Northern Seahorse Pickleball Club

Call Directions Contact the business

Northern Seahorse Pickleball Club 🌟FREE Coaching & Playing🌟
✨EVERY Monday & Wednesday✨
🌼5.30pm to 8.00pm🌼
🌼Sepitar Court, Hospital Miri🌼
-feel free to contact us if you have any inquiries-

A Miri Division Pickleball Club (C-SWK-14625)
Affiliated with Miri Pickleball Association
🌟est 2024🌟
Stay updated on the latest games, news, and highlights with us
Join us every Monday & Wednesday evening~
📍Sepitar Court, Hospital Miri

5 agensi bertemu, 1 gelanggang, malam penuh aksi.Malam tadi, J Sport Pickleball Miri meriah dengan lima pasukan yang tur...
24/09/2026

5 agensi bertemu, 1 gelanggang, malam penuh aksi.

Malam tadi, J Sport Pickleball Miri meriah dengan lima pasukan yang turun bergandingan dalam Pickleball Friendly Game anjuran PETRONAS:

· PETRONAS
· Northern Seahorse Pickleball Club (NSPC)
· Pejabat Kesihatan Bahagian Miri
· Jabatan Imigresen Malaysia
· Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Dari jam 5:00 sampai 7:00 petang, gelanggang tak henti dengan aksi dan gelak tawa. Walaupun sekadar friendly game, semua main bersungguh-sungguh.

Tahniah juga kepada Encik Ayung anak Kujat dari NSPC yang dinobatkan sebagai Pemain Lelaki Terbaik malam tadi.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada PETRONAS kerana sudi menganjurkan dan menjadi tuan rumah acara ini. Tanpa inisiatif dan komitmen pihak PETRONAS, pertemuan santai seumpama ini tidak akan terlaksana. Semoga usaha murni ini terus diberkati dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak program sukan komuniti pada masa akan datang.

Terima kasih juga kepada semua pasukan yang hadir. Semoga hubungan antara agensi dan kelab sukan terus erat.

Jumpa lagi di gelanggang.

NORTHERN SEAHORSE PICKLEBALL CLUB DI KEJOHANAN PICKLEBALL MAKSAK SARAWAK 2026 🏆Satu pencapaian yang membanggakan buat No...
21/09/2026

NORTHERN SEAHORSE PICKLEBALL CLUB DI KEJOHANAN PICKLEBALL MAKSAK SARAWAK 2026 🏆

Satu pencapaian yang membanggakan buat Northern Seahorse Pickleball Club (NSPC) apabila pemain-pemain kelab berpeluang mewakili MAKSAK Miri dalam Kejohanan Pickleball MAKSAK Sarawak 2026 yang telah berlangsung pada 19–20 September 2026 di Kenyalang Pickleball Centre, Bintulu.

Antara ahli NSPC yang turut mengambil bahagian ialah:

🔹 Dr. Jack Wong Siew Yu
🔹 Raymond Guan

💪 Keputusan Pertandingan

🥈 Dr. Jack Wong Siew Yu berjaya meraih Tempat Kedua dalam acara Regu Lelaki Veteran 45+ — satu pencapaian yang amat membanggakan buat kelab!

👏 Raymond p**a menamatkan saingan di peringkat kump**an, setelah memberikan saingan dan pengalaman yang berharga sepanjang kejohanan.

Bagi NSPC, penyertaan ini bukan sekadar mengenai kemenangan, tetapi juga merupakan satu platform untuk mendapatkan pengalaman, menguji kemampuan dan membawa nama kelab ke peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Jack Wong Siew Yu dan Raymond!

Pencapaian ini menjadi kebanggaan seluruh warga NSPC dan semoga ia menjadi pembakar semangat kepada ahli-ahli kelab yang lain untuk turut tampil beraksi dan mewakili kelab dalam kejohanan-kejohanan akan datang. 💪🔥

Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada MAKSAK Miri atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada pemain-pemain NSPC untuk bersama-sama menyertai kejohanan pada kali ini.

Semoga lebih ramai pemain NSPC akan tampil pada temasya dan kejohanan akan datang. Mari terus bermain, terus belajar dan terus mengharumkan nama NSPC!

