03/09/2026
π€πΏ MEMPERKUKUH KERJASAMA PERHILITANβDVS BERTERASKAN ONE HEALTH
Telah berlangsung Majlis Penyampaian Kenyataan Bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Jabatan PERHILITAN di G2G Garden Hall, Laman Ternakan, MAEPS, Serdang.
Kerjasama strategik ini memberi tumpuan kepada kesihatan dan kebajikan hidupan liar, surveilans serta pengesanan awal penyakit, perkongsian kepakaran dan data, pembangunan kompetensi serta pengurusan risiko secara bersepadu.
Melalui pendekatan One Health, kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar dilihat sebagai satu sistem yang saling berkait. Kerjasama ini diharap dapat memperkukuh usaha konservasi, rehabilitasi, translokasi serta pengurusan konflik hidupan liar dan manusia dengan lebih selamat dan berkesan. ππ―π³
Bersama memperkukuh kesihatan hidupan liar, melindungi biodiversiti dan menjamin kesejahteraan manusia. π
02/09/2026
KENYATAAN MEDIA
OPERASI MENYELAMAT DAN PEMINDAHAN GAJAH βSULONG CHALILβ
01/09/2026
π¨πΏ OBK SIRI 8/2026: 27 JERAT DIMUSNAHKAN, 8 KES DIREKODKAN! πΎ
Usaha membanteras jenayah hidupan liar terus dipergiat menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 8 Tahun 2026 yang dilaksanakan pada 11 hingga 25 Ogos 2026.
Operasi selama 15 hari ini melibatkan 158 anggota daripada Jabatan PERHILITAN, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin, Perbadanan Taman Negeri Perak dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dalam rondaan serta penguatkuasaan di kawasan berisiko dan hotspot jenayah hidupan liar.
πΈ sejumlah jerat berjaya dikesan dan dimusnahkan
πΈ beberapa khemah ditemukan
πͺπ³ Kerjasama rentas agensi, rondaan berterusan dan tindakan berfokus terus menjadi benteng utama dalam melindungi hidupan liar serta habitatnya.
π« Jerat dan pemburuan haram bukan sekadar mengancam hidupan liar β ia mengancam khazanah negara.
ππ―π¦
01/09/2026
π¨ RESTORAN DISYAKI TAWAR HIDANGAN HIDUPAN LIAR TUMPAS DALAM OPERASI BERSEPADU KHAZANAH! πΎ
Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) kembali membuahkan hasil! πͺ
Pada 13 Ogos 2026, PERHILITAN bersama Pasukan Gerakan Am (PGA), PDRM telah menjalankan pemeriksaan di sebuah restoran di kawasan kebun kelapa sawit di Banting, Selangor.
Hasil pemeriksaan, pelbagai hidupan liar dan bahagian hidupan liar yang disyaki disimpan secara beku telah disita, antaranya disyaki bahagian tenggiling, bahagian kluang, katak demam, bahagian musang dan bahagian labi-labi.
Seorang lelaki tempatan berusia turut ditahan bagi membantu siasatan. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM17,050.
β οΈ Pemilikan, penyimpanan dan perdagangan hidupan liar tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].
π Ada maklumat jenayah hidupan liar?
Hubungi Hotline PERHILITAN: 1-800-88-5151.
πΏ Bersama kita lindungi khazanah biodiversiti negara.
LindungiHidupanLiar HidupanLiarBukanHidangan
30/08/2026
π²πΎ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026 π²πΎ
Semangat patriotisme terus mekar dalam jiwa rakyat Malaysia. Marilah kita bersama-sama menghargai keamanan, keharmonian dan kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara tercinta.
πΊ Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati
π
Bersama kita terus memelihara khazanah alam dan hidupan liar demi generasi akan datang.
Ayuh semarakkan semangat Merdeka!
Malaysia Tanah Airku, Merdeka! π²πΎβ€οΈ
SelamatMenyambutHariKebangsaan
JiwaMerdeka
MalaysiaTanahAirku
30/08/2026
π¨ OPERASI BERSEPADU: HIDUPAN LIAR DIRAMPAS! π’
Jabatan PERHILITAN Negeri Melaka bersama WCB/PSK, Pasukan Gerakan Am, JKDNKA Bukit Aman dan Jabatan Perikanan Melaka telah menjalankan operasi bersepadu di Taman Tanjung Minyak Setia, Melaka pada 29 Ogos 2026.
Hasil serbuan, seorang lelaki telah ditahan dan sejumlah disyaki kura-kura Sulcata, kura-kura Red-Eared Slider bersama barang rampasan lain dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM180,800.
Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar [Akta 716].
πͺ Penguatkuasaan berterusan akan diperkasa bagi membanteras aktiviti penyimpanan dan penjualan hidupan liar tanpa lesen atau permit yang sah.
HidupanLiar Konservasi
28/08/2026
π¨ DIBONGKAR! MENYIMPAN HIDUPAN LIAR TANPA DOKUMEN YANG SAH π¨
Pasukan Wildlife Crime Unit (WCU) Jabatan PERHILITAN bersama Polis Marin Wilayah 3, PDRM telah berjaya membongkar kegiatan memiliki hidupan liar tanpa dokumen yang sah dari Jabatan PERHILITAN dalam satu serbuan di Kota Bharu, Kelantan pada 23 Ogos 2026.
Hasil operasi, seorang lelaki tempatan yang merupakan penghuni premis telah ditahan bagi membantu siasatan. Antara hidupan liar yang disita ialah disyaki Ayam-Ayam, Merbah Luris Leher dan Helang Siput. Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM36,350.00.
Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah hidupan liar boleh menyalurkannya melalui Hotline PERHILITAN: 1-800-88-5151 atau SISPAA PERHILITAN di www.wildlife.gov.my.
28/08/2026
π¨ KEDAI HAIWAN DIGEMPUR! MURAI BATU DISITA π¨
TASEK GELUGOR, PULAU PINANG | 26 OGOS 2026
Pasukan Wildlife Crime Unit (WCU), Jabatan PERHILITAN telah menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis perniagaan kedai haiwan di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Hasil pemeriksaan, seorang lelaki tempatan yang merupakan pemilik premis telah ditahan bagi membantu siasatan kerana melanggar syarat-syarat lesen. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM13,500.00.
Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
π’ JIKA ANDA TAHU, LAPORKAN!
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah hidupan liar boleh menyalurkannya melalui Hotline PERHILITAN: 1-800-88-5151 atau SISPAA PERHILITAN di www.wildlife.gov.my.
Bersama PERHILITAN, kita banteras jenayah hidupan liar dan lindungi biodiversiti negara.