐ฎ๐ฑ ๐ฆ๐ฃ๐ ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ด๐ถ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ธ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ!
Masa untuk buktikan kemampuan. Masa untuk melangkah ke pentas yang lebih tinggi.
Persatuan Bola Sepak Bahagian Sarikei (PBBS) membuka peluang kepada pemain-pemain berbakat untuk menyertai Sesi Pemilihan Skuad Sarikei bagi menghadapi kempen Sarawak Premier League (SPL) 2026.
Adakah anda mempunyai disiplin, semangat juang dan keinginan untuk bersaing di peringkat tertinggi? Kini masanya untuk tampil dan rebut tempat dalam skuad.
๐
Tarikh: 1 Ogos 2026 (Sabtu)
๐ Masa: 3.00 Petang
๐ Tempat: Padang Bola Sepak Susur Jambu, Sarikei
โ
Terbuka kepada pemain berumur 17 tahun ke atas.
โ
Pemain berumur 18 tahun ke bawah wajib mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.
โ
Hadir dengan pakaian latihan bola sepak yang sesuai.
Rebut peluang. Tunjukkan kualiti. Menang tempat dalam skuad.
๐ซ๐ฌ๐ด๐ฐ ๐ณ๐ฌ๐ต๐ช๐จ๐ต๐จ ๐ซ๐ฐ ๐ซ๐จ๐ซ๐จ โค๏ธ๐