Northern Seahorse Pickleball Club
Play. Compete. Grow Together. 🏓



MIRI, 20 September 2026 – Gelanggang Paragon Pickleball Centre, Senadin di sini bergema dengan sorakan dan aksi mendebar...
21/09/2026

MIRI, 20 September 2026 – Gelanggang Paragon Pickleball Centre, Senadin di sini bergema dengan sorakan dan aksi mendebarkan apabila Kejohanan Miri Corporate Pickleball Clash 2026 anjuran Bank Rakyat Cawangan Miri dengan kerjasama Northern Seahorse Pickleball Club (NSPC) melabuhkan tirainya hari ini.

Kejohanan yang mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Pickleball Sarawak (SPA) ini bukan sekadar pertandingan biasa, malah ia menjadi platform perpaduan dan jaringan korporat yang luar biasa, terutamanya apabila penyertaannya dibuka kepada semua agensi kerajaan dan GLC.

Spetar Miri A Julang Trofi Juara 🥇

Selepas melalui saingan sengit, pasukan Spetar Miri A berjaya membuktikan kelas mereka apabila diumumkan sebagai Juara keseluruhan, membawa p**ang hadiah wang tunai RM500 serta trofi kejuaraan.

Aksi final menyaksikan Spetar Miri A mempamerkan rentak permainan yang mantap dan strategi serangan yang tajam, sekali gus menewaskan saingan hebat mereka, Spetar Miri C, yang terpaksa berpuas hati dengan gelaran Naib Juara dan hadiah RM300.

Sementara itu, Kebonz Pro PC tidak p**ang dengan tangan kosong apabila berjaya menduduki tempat ketiga dan membawa p**ang hadiah RM200.

Format Pertandingan Unik

Kejohanan yang berlangsung pada 20 September ini mengetengahkan format berpasukan yang unik. Setiap pasukan diwajibkan terdiri daripada lima hingga enam pemain dengan syarat sekurang-kurangnya seorang pemain wanita dalam setiap pasukan. Peraturan ini bukan sahaja mencabar strategi pasukan, malah menggalakkan penyertaan inklusif dalam sukan yang semakin pop**ar ini.

Syarat Penyertaan dan Sumbangan Komuniti

Menariknya, yuran penyertaan kejohanan ini adalah PERCUMA, namun ia tertakluk kepada syarat yang ditetapkan penganjur. Setiap pemain diwajibkan membuka akaun simpanan pelaburan i-Rizq Bank Rakyat dengan deposit minimum RM100. Inisiatif ini dilihat sebagai langkah bijak pihak penganjur dalam mempromosikan budaya menabung dan pelaburan dalam kalangan peserta.

Hadiah dan Sokongan

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan dengan penuh gilang-gemilang. Kejayaan penganjuran ini turut mendapat sokongan padu pelbagai pihak, dengan Bank Rakyat sebagai Pengajur Utama, manakala NSPC sebagai rakan kerjasama teknikal.

Penganjur berharap agar kejohanan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang, bukan sahaja untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan pickleball, malah mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga korporat dan agensi kerajaan di Miri.

Keputusan Penuh:

· Juara: Spetar Miri A (RM500)
· Naib Juara: Spetar Miri C (RM300)
· Tempat Ketiga: Kebonz Pro PC (RM200)

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta! Jalinan Sukan, Eratkan Hubungan.

07/09/2026

Pergi ke taman membawa Paddle,
Bermain Pickleball Bersama Kawan:
Walau jerebu datang melekat,
Jaga Kesihatan jadi keutamaan


[4/9/2026] NSPC x Bank Rakyat Cawangan Miri | Pickleball IntroductionHari ini, Northern Seahorse Pickleball Club (NSPC) ...
04/09/2026

[4/9/2026]
NSPC x Bank Rakyat Cawangan Miri | Pickleball Introduction

Hari ini, Northern Seahorse Pickleball Club (NSPC) berkesempatan memperkenalkan sukan pickleball kepada warga kerja Bank Rakyat Cawangan Miri!

Sesi ini bukan sekadar belajar cara bermain, tetapi juga peluang untuk mengenali asas pickleball, mencuba teknik pukulan, memahami peraturan asas serta menikmati permainan dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

Terima kasih kepada Bank Rakyat Cawangan Miri atas sambutan dan semangat yang diberikan sepanjang sesi berlangsung. 🙌

Kami berharap sesi ini menjadi langkah pertama untuk lebih ramai warga Bank Rakyat mengenali, mencuba dan jatuh cinta dengan sukan pickleball! 💙🏓

NSPC x BANK RAKYAT CAWANGAN MIRI
Pickleball Introduction to Bank Rakyat Staffs

Bank Rakyat Cawangan Miri
Northern Seahorse Pickleball Club
Miri Pickleball
miri

Let’s Pickle!

02/09/2026

🚨 IMPORTANT ANNOUNCEMENT 🚨

Due to the current haze condition and poor air quality, the NSPC Pickleball Open Play sessions scheduled for:

📅 2 September 2026 (Wednesday)

📅 4 September 2026 (Friday)
will be POSTPONED until further notice.

The safety and well-being of all our players come first. We don’t want anyone taking unnecessary risks just to get a few games in.

NSPC Pickleball Open Play will resume once conditions improve.

The next session date will be announced through our official NSPC social media channels.
Thank you for your understanding and stay safe! 🙏

Northern Seahorse Pickleball Club dengan bangganya bekerjasama bersama Bank Rakyat Cawangan Miri bagi menjayakan:🏆 MIRI ...
27/08/2026

Northern Seahorse Pickleball Club dengan bangganya bekerjasama bersama Bank Rakyat Cawangan Miri bagi menjayakan:

🏆 MIRI CORPORATE PICKLEBALL CLASH 2026

Satu kejohanan pickleball khas yang menghimpunkan agensi & jabatan kerajaan Bahagian Miri, termasuk GLC yang dijemput!

📅 20 September 2026 (Ahad)
📍 Paragon Pickleball Centre, Senadin, Miri
💰 Yuran Penyertaan: PERCUMA (Dengan Syarat)
⏰ Tarikh Tutup Pendaftaran: 13 September 2026

🏢 GLC yang dijemput termasuk:
▪️ Sarawak Energy
▪️ Sarawak Water
▪️ PERKESO
▪️ KWSP
▪️ Miri Port Authority
▪️ LHDN
▪️ Pos Malaysia
▪️ Telekom Malaysia
▪️ Miri Airport Sdn Bhd
▪️ Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad
▪️ Sarawak Oils Palm Berhad
▪️ Petronas Carigali
▪️ Sarawak Gas Distribution Sdn Bhd

🤝 Bukan sekadar pertandingan, ini peluang untuk mengeratkan silaturahim, membina networking dan mencetuskan semangat kesukanan antara agensi!

Pendaftaran - Puan Siti Muthiah 0146862461 (Bank Rakyat Miri)
Teknikal - Encik Raymond Guan 016-509 9579 (NSPC)

🏓 SIAPA AKAN MENJADI JUARA MIRI CORPORATE PICKLEBALL CLASH 2026?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Tempahan kini dibuka untuk Jersi Kejohanan Northern Seahorse Cup 2026 serta Jersi Pa...
05/06/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tempahan kini dibuka untuk Jersi Kejohanan Northern Seahorse Cup 2026 serta Jersi Pasukan Hospital Miri!

https://forms.gle/ayDB18D9mmJw9Mzt5

👕 Spesifikasi Jersi
✅ Microfibre Sublimation
✅ Dry-Fit & Selesa Dipakai
✅ Sesuai untuk pertandingan, latihan dan kegunaan harian

💰 Harga: RM35/sehelai

📅 Tarikh Tutup Tempahan: 18 Jun 2026

📦 Pengambilan Jersi: Mulai 27 Jun 2026

🚚 Pos ke Seluruh Malaysia

Kos penghantaran ditanggung pembeli.

👥 Tempahan Berkump**an (Bulk Order)
Untuk tempahan pasukan, jabatan atau organisasi, sila hubungi:

📱 Raymond: 016-5099579
💬 WhatsApp: https://wa.me/60165099579

⚠️ Tempahan hanya akan diproses selepas pembayaran diterima. Tempah awal untuk mengelakkan terlepas tarikh tutup!

Terima kasih atas sokongan anda kepada Northern Seahorse Cup 2026 dan Pasukan Hospital Miri. 🏓

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Xiao Ming, Vanessa Ooi Yong, Idzuan Ibrahim
23/05/2026

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Xiao Ming, Vanessa Ooi Yong, Idzuan Ibrahim

Address

Sepitar Court, Hospital Miri
Miri
98000

Telephone

+60165099579

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Northern Seahorse Pickleball Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Northern Seahorse Pickleball Club:

Shortcuts

Share

Category